Pages

Followers

Showing posts with label puisiku. Show all posts
Showing posts with label puisiku. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Alhamdulillah, tapi...





Alhamdulillah, mereka sayang sunnah Muhammad saw
Sayangnya, mereka tak bersungguh mencari sunnah yang benar
Sekadar ikutan dan pengkhabaran yang tiada sandaran

Alhamdulillah, mereka membawa sabda Muhammad SAW
Sayangnya, mereka tidak mengamalkan
Sekadar omongan dan ilmu yang disiakan
sekadar membawa dan alpa menghiraukan

Alhamdulillah, mereka kenal Muhammad SAW
Meraka sedar tanggungjawab iman mereka kepada Muhammad SAW
Sayangnya, mereka berpaling dan menderhakainya

Alhamdulillah, kata-kata Muhammad SAW menjadi sandaran
Sayangnya, tafsiran jahil dan dusta menrosak makna
Semangat yang tak dipandu merosak segalanya

Abdullah
240211, Putrajaya

Sunday, September 26, 2010

muhasabah diri kita

sahabat,
terkadang kita jatuh tersungkur asbab nafsu keparat
dengan bantuan syaitan yang dilaknat
beserta hati yang liat
jiwa yang karat
malasnya beribadat
riangnya mengumpat
galak menyentap tak ubah seperti ulat mayat
kata yang kesat yang menyesatkan umat
yang melumatkan hati dan jiwa yang bersih

sahabat,
kita bersih awalnya
tapi tak mustahil untuk kita kotor diakhirnya
raja umat menguji kita
adakah kita hebat atau keparat??
adakah kita umat kepada yang maha hebat atau sekadar hamba yang disuap oleh syaitan yang dilaknat?
satu makhluk yang cukup sombong!!
yang bongkak dengan sedikit kelebihan yang diberi
merasa hebat atas kejadiannya yang tak seberapa
adakah kita hendak mewarisi sikap mereka ini??!
apabila disuruh sujud mereka enggan!!
mereka pertikai suruhan tuhan
mengapa perlu mereka sujud kepada nabi adam??
itulah sikap yang rosak

sahabat,
diutuskan nabi sepanjang zaman
nabi umat insan yang menjadi pedoman
ikutan agung pembawa jalan
jalan yang lurus menuju ke tuhan
dialah ikutan terbaik kita muhammad saw
insan pilihan tuhan
yang membawa umat insan mengenal pencipta
membawa tauhid yang sempurna
jauh dari sikap pelampau sebelum kita
yang mana sejarah mereka jelas dirakam dalam kalam maha pencipta
mereka bunuh utusan tuhan
mereka sombong dengan kelebihan mereka
mereka mensaudarakan tuhan mereka
inilah pelampau perosak ketulenan agama

sahabat,
dunia ini hanya seketika
manakala akhiratlah yang kekal selamanya
mengapa perlu kita berduka
asalkan syariat tuhan kita patuh
sudah cukup untuk ke syurga
tak perlu nak jadi kaya untuk ke syurga
memiliki halaman banglo gergasi bertingkat yang penuh dengan kereta besar
tuhan tidak mewajibkan kita untuk mnjadi kaya harta
tetapi tuhan mewajibkan kita taat dan patuh pada arahannya

sahabat,
jadilah pendorong!!
pendorong kepada diri kita
membawa kepada tuhan yang mencipta
patuh kepada segala suruhan dan larangan
agar kita jadi hamba yang dikasihi
hamba kepada yang mengasihi.

Wednesday, April 28, 2010

Yang Benar

bukanlah islam ini agama yang menghalang manusia untuk berhibur dan berseronok.
islam memberi keharusan kpd kita untuk berhibur.
tetapi mestilah dengan kadar yang dibenarkan.

islam tidaklah menyuruh kita khatam quran dalam masa satu malam,
berpuasa setiap hari,
beribadah sepanjang malam,
tetapi islam menyuruh kita besederhana dan ikut nabi.


islam bukanlah agama yang sekadar menyeru kepada manusia untuk melakukan ibadah di masjid semata2.
islam bukanlah mereka yang duduk dimasjid siang dan malam beribadah bertaqorrub(mendekatkan diri) kpd allah semata2.
tetapi islam juga melahirkan pemimpin yang mentadbir,
ahli perubatan yang pakar,
ahli perniagaan yang jujur dan amanah, 
dan tentera-tentera fi sabilillah,
kerna islam bukanlah agama yang sekular,
islam mengiktiraf kepakaran,
kerana islam ialah cara hidup.

hakikat islam itu bukanlah terletak pada jubah dan serban,bukan juga kpd baju melayu dan bersongkok.
islam yg hakiki ialah islam yg ader tunjuk ajar dari nabi saw.
cara beragama yg terbaik adalah sepertimana yg digariskan oleh nabi,
ibadah yg diterima adalah yg ada tunjuk ajar dari nabi
kerana nabi  sebaik-baik ikutan.


jangan kita WAJAH BARUkan islam!!
jangan kita kotorkan agama ini dengan perbuatan ekstrem kita,
jangan kita sempitkan keluasan dalam agama dengan kefahaman sekular sesat  kita,
jangan kita luaskan agama dengan kefahaman liberal sesat kita,
jangan kita sensasikan agama ini dengan cerita karut kita,
jangan kita cemarkan agama dengan jampi cerdik kita,
jangan kita berfalsafah dengan akal yang kosong.
jangan kelirukan agama dengan syarat-syarat kita,
jangan kita melulu mengikut selain nabi,

tapi,

WAJAH BARUkanlah islam palsu kepada yang tulen,
bersihkanlah islam ini dengan kesederhanaan,
luaskanlah agama ini dengan kadar yg benar,
sensasikanlah agama ini dengan cerita yang shahih,
buanglah jampi cerdik,tingkatkanlah usaha,
berfalsafahlah dengan akal yg bersih,
bersih dari sifat melampau dan tidak perihatin.
cukuplah syarat yang datang dari quran sunnah,
ikutlah sunnah nabi dan buanglah sunnah melulu tanpa ilmu,

pastikanlah semuanya mengikut yang TERBAIK,
kerna,
tidak ada yang LEBIH BAIK selepas yang TERBBAIK..
yang terbaik ialah apa yang disandarkan akhirnya kepada quran sunnah.
kerana itulah yang terbaik diantara yang baik-baik.


jadikan islam benar,bukan sekadar menampkkan yang islam ini benar!!

Friday, March 26, 2010

Bila cinta berlaku baik!!

Cinta syarat iman

Kerana cinta tulusnya amal

Kerana cinta kudusnya amal

Amal yang kudus datang dari DUA

Qoulullah dan qoulul muhammad saw

Apabila jalan kudus tersebut tulus,

Maka jadilah cinta itu untuk iman

Cinta Allah dan Nabi lebih dari yang lain

Cinta sesama manusia hanyalah kerana Allah

Maka Bencilah untuk cinta yang membutakan hati

Tapi cintalah akan cinta yang membukakan hati

Biarkan cinta suci yang mematikan diri,

membutakan mata yang dua,

merosakkan sekalian anggota .

kerana cinta suci syarat kepada iman.

Maka beruntunglah mereka yang beriman.

Monday, February 8, 2010

kasih kewajipan kita

jiwa kosong tanpa kasih...
ketahuilah bahawa jiwa itu hidup bila hidupnya kasih...
kasih kita sesama manusia,kasih kita sesama makhluk ciptaan yg maha esa,kasih kita kepada yg maha mencipta...

kasih syarat kepada kehidupan yang bahagia...
yang membawa kita kepada perasaan suka..
yang membuang duka dalam diri kita..
yang memulihkan luka di hati kita..
yang mengindahkan kata-kata..
yang melonjakkan prestasi kita..
yang membenarkan naluri kita..
yang melunaskan segala perasaan kita..

manusia tidaklah sempurna tanpa kasih kepada yang maha Esa..
manusia tidaklah sempurna tanpa kasih sesama mereka..
manusia tidaklah sempurna tanpa kasih sesama makhluk-NYA..

manusia juga akan sesat kerana kasih..
manusia juga akan leka kerana kasih..
manusia juga akan sakit kerana kasih..

kasihlah!kerana kasih dapat memadamkan dosa..
kerana kasih hilangya kezaliman..
kerana kasih bersatu manusia..
kerana kasih kuatnya negara..
kerana kasih amannya dunia..

kasihlah dengan kadar yang betul!!
kasihkan tuhan mestilah lebih dari kasihkan manusia..
kasihkan manusia mesti samakan dengan kasih kepada diri kita..
barulah kasih tidak membawa kepada leka,duka,sesat,kezaliman,sakit dan dosa..

kasih sesuatu yang cukup mulia,tetapi akan menjadi hina jika salah melepaskannya..
jangan dilepaskan kasih tanpa panduan wahyu..
kerana wahyu kita betul..
kerana wahyu kita selamat..

"..berkasihlah!!!kerana kasih tuntutan agama..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails