Pages

Followers

Friday, November 12, 2010

Taubat seorang hamba






8: Abu Said (Sa'ad bin Malik bin Sinan) Alkhudri berkata,
"Bersabda Nabi s.a.w. "Dahulu pada umat-umat yang terdahulu, terdapat seorang lelaki yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. (Kemudian dia ingin bertaubat),
lalu dia menanyakan tentang orang yang teralim dari penduduk bumi, maka dia ditunjukkan kepada seorang pendeta. Dia pun mendatanginya. Si pembunuh itu mengutarakan kemusykilannya iaitu dia telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa, apakah masih ada peluang untuk bertaubat?
Jawab pendeta, "Tidak ada." Maka segera dibunuhnya pendeta itu, sehingga genap seratus orang yang telah dibunuhnya.
Kemudian dia mencari lagi orang alim yang lain pula, ketika telah ditunjukkan kepadanya (orang alim) maka si pembunuh itu menerangkan bahwa ia telah membunuh seratus orang, apakah masih ada jalan untuk bertaubat?
Jawab si Alim, "Ya ada, siapakah yang boleh menghalangnya untuk bertaubat? Pergilah ke suatu tempat kerana di sana terdapat orang-orang yang taat kepada Allah, maka contohilah amalan mereka, dan jangan kembali semula ke tempat asalmu ini, kerana tempat ini tidak baik."
Maka pergilah orang itu. Tatkala baru separuh perjalanan, tiba-tiba hamba Allah tersebut mati mengejut.
Maka bertekaklah Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab berkenaan jenazah itu.
Berkata Malaikat Rahmat, "dia telah berjalan untuk bertaubat kepada Allah dengan sepenuh hatinya."
Berkata Malaikat Azab, "dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali!"
Maka datanglah seorang Malaikat berupa manusia dan dijadikannya sebagai juri (hakim) di antara mereka.
Dia berkata, "Ukurlah jarak di antara dua tempat - yang ditinggalkan dengan yang dituju, maka ke mana yang dia lebih dekat masukkanlah dia kepada golongan orang berkenaan."
Mereka pun mengukurnya. Hasilnya jenazah itu didapati lebih dekat dengan tempat yang baik yang ditujuinya. Maka ruhnya dipegang oleh Malaikat Rahmat.
(Bukhary, Muslim)
Dalam riwayat lain (sahih) : Allah memerintahkan kepada bumi yang ditinggalkan supaya menjauh dan bumi yang ditujuinya supaya mendekat.
Dalam riwayat lain : Diukur jarak kedua-dua tempat itu, maka mereka mendapatinya lebih dekat dengan tempat yang ditujui, maka diampunkannya.
Dalam riwayat lain : Maka condong (di bahagian dadanya) ke arah tempat yang dituju.

Wednesday, November 10, 2010

Dialog Nabi dengan perwakilan Kristian Najran



(Antara petikan dialog nabi SAW dgn perwakilan Kristian Najran sbgaimana yg dinyatakan oleh Imam Abi al-Hasan ‘Ali bin Ahmad al-Naisaburi rahimahullah dalam kitab Asbab al-Nuzul)


Rasulullah saw pernah ditanya oleh perwakilan Kristian : Sekiranya ‘Isa bukan merupakan anak Allah, siapakah bapanya?

Soal Nabi SAW: adakah kamu mengetahui seorang anak (secara hakikatnya) menyerupai bapanya?

Mereka  menjawab: benar, wahai tuan.

Soal Nabi SAW: adakah kamu mengetahui bahwasanya Tuhan kita Maha Hidup serta sama sekali tidak menerima kematian sebaliknya ‘Isa menemui ajalnya?

Jawab mereka: benar, wahai tuan.

soal Nabi SAW: adakah kamu mengetahui bahawasanya  Tuhan kita Maha Berdiri dgn sendirinya serta memberi rezeki kepada sekalian makhluk?

Jawab mereka: benar, wahai tuan.

soal Nabi SAW: adakah ‘Isa memiliki ciri sedemikian?

Jawab mereka: tidak, wahai tuhan.

Soal Nabi SAW: sekiranya demikian, bagaimana kamu boleh mendakwa hal itu (iaitu ‘Isa sbgai anak Allah)?

Mendengar sabdaan baginda ini, perwakilan Kristian lantas mendiamkan diri. Namun mereka seterusnya mengemukakan pertanyaan kepada Nabi SAW.

Tanya mereka: adakah tuan melihat seorang insan tanpa bapa? Sekiranya benar demikian, sila kemukakan buktii.

Jawab Nabi SAW: Allah SWT berfirman:”sesungguhnya perbandingan (kejadian) ‘Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: jadilah enkau! Maka jadilah ia.(surah ‘ali-imran 3:59:60-61)”

Sumber: petikan dari buku 7 PERSOALAN BERKENAAN ASAS-ASAS AGAMA KRISTIAN-MOHD AMIN YAACOB dan LIM JOOI SOON)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails