Pages

Followers

Showing posts with label tajdid. Show all posts
Showing posts with label tajdid. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Ulasan Tambahan Berkaitan Sifat Solat Nabi s.a.w.

oleh ali@tantawi

Selepas menulis 2 artikel untuk mengulas sebuah buku yang ditulis dalam tajuk 'Sifat Solat Nabi s.a.w.', kali ini saya menulis tentang satu maklumat yang juga ada di dalam buku tersebut iaitu buku 'Sabda Rasulullah s.a.w. : Solatlah kamu sebagaimana Aku solat' karya Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri, terbitan syarikat Ummul Qura.

Artikel pertama dan kedua boleh dilihat dalam blog alitantawi.blogspot.com dan juga dalam al-ahkam.net (di sini).

Kemudian saya dapati maklumat ini juga sebenarnya telah dijelaskan dalam bentuk video (saya ikuti dalam Youtube) dalam beberapa bahagian melalui siri Sifat Solat Nabi s.a.w. juga oleh Ustaz Rasul Bin Dahri.

Ulasan kali ini berkaitan :

BEZA SOLAT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Menurut buku yang diulas (pada muka surat 18 dan 19) dan juga menurut penerangan melalui video (boleh dilihat di sini), penulis menyimpulkan bahawa -

1- Tidak ada beza antara lelaki dan perempuan dari segi cara bersolat.

2- Sesiapa yang menyatakan demikian, maka ia melakukan pembohongan malah menipu dan berdusta di atas nama Rasulullah s.a.w.

3- Ustaz Rasul Bin Dahri kemudian mengaitkan pembohongan ini dengan sebuah hadith sahih berbunyi: 'Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja, maka tempahlah tempatnya di neraka'.

Ulasan:

1-Pertama, saya ingin ringkaskan pandangan yang disebut oleh Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam bukunya al-Majmu' yang merupakan antara rujukan utama dalam Fiqh Mazhab al-Syafie dan juga fiqh perbandingan dengan mazhab lain. Dalam buku ini kita dapati al-Nawawi telah menyebut tentang perbezaan solat lelaki dan solat perempuan. Beliau telah menukilkan pandangan Imam al-Syafie (wafat 204H). Mari kita lihat kesimpulan yang ada dalam buku al-Majmu' ini :

a-Secara keseluruhannya solat lelaki adalah sama saja dengan solat perempuan dari segi pergerakan solat.

b-Namun begitu terdapat beberapa perbezaan yang digalakkan menurut pandangan Imam al-Syafie iaitu:

-perempuan merapatkan dan tidak merenggangkan ketika dalam solat.
-ketika sujud, dirapatkan perut dan pehanya.
-merendahkan suaranya.
-menebalkan jilbabnya.
-merenggangkan jilbabnya ketika ruku' dan sujud untuk mengelakkan daripada dilihat bentuk badan dengan jelas.
-jika terganggu atau berlaku apa-apa, perempuan menepuk tangannya.
[al-Majmu', jilid 3, m.s. 495, cetakan Maktabah al-Irsyad, Jeddah]

2-Kedua, terdapat beberapa hadith yang sememangnya dhaif berkaitan perkara ini. Itu tidak menjadi soal kerana kedhaifan hadith tidak semestinya bermaksud perkara itu sesuatu yang salah. Pengkaji dan penuntut ilmu-ilmu Islam harus sedar bahawa para ulama mengeluarkan hukum dan cadangan serta fatwa bukan semata-mata berdasarkan hadith-hadith sahih, tetapi melihat pelbagai maklumat antaranya ialah - fatwa dan amalan generasi awal dari kalangan sahabat, tabiin dan generasi selepas mereka.

3-Ketiga, oleh itu kita dapati persoalan perbezaan antara perbuatan lelaki dan perempuan dalam solat telah pun diungkapkan oleh sebahagian tokoh-tokoh ilmuan Islam terkemuka malah dari generasi awal. Saya ingin membawa analisis ringkas tentang apa yang disebutkan oleh Imam Abd. Razzaq al-Son'ani dalam bukunya yang terkenal - al-Musannaf - dalam jilid 3, m.s. 137 dan 138 [cetakan al-Maktab al-Islami, tahun1983]:

- Imam Abd. Razzaq telah menulis satu bab berkaitan 'cara wanita mengangkat tangan ketika takbir, juga cara wanita berdiri, rukuk dan sujud ketika solat'.

- Beliau telah membawa sejumlah 8 riwayat yang menunjukkan pendapat daripada : Saidina Ali Bin Abi Tolib, Ataa' Bin Abi Rabah, al-Hasan al-Basri, Qatadah dan Ibrahim iaitu dari kalangan para sahabat dan tabiin yang menunjukkan terdapat - beberapa perbezaan antara cara solat lelaki dan wanita.

- Ini menunjukkan bahawa para ulama selepas mereka yang membawa idea yang sama sebenarnya berpunca daripada generasi yang lebih awal. Walaupun terdapat perbezaan pendapat, kita perlu hormati fatwa dan amalan generasi awal.

- Kita juga dapat melihat pandangan ini dibawa oleh Imam al-Syafie sebagaimana dinyatakan di atas tadi melalui buku al-Majmu' karya al-Nawawi.

4- Keempat, terdapat sebuah buku yang boleh kita jadikan sumber rujukan dalam hal berkaitan ini iaitu - al-Jami' Li Ahkam al-Nisaa' oleh Syeikh Mustafa al-Adwi. [Rujuk jilid 1, bermula muka surat 371, cetakan Dar al-Sunnah, tahun 1992], beliau telah menyenaraikan pelbagai hadith dan fatwa sahabat serta ulama tentang perbezaan solat antara wanita dan lelaki. Walaupun beliau menyatakan kedhaifan hadith-hadith yang berkaitan, namun beliau telah menilai sahih riwayat-riwayat dari tabiin dan ahli ilmu lain tentang perbezaan keadaan pergerakan solat lelaki dan wanita. Malah beliau menyatakan pula fatwa ulama terkemuka berkaitan hal ini, antaranya dari:

-Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra.
-Ibn Qudamah dalam al-Mughni.
-al-Son'ani dalam Subul al-Salam.

Lalu syeikh Mustafa al-Adwi menyimpulkan bahawa terdapat 2 pandangan yang beliau temui berkaitan pergerakan solat wanita. Pertama, ia sama sahaja dengan lelaki. Kedua, ia berlainan pada beberapa tempat dan ini juga adalah diriwayatkan daripada para tabiin. Beliau menerima keduanya.

5-،Kelima, apabila direnungkan sepintas lalu apa yang telah dinyatakan di atas, adakah anda sanggup untuk menyatakan bahawa 'sesiapa yang membezakan solat lelaki dan wanita telah melakukan pembohongan dan berdusta ke atas Rasulullah s.a.w.'? Ini adalah satu sikap yang melampau dan keluar daripada topik perbincangan. Adakah ulama kita yang terdahulu begitu sekali sifatnya dan sikapnya?

Apa yang ditegaskan oleh sebahagian ulama ialah -

-sememangnya secara umumnya lelaki dan wanita sama sahaja dari segi pergerakannya dalam solat.

-namun mereka mencadangkan beberapa cara untuk wanita berdasarkan wanita perlu memelihara dirinya dari pandangan umum ketika solat. Ini termasuk ketika menunaikan solat di masjid-masjid sejak dulu hingga kini.

-tindakan dan pandangan mereka ini tidak langsung ada kaitan dengan istilah 'pembohongan' ke atas Rasulullah s.a.w. dan amat jauh sekali daripada maksud hadith yang disebut oleh penulis.

Semoga Allah SWT menyelamatkan ahli ilmu dan pencinta ilmu daripada sikap melampau. Amin.

sumber: http://alitantawi.blogspot.com/2010/12/ulasan-tambahan-berkaitan-sifat-solat.html

Sunday, December 12, 2010

Ulasan Buku Berkaitan Sifat Solat Nabi s.a.w. (2)

oleh Alitantawi

Artikel ini mengulas tentang buku: Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri, bertajuk 'Sabda Rasulullah s.a.w.: Solatlah kamu sebagaimana Aku solat', terbitan Syarikat Ummul Qura, cetakan kedua tahun 2010.

Artikel bahagian pertama (Ulasan pertama dan kedua) - boleh dibaca di sini

ULASAN KETIGA - BENARKAH HANYA SATU PANDANGAN/AMALAN - IAITU 'DI ATAS DADA'?

Dalam artikel pertama, saya telah menumpukan ulasan terhadap kesilapan nota kaki dan terjemahan. Kali ini ulasan saya adalah berkaitan tulisan penulis seperti berikut:

Penulis menyatakan pada muka surat 16 bahawa:

"Menurut hadis-hadis yang sahih, cara bersedekap (meletakkan kedua tangan) bukanlah di bawah pusat, bukan di pusat, bukan di perut atau melepaskannya ke bawah (isbal) tetapi diletakkan keduanya di atas dada sebagaimana penjelasan dari hadis-hadis sahih seperti berikut..."

Penulis juga menyatakan pada muka surat 17 dan 18 ayat seperti berikut:

"Menurut Syeikh Nasruddin al-Albani rahimahullah: Bersedekap di dada adalah perbuatan yang sahih menurut sunnah. Yang bertentangan dengan cara ini adalah lemah dan tidak mempunyai dasar riwayat yang sahih".

Di sini dapat kita fahami beberapa perkara yang diketengahkan oleh penulis (melalui pendapat beliau dan juga nukilan pendapat Syeikh al-Albani) iaitu:

- Bersedekap di atas dada ketika solat disebutkan dalam hadith-hadith sahih.

- Perbuatan bersedekap di atas dada adalah perbuatan yang menepati sunnah.

- Perbuatan bersedekap di tempat selain dada adalah lemah dan tidak berdasarkan riwayat yang sahih.

Sekali pandang, mungkin pembaca akan meyakini bahawa hanya ada SATU pandangan dan hanya SATU amalan di sisi para ulama fiqh dan hadith sepanjang zaman iaitu seperti di atas. Namun apa yang ditemui amat berlainan... teruskan membaca:

1- Dari segi amalan, apa yang penulis bawa bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh ilmuan Islam di zaman awal. Ini jelas seperti yang diceritakan kepada kita oleh Imam al-Tirmidzi :

وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ يَرَوْنَ أَنْ يَضَعَ الرَّجُلُ يَمِينَهُ عَلَى شِمَالِهِ فِى الصَّلاَةِ. وَرَأَى بَعْضُهُمْ أَنْ يَضَعَهُمَا فَوْقَ السُّرَّةِ. وَرَأَى بَعْضُهُمْ أَنْ يَضَعَهُمَا تَحْتَ السُّرَّةِ. وَكُلُّ ذَلِكَ وَاسِعٌ عِنْدَهُمْ

Maksudnya:
dan amalan sebegini (meletakkan tangan kanan atas tangan kiri dalam solat) diamalkan di sisi ahli ilmu dari kalangan sahabat-sahabat Nabi s.a.w., para tabi'in dan selepas mereka. Mereka mengambil pandangan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika solat. Sebahagian mereka mengambil pandangan meletakkannya di atas pusat dan sebahagian lagi berpandangan di bawah pusat. Dan semua itu luas (terbuka) bagi mereka.
[Jami' al-Tirmidzi, Abwab al-Solat, selepas hadith no.252, muka surat 67, cetakan Dar al-A'lam, Jordan, tahun 2001]

dalam kata-kata dan huraian al-Tirmidzi ini kita dapati 3 generasi awal telah disebut iaitu:

Pertama- para sahabat Nabi s.a.w.
Kedua - para tabiin iaitu mereka yang sempat bertemu dengan para sahabat.
Ketiga - golongan selepas tabiin dan ini meliputi ulama di zaman al-Tirmidzi sendiri.

Kita dapati mereka terbahagi kepada dua kelompok:

Satu- yang bersedekap di bahagian atas pusat (tidak juga diberitahu di atas dada).
Kedua- yang bersedekap di bahagian bawah pusat.

Perlu difahami bahawa ini adalah apa yang diAMALkan oleh mereka sebagaimana kata al-Tirmidzi. Adakah kita boleh katakan amalan sebahagian sahabat, tabiin dan ulama selepas mereka adalah amalan yang TIDAK bersandarkan hadith sahih? Persoalan penting untuk sama-sama kita fikirkan.

2-Apabila dicari pula pandangan dan pendapat ulama terdahulu sama ada dalam bidang fiqh solat atau bidang hadith, kita juga tidak temui pendapat yang 'menghadkan' kepada hanya 'di atas dada'. Sebagai contoh:

Lihatlah buku-buku yang mengumpulkan pendapat ulama terkemuka dalam fiqh sama ada secara 'fiqh perbandingan' atau 'fiqh satu mazhab', maka kita akan dapati persoalan bersedekap ketika solat dibincangkan dengan begitu 'luas' dan 'terbuka' tanpa menafikan perbezaan cara dan amalan.

Persoalan yang saya ingin lontarkan di sini:

Adakah kita meyakini bahawa mereka TAHU ada hadith sahih yang menghadkan 'di atas dada' tetapi mereka tidak mengikuti maksud hadith itu?

Atau kita meyakini bahawa mereka TIDAK TAHU adanya hadith tentang 'di atas dada'?

Ini persoalan yang saya ingin timbulkan sekiranya kita berpegang kepada amalan dan pandangan 'hanya di atas dada'.


NUKILAN DARIPADA BEBERAPA SUMBER FIQH

1- Pertama mari kita lihat kepada sebuah buku yang menjadi antara rujukan utama dalam Mazhab Hanafi iaitu buku yang masyhur dengan nama Hasyiyat Ibn Abidin atau judul asalnya 'Radd al-Muhtar'. Dari buku ini kita dapati pandangan yang disebut ialah 'bersedekap di bawah pusat' berdasarkan kata-kata yang dinukilkan daripada Saidina Ali Bin Abi Tolib.
[Radd al-Muhtar, Jilid 2, Kitab al-Solat, muka surat 172 dan 173, cetakan Dar Alam al-Kutub, Riyadh, tahun 2003]

2- Kita juga dapat lihat pada sumber fiqh Mazhab Maliki contohnya buku karya Imam Malik Bin Anas sendiri iaitu al-Muwatto', beliau menyebutkan tentang suruhan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri, dan menyenaraikan beberapa hadith tetapi tidak ada pandangan atau penetapan 'di atas dada'.
[al-Muwatto', Riwayat Abu Mush'ab, Jilid 1, bab 49, hadith no.424 hingga 426, cetakan Muassasah al-Risalah, Beirut, cetakan ketiga, tahun 1998] dan juga [al-Muwatto', Riwayat Yahya al-Laithi, Jilid 1, bab 100, hadith no.436 dan 437, cetakan Dar al-Gharb al-Islami, cetakan kedua, tahun 1997]

3- Dalam Mazhab al-Syafie pula, saya ingin membawa pembaca melihat apa yang telah dikumpulkan oleh Imam al-Nawawi dalam bukunya yang amat panjang lebar dan terkenal, iaitu al-Majmu' yang merupakan huraian kepada satu lagi buku fiqh Mazhab Syafie yang terkemuka iaitu al-Muhazzab karya al-Syirazi. Apa yang dibawa dalam buku al-Majmu'? :

a- Sebahagian ilmuan menyatakan agar bersedekap di bawah dada dan di atas pusat (di antara dada dan pusat)

b- Sebahagian ilmuan pula menyatakan di bawah pusat. c-Sebahagian lagi pula memberikan pilihan - sama ada ingin bersedekap di bahagian atas pusat atau di bawahnya.
[al-Majmu', Kitab al-Solat, Jilid 3, muka surat 269 dan 270, cetakan Maktabah al-Irsyad, Jeddah]

4- Manakala kalau dilihat pada Mazhab Hanbali pula, kita boleh mengambil pandangan yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal sendiri iaitu ketika disoal tentang bersedekap di atas dada beliau memberikan jawapan:

a- di atas pusat (disebutkan 'sedikit' di atas pusat)

b- jika diletakkan di bawah pusat juga tidak mengapa

c- dia tidak suka seseorang meletakkannya di atas dada.
[Masaail al-Imam Ahmad, karya Imam Abu Daud, muka surat 31, cetakan di bawah seliaan Muhammad Rasydi Ridha, tahun 1353H]

5-Salah sebuah buku yang mengumpulkan pandangan daripada pelbagai mazhab yang popular ialah buku al-Mughni karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi. Beliau menyebut tentang perbezaan pandangan ulama tentang bersedekap ketika solat:

a-Meletakkan di bawah pusat sebagaimana pernah diriwayatkan daripada sebilangan sahabat, tabiin dan juga Imam Ahmad Bin Hanbal.

b-Meletakkan di atas pusat, diriwayatkan dari sebahagian tabiin, Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad Bin Hanbal.

c-Diberi pilihan untuk mengambil mana-mana pandangan (atas atau bawah pusat), juga diriwayatkan dari Imam Ahmad Bin Hanbal. Ia juga dianggap sebagai sesuatu yang terbuka dan luas.
[Al-Mughni, Jilid 2, muka surat 141, cetakan Dar Alam al-Kutub, Riyadh, tahun 1997]

6- Saya juga ingin merujuk kepada satu maklumat yang diringkaskan oleh seorang ilmuan hadith di Iraq yang juga Syeikh Dar al-Hadith di Iraq, Dr. Mahir Yasin Fahl dalam tesis sarjana beliau bertajuk Athar Ilal al-Hadith Fi Ikhtilaf al-Fuqaha' berkaitan tajuk ini:

a-Bersedekap di atas pusat, di bawah dada. Menurut Dr.Mahir, ini adalah pendapat dalam kalangan ilmuan Mazhab Syafie dan salah satu pandangan dalam kalangan ulama Mazhab Hanbali.

b-Bersedekap di bawah pusat. Ini merupakan pandangan kalangan ilmuan Mazhab Hanafi dan beliau juga menyebut nama sebahagian sahabat, tabiin dan ulama selepas mereka yang mengambil pandangan ini. Ia juga adalah pendapat yang kuat dalam Mazhab Hanbali.

c-Bersedekap di atas dada. Ini tidak pernah diambil daripada ulama awal, cuma ia dipilih oleh ulama terkemudian seperti al-Son'ani, al-Mubarakfuri, al-Azim Abadi dan al-Syaukani.

d-Terbuka dan tidak dihadkan sebagaimana pandangan al-Auza'i dan juga Ibn al-Mundzir.

e- Meluruskan tangan dan tidak bersedekap. Ini pandangan sebahagian tabiin dan ulama.

Pembaca yang tahu membaca dalam Bahasa Arab elok melihat huraian lengkap Dr.Mahir Yasin Fahl dalam bukunya ini.
[Athar Ilal al-Hadith Fi Ikhtilaf al-Fuqaha', muka surat 280, Dar Ammar, Jordan, tahun 2000]

7-Saya juga ingin menukilkan apa yang telah dituls oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili, seorang alim dan pendakwah terkemuka dunia Islam dalam bukunya yang cukup terkenal iaitu al-Fiqh al-Islami :

a-Bersedekap di atas dada.

b-Bersedekap di bawah dada, di atas pusat.

c-Di bawah pusat.

d-Meluruskan tangan tanpa bersedekap.
[Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jilid 1, muka surat 687 dan 688, cetakan Dar al-Fikr, tahun 1985]

Apa yang saya sebutkan di atas hanyalah beberapa buku yang membawa pandangan mazhab-mazhab utama dalam Islam. Para pembaca boleh membuat rujukan tambahan menggunakan buku-buku fiqh yang mudah didapati dan melihat sendiri apa yang dinyatakan. Melalui apa yang saya sebutkan, kita dapat tahu :

-Pandangan yang dibawa oleh penulis yang 'menghadkan' dan 'menyempitkan' amalan bersedekap hanya di atas dada dan bukan di tempat lain adalah 'menyalahi' apa yang tersebar dalam kalangan ulama zaman berzaman - secara AMALAN dan juga PANDANGAN.

- Para ulama begitu terbuka (sebagaimana kata Imam al-Tirmidzi dan rujukan-rujukan yang saya sebutkan di atas) dalam menyatakan tempat bersedekap dan mereka tidak menghadkan serta tidak menyalahkan atau melemahkan pandangan tertentu. Bahkan di antara mereka memberikan pilihan pula kepada orang yang solat.

Adakah mungkin amalan dan pandangan ilmuan Islam sepanjang zaman ini 'tidak bersandarkan dalil yang sahih'?

Adakah mungkin mereka tidak tahu bahawa yang sahih hanya 'di atas dada'?

wallahu a'lam

sumber: http://alitantawi.blogspot.com/2010/12/ulasan-buku-berkaitan-sifat-solat-nabi_11.html

Ulasan Buku Berkaitan Sifat Solat Nabi s.a.w.


Baru-baru ini saya membeli sebuah buku yang ditulis oleh Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri, bertajuk 'Sabda Rasulullah s.a.w.: Solatlah kamu sebagaimana Aku solat', terbitan Syarikat Ummul Qura, cetakan kedua tahun 2010.

Idea yang diketengahkan dalam buku ini ialah membawa masyarakat ke arah memahami bagaimana cara solat di dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. Ia satu usaha yang patut diberikan pujian - dan dalam masa yang sama patut diberikan ulasan jika ada yang tidak begitu jelas atau tepat.

ULASAN PERTAMA - NOTA KAKI ةMUKA SURAT 16, NO.31

Ulasan saya ialah tentang bab 'Bersedekap di dada' yang disebut dalam buku ini bermula pada muka surat 16. Dalam bab ini penulis menyatakan bahawa bersedekap di dada adalah yang menepati hadith-hadith yang sahih. Lalu penulis menyebut 7 potongan hadith berserta takhrij / menyebut sumber setiap hadith. Ulasan saya ialah seperti berikut:

Pertama
, daripada sejumlah 7 potongan hadith yang disebutkan di sini, hanya 3 potongan hadith mengandungi dengan jelas perkataan 'di atas dada'.

Kedua
, ulasan saya yang lebih panjang ialah pada nota kaki bagi potongan hadith yang ketiga iaitu hadith:

كان يضعهما على الصدر

maksudnya (seperti disebut oleh penulis) : Baginda meletakkan kedua tangannya (bersedekap) di dada.

Dalam nota kaki bernombor 31, penulis menyebut:

"Disebut oleh Bukhari dalam sahihnya. Di dalam al-Muwatta'. H/R Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Abu Syeikh, Tirmizi menghasankan salah satu hadith ini".

Ulasan saya:

1-Kata-kata dalam nota kaki itu "Disebut oleh Bukhari dalam sahihnya" - sedangkan hadith ini sama ada dengan lafaz yang dinyatakan di sini atau pun apa-apa hadith yang membawa maksud 'di atas dada' tidak ada disebut langsung dalam Sahih al-Bukhari.

2-Kata-kata "Di dalam al-Muwatta". Biasanya apabila disebut al-Muwatta' maka ia merujuk kepada karya Imam Malik Bin Anas (wafat 179H) - walaupun penuntut ilmu tahu bahawa terdapat Muwatta' lain karya imam-imam lain. - Namun begitu, jika dimaksudkan al-Muwatta' karya Imam Malik, masalah yang timbul ialah tiada didapati hadith 'di atas dada' dalam al-Muwatta' dengan pelbagai versi riwayat-riwayatnya.

3- "H/R Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dan Abu Syeikh". - Kenyataan ini memang tepat kerana sememangnya ada hadith berkaitan 'di atas dada' dalam Sunan Abu Daud, Mukhtasor al-Mukhtasor atau lebih dikenali dengan Sahih Ibnu Khuzaimah, Musnad Imam Ahmad dan Abu Syeikh dalam buku Tabaqat al-Muhaddithin Fi Asbahan.

4- "Tirmidzi menghasankan salah satu hadith ini" - Di sini terdapat 2 ulasan yang ingin saya nyatakan:

Pertama, apa maksud 'menghasankan salah satu hadith ini' dalam nota kaki tersebut?

Kedua, apabila dilihat dalam Jami' al-Tirmidzi atau lebih popular dengan nama Sunan al-Tirmidzi, di dapati bahawa tidak ada lafaz 'di atas dada' dalam hadith berkaitan sifat solat Nabi s.a.w. yang disebutkan dalam buku itu.

ULASAN KEDUA - AMALAN IMAM ISHAK BIN RAHAWAIH DAN IMAM MARWAZI

Penulis menyatakan pada muka surat 18 :

"Cara-cara yang sesuai dengan sunnah inilah yang diamalkan oleh Imam Ishak Bin Rahawaih dan Imam Marwazi dalam Kitab Masail hlm. 222".

Apabila kita membuat rujukan lanjut, didapati bahawa apa yang sebenarnya disebutkan dalam Kitab Masaail pada halaman yang disebut penulis ialah:

Pertama - Terdapat kisah tentang Ishak Bin Rahawaih solat kemudian membaca qunut lalu mengangkat tangannya berdoa qunut sehingga ke paras dadanya. Maka ia tidak berkaitan dengan meletakkan tangan atau bersedekap di atas dada.

Kedua - Buku al-Masaail ialah karya Imam al-Marwazi. Maka apa yang berlaku ialah al-Marwazi menukilkan perbuatan Ishak Bin Rahawaih seperti di atas, dan bukanlah bercerita tentang amalan al-Mawarzi seperti yang difahami daripada kata-kata penulis di atas tadi.

*Sepatutnya ditulis : "...yang diamalkan oleh Imam Ishak Bin Rahawaih sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Marwazi dalam kitab Masail hlm.222".

wallahu a'lam.

BERSAMBUNG...

sumber: http://alitantawi.blogspot.com/2010/12/ulasan-buku-berkaitan-sifat-solat-nabi.html

Madrasah Zhahiriyyah Baru fikih Teks yang Jauh dari Maksud-maksud Syariat

Oleh: Dr Yusof al-Qaradhawi
(Petikan Fiqih Maqashid Syariah: Moderasi Islam Antara Aliran Tekstual dan Aliran Liberal)

Di sini, saya ingin mengawali dengan menjelaskan tentang sikap madrasah pertama, yaitu madrasah yang memegang teks-¬teks partikular dengan melupakan maksud-maksud syariat yang global. Madrasah tersebut saya namakan dengan "zhahiriyyah baru." Mereka terdiri dari berbagai golongan. Di antara mereka ada yang lebih dominan kepada sifat agama(1), dan di antara mereka ada yang lebih dominan kepada sifat politik(2). Meskipun mereka semua sama dalam hal literalisme pemahaman. Sebagian mereka ada yang benar-benar tenggelam ke dalam zhahiriyyah, dan sebagian lagi ada yang masuk tetapi tidak sampai tenggelam.

Tidak diragukan lagi, kejumudan dan kekerasan mereka - meskipun banyak di antara mereka yang ikhlas dan taat beribadah¬ -- sangat membahayakan dakwah dan penerapan syariat Islam. Mereka menjelekkan gambaran Islam yang indah di hadapan para cendekiawan kontemporer dan dunia yang maju. Sebagaimana hal itu tampak dengan jelas dari sikap mereka terhadap permasalahan wanita, keluarga, kebudayaan, pendidikan, ekonomi, politik, administrasi, kebebasan, hak asasi manusia, dan masalah dialog dengan yang lain. Terutama, dalam hubungan intemasional dan hubungan dengan non-muslim.

Dalam permasalahan wanita, mereka melarang wanita untuk bekerja. Meskipun dia atau keluarganya sangat membutuhkan terhadap pekerjaan wanita tersebut. Mereka ingin agar wanita diam di rumah. Mereka menyamakan istri Nabi dengan istri-istri muslim lainnya. Padahal, Allah telah berfirman, "Hai istri-istri Nabi. kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain." (AI.Ahzab: 32)

Mereka tidak membolehkan wanita untuk memberikan kesaksian dalam pemilihan umum dengan memberikan suara antara "ya" dan "tidak." Kita kesampingkan dulu masalah pencalonan wanita di dewan permusyawaratan, dewan perwakilan, ataupun dewan daerah.

Mereka menyeru agar kita mengambil jizyah dari orang-orang Nasrani dan yang sejenisnya dengan nama dan contoh jizyah itu sendiri. Kita tidak boleh memulai mengucapkan salam kepada mereka. Jika bertemu dengan mereka di jalan, kita harus menyeret mereka ke tempat yang paling sempit. Serta, kita harus menerapkan hal-hal yang disebutkan oleh para ahli fikih secara literal pada zaman dahulu yang ada kaitannya dengan ahli dzimmah. Seperti, keharusan mereka memakai baju yang berbeda dengan umat lslam.


Mereka menolak pendapat Al-Mawardi dan yang lainnya dalam "Al.Ahkam As-Sulthaniyyah" tentang bolehnya ahli dzimmah menjabat sebagai menteri. Bahkan, mereka tidak menerima jika ahli dzimmah dicalonkan untuk dewan perwakilan.

Mereka pun menolak pembatasan masa jabatan kepala negara. Karena, kepala negara harus memegang jabatan seumur hidup. Mereka menyebut orang-orang yang membolehkan pembatasan masa jabatan sebagai orang-orang yang mengikuti orang-orang kafir!


Mereka menolak mengambil hal-hal yang datang dari luar umat lslam. Mereka menganggap hal itu sebagai hal baru di dalam agama. Karena, setiap hal yang baru adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan adalah api neraka.

Untuk itu, mereka melihat demokrasi sebagai kemungkaran yang harus diperangi. Mengambil keputusan dengan suara mayoritas adalah bid'ah asing dan imporan.

Demikian pula membentuk partai atau jamaah, menurut mereka termasuk ke dalam hadits, "Barangsiapa yang mengadakan perkara baru di dalam urusan -agama- kita, ia adalah tertolak.(3)"

Mereka lebih memperhatikan bentuk daripada isi. Keinginan mereka yang paling besar adalah agar laki-laki memanjangkan jenggot dan memendekkan celana, serta agar wanita memakai cadar. Mereka membesar-besarkan adab-adab tersebut seolah-seolah ia adalah rukun lslam.

Di dalam ibadah, mereka mangambil yang lebih susah dan lebih keras. Mereka menolak mengambil uang di dalam zakat fitrah, memasukkan hisab ke dalam shaum -- tidak dalam afirmasi ataupun negasi- menolak melempar jumrah sebelum matahari tergelincir, mewajibkan mabit di Mina pada hari-hari tasyrik, meskipun sesaknya orang yang beribadah haji dan sempitnya tempat yang tersedia.

Mereka menolak pembaruan di dalam agama, ijtihad di dalam fikih, menciptakan metode-metode baru dalam dakwah, dan ingin agar kehidupan tampil sesuai dengan zaman dahulu, dalam bentuk ataupun isi. Serta, pemikiran-pemikiran dan pemahaman¬-pemahaman lain yang akan membuat sempit zaman sekarang. Terutama, dalam bab siyasah syar'iyyah. Pemikiran-pemikiran mereka telah saya bantah dalam lebih satu buku. Terutama buku "Min Fiqh Ad-Daulah fi Al-Islam," "Fatawa Mu' ashirah," serta buku¬-buku saya yang bertemakan panduan bagi kebangkitan Islam, terutama buku "Ash-Shahwah Al-Islamiyyah min Al-Murahaqah ila Ar-Rusyd," dan "Khithabuna Al-Islami fi Ashr Al-Aulamah."

Di sini saya akan menjelaskan kekeliruan madrasah ini. Karena, madrasah ini tidak memiliki pemahaman yang tepat tentang Allah dan Rasulullah, sebagaimana yang seharusnya dilakukan.

Orang-orang dari madrasah ini telah mengambil madzhab zhahiri, Meskipun mereka tidak menamakannya dengan zhahiri atau mengaku bahwa mereka telah menirunya. Namun, mereka mengambil kejumudan lafazh-lafazh yang literal, melupakan hikmah dan ta'lil terhadap teks dari madzhab tersebut.

Mereka lupa bahwa umat Islam telah menolak madzhab azh¬zhahiriyyah. Tidak sebagaimana madzhab-madzhab lain, saya melihat bahwa madzhab zhahiriyyah tidak memiliki pengikut. Sebagaimana ulama pun mengingkari madzhab ini.

sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5435%3Amadrasah-zhahiriyyah-baru-fikih-teks-yang-jauh-dari-maksud-maksud-syariat-&catid=69%3Aartikel

Wednesday, December 8, 2010

Pahala sampai kepada si mati..?? mengulas perselisihan pendapat di kalangan ulama



Alhamdulillah, dalam kita mengamalkan sesuatu ibadah, amatlah penting untuk kita tahu akan dalil penyariatannya. Islam sentiasa mengajak umatnya untuk berfikir. Apakah hikmah kebijaksanaan di sebalik pengamalan sesuatu ibadah tersebut.  Bila kita menyebut tentang ibadah, amatlah penting untuk merujuk kepada QURAN dan SUNNAH. Ini semua bagi menjamin ibadah kita ini diterima Allah SWT. al-Imam Muslim meriwayatkan dalam shahihnya, kata Nabi SAW: "sesiapa yang membuat sesuatu, bukan padanya dari perbuatan kami. maka ianya tertolak. 

Sesungguhnya setiap apa yang kita lakukan di muka bumi tidak akan terlepas daripada disoal oleh Allah SWT. Adakah kita melakukan sesuatu ibadah itu hanya sebagai ikut-ikutan membabi buta? Adakah kita 'concern' akan setiap ibadah yang kita lakukan? Maka fikir-fikirkanlah firman allah yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu perkara tanpa ilmu. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati kesemuanya akan ditanya kelak".(al-isra' -17:36)

Berbalik kepada tujuan post kali ini. Pada kali ini, saya cuba berkongsi satu artikel yang bersumber dari al-ahkam.net. Satu artikel yang mudah difahami. Yang mana ianya mengupas satu isu yang sering diperdebat ilmiah oleh golongan ilmuan islam. Tak kurang juga dijadikan sebab sesorang itu dituduh WAHHABI, PELAKU BIDAAH, TAKSUB dan sebagainya. Kesemua ini berlaku apabila seseorang itu tidak TAHU dan terlajak laju dalam menyampaikan sesuatu. Apatah lagi ianya tidak disusuli dengan cara yang hikmah yang lantang menuduh seseorang itu dan ini.Yang  hanya mengambil beberapa pendapat sahaja lantas mengabaikan pendapat yang lain, walaupun pendapat tersebut menggunakan dalil bersumberkan yang sama; Quran dan Sunnah.  

Oleh: Abdullah Man



Apakah Sampai Amalan Orang Hidup Kepada Si Mati: Satu Studi Perbandingan
 

Oleh: Zain Y.S (al-ahkam.net) 

Note: Versi ini telah disemak, dikoreksi dan dilakukan penambahan oleh Dr Abu Anas Abd Basit Abd Rahman. Tulisan yang berwarna merah adalah koreksi atau pembetulan dari beliau. Dan teks petikan Majmuk Fatwa Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah juga penambahan dari beliau. Terimakasih dan penghargaan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk tujuan ini.



Pendahuluan: 
1. Dapat kita lihat bahawa melalui penjelasan di bawah ini nanti, secara ringkasnya, semua ulama dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersetuju bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati (si mati). Cuma terdapat beberapa perbedaaan kecil yg berlaku. Umpamanya, Malik dan al-Syafi'i mengatakan bahawa ibadah badaniyah seperti sembahyang dan puasa tidak sampai. Namun, di kalangan Syafi'iyah mutaakhir mengatakan amalan berkenaan sampai. 

2. Untuk perhatian pembaca, perbahasan berkaitan tajuk ini hanya di sekitar samada sampai atau tidak pahala amalan orang hidup untuk si mati. Artikel ini samasekali tidak membahaskan kaifiat atau tatacara atau bagaimana cara untuk menyampaikan pahala itu kepada si mati. Contohnya, artikel ini tidak membahas boleh atau tidak amalan tahlilan, upacara mengirim arwah, yasinan dan sebagainya yang diamalkan oleh masyarakat kita.
3. Ini bermakna, sampai atau tidaknya amalan orang kepada si mati adalah satu perkara dan manakala tata cara untuk menyampaikannya seperti yasinan, tahlilan dan sebagainya adalah satu hal yang lain pula.
4. Bila seseorang itu berpegang dengan pendapat bahawa pahala sampai kepada si mati, tidak bermakna beliau membolehkan amalan seperti upacara kirim arwah, yasinan dan tahlilan.
5. Boleh atau tidaknya amalan berkenaan memerlukan satu perbahasan lain yang panjang lebar.



Berikut ini adalah petikan yang kami ringkaskan dari kitab Syarah Aqidah al-Thahawiyah:

(1) Apakah sampai amalan org hidup kepada si mati? 

Seluruh ahlus sunnah wal jamaah telah bersepakat mengatakan bahawa si mati dapat manfaat dari usaha orang hidup melalui dua perkara: 

1. Sebab2 yg dilakukan oleh si mati ketika hidupnya. 
2. Doa kaum muslimin, istighfar mereka kepada si mati, sedekah dan haji. Cuma, haji mereka memperselisihkannya, apakah sampai manfaatnya kepada si mati ataupun tidak? 

Dalam hal ini, Muhamad bin al-Hasan menolak sampainya manfaat dari haji. Beliau mengatakan: "Hanyasanya, sampai kepada si mati pahala sedekah. Manakala pahala haji adalah kepada orang yang mengerjakannya.” 

Manakala para ulama lain pada umumnya mengatakan bahawa pahala haji dapat kepada mereka yg dihajikan. Dan, inilah pendapat yg sahih. 

(2) Bagaimana dengan ibadah badaniyah? Apakah sampai?

Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir, terdapat beberapa pendapat: 
Golongan 1: Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama salaf mengatakan bahawa ia sampai kepada si mati. 
Golongan 2: Pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik mengatakan tidak sampai kepada si mati. 
Golongan 3: Ahli bid'ah dari kalangan ahli kalam mengatakan tidak satu apapun yg dapat sampai kepada si mati, samada doa kaum muslimin atau selainnya. Pendapat mereka ini dapat ditolak dengan al-Quran dan al-Hadis. 

(3) Dalil 
Dalil di sekitar golongan yang mengatakan bahawa si mati memperoleh manfaat dari amalan orang hidup: 
a. Mendapat manfaat tanpa sebab2 yg dibuat olehnya semasa hidup: 

1. Firman Allah Taala: (Al-Hasyr: 10) 
"dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".


Dalam ayat ini menunjukkan si mati memperoleh manfaat dari istighfar orang hidup. 

2. Terdapat nash-nash yg telah diijmak-kan oleh muslimin bahawa si mati memperoleh manfaat dari doa kaum muslimin di dalam sembahyang jenazah. Begitu juga doa selepas si mati di tanam. Antaranya ialah hadis Abu Daud dari hadis Usman bin Affan r.a., katanya adalah Nabi s.a.w. apabila selesai menanam mayat, baginda s.a.w. berdiri di situ dan bersabda:"Pohonlah keampunan untuk saudaramu. Kamu pohonlah ketetapan kepadanya. Maka sesunggunhya dia sekarang sedang disoal." 

Ini termasuklah doa ketika menziarahi kubur sebagaimana yg termaktub di dalam sahih muslim samada dari hari Buraidah bin al-Husaib ataupun dari hadis Aisyah r.a. 

b. Dalil yg mengatakan bahawa pahala bersedekah sampai kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain (Bukahri & Muslim). Dari Abdillah bin Abbas r.a., bahawa Sa'd bin Ubadah kematian ibunya ketika ketiadaannya, lalu dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah mati ketika aku tiada, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Bukhari) 

c. Mengenai sampainya pahala berpuasa kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain daripada Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mati dan masih ada puasa yg belum dikerjakan, maka hendaklah ia dipuasakan (dibayar) oleh walinya." 

Namun dalam hal ini, Abu Hanifah mengatakan puasa berkenaan hendaklah digantikan/diqadho' dengan memberi makan kepada fakir miskin bukan dengan berpuasa. 

d. Dalil sampainya pahala haji, terdapat di dalam sahih Bukhari daripada Ibnu Abbas r.a.: Bahawa seorang perempuan Juhainah telah menemui Nabi s.a.w., katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah bernazar utk menunaikan haji, tetapi tidak dapat menunaikannya hinggalah dia mati. Apakah aku perlu menunaikan haji utknya?" Nabi s.a.w bersabda: "Kerjakanlah haji untuknya, apakah engkau tidak melihat jika ibumu mempunyai hutang? Bukankah engakau yg perlu membayarnya? Bayarlah hutang Allah, maka hutang Allah itu lebih berhak ditunaikan." (Lihat: Syarah Aqidah al-Thahawiyah, hal. 449-455 dan Ar-Ruh, karangan Ibn Al-Qayyim ms: 190 masalah: 16) 

Inilah pandangan Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah, lihat: Majmu’ Fatwa Jilid 24/306-313. (Lihat teks fatwanya di akhir artikel ini)



Kenapa Tidak Sampai?

Alasan pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik yang mengatakan tidak sampai ibadah badaniyah kepada si mati ialah: 

1. Dapat lihat bahawa semasa hidup amalan-amalan berkenaan tidak boleh digantikan dan dikerjakan oleh orang lain. Dan, siapa yang mengerjakannya,maka dialah yang akan memperolehi pahalanya. Pahala dari amalan berkenaan tidak dapat bermanfaat kepada orang lain. 

2. Hadis mauquf dengan sanad sahih dari Ibnu Abbas, katanya: "Tidak boleh bersembahyang seseorang untuk seorang yang lain, tidak boleh berpuasa untuk seorang yang lain....." (HR Al-Nasa'i) 



Petikan Dari Raddul Muhtar: Sampai Atau Tidak

Menurut yg tercatat di dalam kitab Raddul Muhtar oleh Ibnu Abidiin: 

Di dalamnya menyebutkan bahawa seseorang itu boleh menyedekahkan pahala amalannya kepada org lain spt sembahyang, puasa, sedekah dan lainnya. 

Menurutnya lagi, inilah pegangan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Cuma Malik dan yg masyhur dari al-Syafi’i berpendapat bahawa ibadah badaniyah tidak sampai pahalanya kepada si mati, seperti sembahyang dan bacaan al-Quran. 

Walaupun begitu, ulama-ulama mutaakhirin dari mazhab syafi’I (Syafi’iyah) mengatakan bahawa pahala ibadah badaniyah sampai kepada si mati dengan beberapa perincian. 

Golongan muktazilah pula menyalahi pendapat Ahlus Sunnah dalam semua keadaan, baik ibadah badaniyah atau lainnya. Ia bermaksud tidak sampai pahala dari amalan orang hidup kepada si mati. (Raddul Muhtar versi Internet, lihat di: 
http://feqh.al-islam.com/Feqh/) 



Pelbagai Masalah Sekitar Manfaat Amalan Hidup Untuk Si Mati

Berikut ini adalah petikan dari al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh yg saya ringkaskan. Dan pengarang kitab ini Dr. Wahbah al-Zuhaili telah memetik dari pelbagai kitab mazhab seperti al-Durr al-Mukhtar, Fathul Qadir, Syarah al-Risalah, Syarah al-Kabir, Mughni al-Muhtaj, al-Mughni, Kasyaaf al-Qina'dan al-Muhazab: 

Para fuqahak telah bersepakat (ijmak) mengatakan bahawa orang mati memperoleh manfaat dari doa, istighfar orang hidup, sedekahnya dan ibadah badaniyah maliyah seperti haji. Dalilnya adalah firman Allah (Al-Hasyr: 10) dan (Al-Mukmin: 55) 

Juga hadis Rasulullah s.a.w.: 
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ibuku telah mati, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Abu Daud, dari Sa'd bin Ubadah) 

Juga Hadis ini: 
Seorang perempuan telah bertanya Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah Taala telah memfardukan haji ketika ayahku telah tua, dia tidak mampu untuk menghadapi perjalanan. Apakah aku boleh mengerjakan haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Jika ayahmu berhutang, apakah engkau boleh menjelaskannya bagi pihaknya?" Perempuan itu menjawab: 
"Ya." Baginda bersabda: "Maka hutang terhadap Allah lebih berhak dijelaskan." (HR Ahmad & al-Nasa'i dari Abdullah bin al-Zubair). 

Hadis ini juga: 
Rasulullah s.a.w. telah berkat kepada orang yang bertanya: 
"Sesungguhnya ibuku telah mati dan masih ada puasa selama sebulan, apakah aku boleh berpuasa untuknya?" Baginda menjawab: "Ya". 

Ibnu Qudamah berkata, semua hadis-hadis di atas itu bertaraf sahih. Ia menjadi dalil bahawa si mati mendapat manfaat terhadap semua bentuk ketaatan dari orang hidup. 

Sementara itu, di kalangan para ulama berselisih pendapat mengenai apakah ibadah badaniyah sampai ataupun tidak kepada orang lain? Ibadah badaniyah ialah seperti sembahyang, puasa dan bacaan al-Quran. 

Dalam masalah ini, mereka terbahagi kepada dua golongan: 

Golongan 1: Hanafiah, Hanabilah, mutaakhir dari Syafi'iyah dan Malikiyah. Pahala bacaan sampai kepada si mati jika dibaca di hadapannya, atau doa untuk si mati selepas bacaan itu, sekalipun tidak di hadapannya. Kerana tempat bacaan diturunkan rahmat dan berkat, dan doa selepasnya adalah sebagai harapan agar diterima bacaan itu. 

Golongan 2: Mutaqadim (terdahulu) dari kalangan Maliki dan Syafi'iyah (pendapat masyhur), tidak sampai pahala. Namun golongan mutaakhir dari dua mazhab ini mengatakan pahala berkenaan sampai. 

Menurut ulama Hanafi: Yang terpilih ialah tidak makruh memperdudukkan (ijlas) pembaca-pembaca supaya membaca di atas kubur. Di dalam bab haji mereka mengatakan bahawa seseorang itu boleh menjadikan pahala amalannya untuk orang lain, samada sembahyang, puasa, sedekah atau lain-lainnya. dan, perbuatan itu tidak mengurangkan sedikitpun pahalanya. 

Menurut ulama hanbali (Hanabilah): Tidak menjadi kesalahan membaca al-Quran di atas kubur bersandarkan kepada hadis: 
"Sesiapa yang masuk ke kawasan kuburan, lalu membaca Yasin, maka Allah meringankan mereka (ahli kubur) pada hari itu, dan bagi pembaca pahala sebanyak kebaikan orang di situ." 

Juga hadis: "Barangsiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya dan membaca di rumahnya atau di kuburnya nescaya diampun dosanya." 

Kedua-dua hadis di atas dikatakan sebagai dho'if oleh al-Sayuthi di dalam Jami'-nya. 

Ulama maliki (Malikiah) pula mengatakan: Dimakruhkan membaca al-Quran ke atas mayat selepas kematiannya dan di atas kuburnya. Kerana ia bukanlah dari amalan ulama salaf. Namun begitu ulama mutaakhir telah berpendapat, tidak mengapa membaca al-Quran, zikir dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat, dan ia akan mendapat pahala itu insyaallah. 

Ulama Syafi'i mutaakhir berpendapat sebagaimana tiga mazhab lainnya, bahawa pahala bacaan sampai kepada si mati. Al-Subki berhujah, berdasarkan kepada hadis bahawa sebahagian dari ayat al-Quran apabila dibaca dengan tujuan memberi manfaat dengannya kepada si mati dan untuk meringankan bebanannya, maka ia memberi manfaat. Kerana berdasarkan hadis juga, telah sabit bahawa al-Fatihah itu apabila dibaca dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada orang yang terkena patukan ular berbisa, maka ia memberi manfaat. 

Oleh itu, apabila ia bermanfaat kepada orang hidup dengan adanya niat dan tujuan, maka sudah tentu lebih utama lagi memberi manfaat kepada orang mati dengan bacaannya. (Lihat, al-Feqh al-Islami, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol. 2, hal. 550-552)



Sampai Atau Tidak: Pendapat Hasan Bandung

Sekarang kita lihat juga pendapat A. Hasan atau lebih dikenali sebagai Hasan Bandung di dalam bukunya Soaljawab. Beliau adalah dari kelompok alla mazhabiyah atau tidak bermazhab. Beliau menolak pendapat amalan org hidup sampai kepada si mati. 

Baginya, yang sampai hanyalah doa dari orang hidup agar Allah mengampunkan si mati, juga perkara-perkara yg dilakukan oleh si mati yg menyebabkan pahala itu berterusan, seperti mewakafkan tanah, ilmu yang pernah diajarkannya dan meninggalkan anak yg soleh. Dan, beliau berpegang kepada konsep seseorang itu tidak akan mendapat balasan melainkan melalui apa yang diamalkannya sahaja. Oleh itu beliau menolak hadis-hadis sahih yang dikatanya bertentangan dengan konsep berkenaan. Alasannya ialah, ia bertentangan dengan al-Quran. 

Berikut ini adalah pendapat beliau: 

Soal: 
Hadiah-hadiah dari orang hidup kepada si mati serta bacaan-bacaan Quran, dzikir dan lainnya, adakah sampai kepada si mati? Kalau tuan kata sampai, maka sampainya itu kepada ruhnya atau kepada jasadnya, kepada quburnya atau lain daripada quburnya? Kalau tidak kepada quburnya ke manakah pergi ruh itu? 

Jawab: 
Tentang menghadiahkan bacaan Quran, tahlil dan lain-lain bacaan itu tidak ada satu pun keterangan dari Quran atau hadits. Adapun menghajikan atau mempuasakan si mati itu sungguhpun ada hadits yang membolehkannya tetapi lantaran hadits itu berlawanan dengan ayat Quran, maka walaupun hadits itu sahih riwayatnya tidak boleh dijadikan dalil. 

Di dalam al-Quran ada tersebut: 
Di hari qiamat ini tidak seorangpun dianiaya walaupun sedikit dan tidak akan dibalas kamu melainkan (menurut) apa yang telah kamu kerjakan. (Yasin:54) 

Dan firman Allah: 
Bahawasanya manusia tidak akan dapat (pahala) melainkan (dari) apa yang ia telah usahakan. (An-Najm:39) 

Dua ayat itu dengan terang menyebut bahwa seorang tidak akan dapat balasan pahala melainkan dari amalnya yang ia telah kerjakan sendiri, ya'ni ia tidak akan dapat pahala dari perbuatan orang lain yang diniatkan untuknya. 

Begitu juga lain ayat ada tersebut bahwa dosa seorang itu tidak akan dipikul oleh seorang yang lain. 

Menurut fikiran dan menurut qaidah ulama hadits dan ulama fiqih dan sekelian ulama Islam, bahawa hadits yang shahih itu ialah shahih riwayatnya dan tidak berlawanan dengan Quran. 

Maka oleh sebab ada ayat yang mengatakan seorang tidak akan dapat melainkan pahala perbuatan sendiri, maka hadits-hadits yang membolehkan seorang berbuat ibadah untuk orang lain itu tidak boleh dipakai. 

Kita tidak pakai itu bukan lantaran mengatakan nabi kita iatu salah atau berdusta, tidak sekali-kali. Tetapi kita tidak dapat mempercayai yang nabi ada berkata begitu, ya'ni perkataan itu bukan hadits nabi, hanya orang-orang katakan itu hadits nabi. Ayat yang kedua tadi itu ada sebahagian ulama berkata sudah mansukh. Ma'na mansukh itu ialah dihapuskan hukumnya. 

Di sini pembaca mesti ingat bahawa Quran itu firman ALlah yang suci. Firman Allah tidak boleh siapa-siapa hapuskan melainkan Allah sendiri atau rasul-Nya dengan izinNya. Adakah Allah dan rasulNya berkata: Ayat sudah mansukh? Kalau ada kami akan terima di atas kepala. 

Jadi oleh sebab sekelian hadiah dari si hidup itu tidak sampai kepada si mati, bahkan yang demikian itu satu perbuatan yang salah, maka tak perlu kami jawab tentang ruh si mati di mana tempatnya. 

Insyaallah di lain kali kalau ada kelapangan akan kami terangkan dari hal ruh itu lantaran hal ini perlu kepada pemeriksaan yang luas. (Lihat Soaljawab, juz 4, hal 1365-1366) 


Dalam satu soaljawab lain pula, Hasan bandung berkata: 

Soal: 
Di tempat saya, kalau mereka mau hadiahkan al-fatihah atau terhidang makanan kenduri, sering mereka ucapkan: Ila hadratin Nabi al-Musthafa Muhamad s.a.w. syai'un lillahil Fatihah.... 

Bergunakah ucapan itu? 

Jawab: 
Tidak ada satupun yang akan bisa memberi manfaat kepada si mati, melainkan doa dari orang yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya yang digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang saleh yang bisa mendoakan dia. 

Oleh sebab itu bacaan al-fatihah dan sebagainya yang dibaca buat hadiahkan pahlanya kepada si mati, tidak bisa sampai samasekali. 

Dari ayat: 
Bahawa seorang tidak akan dapat (pahla) melainkan apa yang ia telah kerjakan itu, imam Syafi'i faham, apapun bacaan yang dikerjakan orang untuk si mati itu tidak akan sampai kepadanya. 

Adapun perkataan ila hadrati itu hanya serangkai kalimat arab yang asalnya dibikin oleh pak-pak lebai tukang tahlil dari Hadramaut, lalu diturut oleh pak-pak lebai sebelah sini. 

Perkataan itu tidak berguna apa-apa, kecuali mengabui mata orang-orang yang sangka, bahwa tiap-tiap kalimah Arab itu kalau diucapkan dapat pahala dan menyangka, bahwa pahla yang ia mau kirim kepada si mati itu, tidak akan sampai kalau tidak dengan bahasa arab. (Ibid. 1367, Hasan Bandung) 



Penutup: 

Dapat disimpulkan bahawa

1. Menurut jumhur ulama salaf, mutaakhir Syafi'i dan Maliki, pahala amalan orang hidup itu sampai kepada si mati, samada ia ibadah badaniyah ataupun bukan, seperti doa, istighfar, sedekah dan sebagainya. 

2. Mutaqaddimin Syafi'iyah dan Malikiah mengatakan pahala dari ibadah badaniyah tidak sampai kepada si mati. 

3. Hasan Bandung dan yang sealiran dengannya mengatakan bahawa yang sampai kepada si mati hanyalah doa dari orang yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya yang digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang saleh yang boleh mendoakannya. Beliau menolak hadis-hadis sahih yang menunjukkan sampai pahala puasa dan haji kerana dianggapnya bertentangan dengan nash al-Quran. 

4. Sebahagian ahli kalam mengatakan bahawa tidak ada satupun yang dapat sampai kepada si mati, samada doa, istighfar atau lainnya. 

Sekian



Teks fatwa Syeikh Ahmad bin Abdul Halim Ibn Taimiah (lihat: Majmu’ Fatwa Jilid 24/306-313)


مجموع فتاوى ابن تيمية - (ج 5 / ص 466)
وَسُئِلَ رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى عَنْ قَوْله تَعَالَى { وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إلَّا مَا سَعَى } وَقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ } فَهَلْ يَقْتَضِي ذَلِكَ إذَا مَاتَ لَا يَصِلُ إلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ أَفْعَالِ الْبِرِّ ؟ .
الْجَوَابُ
فَأَجَابَ : الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ . لَيْسَ فِي الْآيَةِ وَلَا فِي الْحَدِيثِ أَنَّ الْمَيِّتَ لَا يَنْتَفِعُ بِدُعَاءِ الْخَلْقِ لَهُ وَبِمَا يُعْمَلُ عَنْهُ مِنْ الْبِرِّ بَلْ أَئِمَّةُ الْإِسْلَامِ مُتَّفِقُونَ عَلَى انْتِفَاعِ الْمَيِّتِ بِذَلِكَ وَهَذَا مِمَّا يُعْلَمُ بِالِاضْطِرَارِ مِنْ دِينِ الْإِسْلَامِ وَقَدْ دَلَّ عَلَيْهِ الْكِتَابُ وَالسُّنَّةُ وَالْإِجْمَاعُ فَمَنْ خَالَفَ ذَلِكَ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْبِدَعِ . قَالَ اللَّهُ تَعَالَى : { الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ } { رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ } { وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ } . فَقَدْ أَخْبَرَ سُبْحَانَهُ أَنَّ الْمَلَائِكَةَ يَدْعُونَ لِلْمُؤْمِنِينَ بِالْمَغْفِرَةِ وَوِقَايَةِ الْعَذَابِ وَدُخُولِ الْجَنَّةِ وَدُعَاءُ الْمَلَائِكَةِ لَيْسَ عَمَلًا لِلْعَبْدِ . وَقَالَ تَعَالَى : { وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ } وَقَالَ الْخَلِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ رَبِّ { اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ } وَقَالَ نُوحٌ عَلَيْهِ السَّلَامُ { رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ } فَقَدْ ذَكَرَ اسْتِغْفَارَ الرُّسُلِ لِلْمُؤْمِنِينَ أَمْرًا بِذَلِكَ وَإِخْبَارًا عَنْهُمْ بِذَلِكَ . وَمِنْ السُّنَنِ الْمُتَوَاتِرَةِ الَّتِي مَنْ جَحَدَهَا كَفَرَ : صَلَاةُ الْمُسْلِمِينَ عَلَى الْمَيِّتِ وَدُعَاؤُهُمْ لَهُ فِي الصَّلَاةِ . وَكَذَلِكَ شَفَاعَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَإِنَّ السُّنَنَ فِيهَا مُتَوَاتِرَةٌ بَلْ لَمْ يُنْكِرُ شَفَاعَتَهُ لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ إلَّا أَهْلُ الْبِدَعِ بَلْ قَدْ ثَبَتَ أَنَّهُ يَشْفَعُ لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ وَشَفَاعَتُهُ دُعَاؤُهُ وَسُؤَالُهُ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى . فَهَذَا وَأَمْثَالُهُ مِنْ الْقُرْآنِ وَالسُّنَنِ الْمُتَوَاتِرَةِ وَجَاحِدُ مِثْلِ ذَلِكَ كَافِرٌ بَعْدَ قِيَامِ الْحُجَّةِ عَلَيْهِ . وَالْأَحَادِيثُ الصَّحِيحَةُ فِي هَذَا الْبَابِ كَثِيرَةٌ مِثْلُ مَا فِي الصِّحَاحِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - { أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ أُمِّي تُوُفِّيَتْ أَفَيَنْفَعُهَا أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ قَالَ : إنَّ لِي مَخْرَفًا - أَيْ بُسْتَانًا - أُشْهِدُكُمْ أَنِّي تَصَدَّقْت بِهِ عَنْهَا } وَفِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا { أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ أُمِّي افْتَلَتَتْ نَفْسَهَا وَلَمْ تُوصِ وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إنْ تَصَدَّقْت عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ } . وَفِي صَحِيحِ مُسْلِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ { أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ أَبِي مَاتَ وَلَمْ يُوصِ أَيَنْفَعُهُ إنْ تَصَدَّقْت عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ } . وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العاص : { أَنَّ العاص بْنَ وَائِلٍ نَذَرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ أَنْ يَذْبَحَ مِائَةَ بَدَنَةٍ وَأَنَّ هِشَامَ بْنَ العاص نَحَرَ حِصَّتَهُ خَمْسِينَ وَأَنَّ عَمْرًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ : أَمَّا أَبُوك فَلَوْ أَقَرَّ بِالتَّوْحِيدِ فَصُمْت عَنْهُ أَوْ تَصَدَّقْت عَنْهُ نَفَعَهُ ذَلِكَ } وَفِي سُنَنِ الدارقطني : أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّ لِي أَبَوَيْنِ وَكُنْت أَبَرُّهُمَا حَالَ حَيَاتِهِمَا . فَكَيْفَ بِالْبِرِّ بَعْدَ مَوْتِهِمَا ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إنَّ مِنْ بَعْدِ الْبِرِّ أَنْ تُصَلِّيَ لَهُمَا مَعَ صَلَاتِك وَأَنْ تَصُومَ لَهُمَا مَعَ صِيَامِك وَأَنْ تَصَدَّقَ لَهُمَا مَعَ صَدَقَتِك } . وَقَدْ ذَكَرَ مُسْلِمٌ فِي أَوَّلِ كِتَابِهِ عَنْ أَبِي إسْحَاقَ الطالقاني قَالَ : قُلْت لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحَدِيثُ الَّذِي جَاءَ { إنَّ الْبِرَّ بَعْدَ الْبِرِّ أَنْ تُصَلِّيَ لِأَبَوَيْك مَعَ صَلَاتِك وَتَصُومَ لَهُمَا مَعَ صِيَامِك ؟ } قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : يَا أَبَا إسْحَاقَ عَمَّنْ هَذَا ؟ قُلْت لَهُ : هَذَا مِنْ حَدِيثِ شِهَابِ بْنِ خِرَاشٍ قَالَ : ثِقَةٌ قُلْت : عَمَّنْ ؟ قَالَ عَنْ الْحَجَّاجِ بْنِ دِينَارٍ . فَقَالَ : ثِقَةٌ عَمَّنْ ؟ قُلْت : عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : يَا أَبَا إسْحَاقَ إنَّ بَيْنَ الْحَجَّاجِ وَبَيْنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَفَاوِزَ تُقْطَعُ فِيهَا أَعْنَاقُ الْمَطِيِّ وَلَكِنْ لَيْسَ فِي الصَّدَقَةِ اخْتِلَافٌ ، وَالْأَمْرُ كَمَا ذَكَرَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ فَإِنَّ هَذَا الْحَدِيثَ مُرْسَلٌ . وَالْأَئِمَّةُ اتَّفَقُوا عَلَى أَنَّ الصَّدَقَةَ تَصِلُ إلَى الْمَيِّتِ وَكَذَلِكَ الْعِبَادَاتُ الْمَالِيَّةُ : كَالْعِتْقِ . وَإِنَّمَا تَنَازَعُوا فِي الْعِبَادَاتِ الْبَدَنِيَّةِ : كَالصَّلَاةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِرَاءَةِ وَمَعَ هَذَا فَفِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ عَائِشَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا - عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ } وَفِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ - { أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صِيَامُ نَذْرٍ قَالَ : أَرَأَيْت إنْ كَانَ عَلَى أُمِّك دَيْنٌ فقضيتيه أَكَانَ يُؤَدِّي ذَلِكَ عَنْهَا ؟ قَالَتْ : نَعَمْ قَالَ : فَصُومِي عَنْ أُمِّك . } وَفِي الصَّحِيحِ عَنْهُ : { أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ إلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : إنَّ أُخْتِي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ : أَرَأَيْت لَوْ كَانَ عَلَى أُخْتِك دَيْنٌ أَكُنْت تَقْضِيهِ ؟ قَالَتْ : نَعَمْ قَالَ فَحَقُّ اللَّهِ أَحَقُّ } وَفِي صَحِيحِ مُسْلِمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بريدة بْنِ حصيب عَنْ أَبِيهِ : { أَنَّ امْرَأَةً أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : إنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ أَفَيُجْزِي عَنْهَا أَنْ أَصُومَ عَنْهَا قَالَ : نَعَمْ } . فَهَذِهِ الْأَحَادِيثُ الصَّحِيحَةُ صَرِيحَةٌ فِي أَنَّهُ يُصَامُ عَنْ الْمَيِّتِ مَا نَذَرَ وَأَنَّهُ شُبِّهَ ذَلِكَ بِقَضَاءِ الدَّيْنِ . وَالْأَئِمَّةُ تَنَازَعُوا فِي ذَلِكَ وَلَمْ يُخَالِفْ هَذِهِ الْأَحَادِيثَ الصَّحِيحَةَ الصَّرِيحَةَ مَنْ بَلَغَتْهُ وَإِنَّمَا خَالَفَهَا مَنْ لَمْ تَبْلُغْهُ وَقَدْ تَقَدَّمَ حَدِيثُ عَمْرٍو بِأَنَّهُمْ إذَا صَامُوا عَنْ الْمُسْلِمِ نَفَعَهُ . وَأَمَّا الْحَجُّ فَيُجْزِي عِنْدَ عَامَّتِهِمْ لَيْسَ فِيهِ إلَّا اخْتِلَافٌ شَاذٌّ . وَفِي الصَّحِيحَيْنِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا { أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : إنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ أَفَأَحُجُّ عَنْهَا ؟ فَقَالَ : حُجِّي عَنْهَا أَرَأَيْت لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّك دَيْنٌ أَكُنْت قَاضِيَتُهُ عَنْهَا ؟ اقْضُوا اللَّهَ فَاَللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ } وَفِي رِوَايَةِ الْبُخَارِيِّ : { إنَّ أُخْتِي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ } وَفِي صَحِيحِ مُسْلِمٍ عَنْ بريدة { أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَلَمْ تَحُجَّ أَفَيُجْزِي - أَوْ يَقْضِي - أَنْ أَحُجَّ عَنْهَا قَالَ : نَعَمْ } . فَفِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ : " أَنَّهُ أَمَرَ بِحَجِّ الْفَرْضِ عَنْ الْمَيِّتِ وَبِحَجِّ النَّذْرِ " . كَمَا أَمَرَ بِالصِّيَامِ . وَأَنَّ الْمَأْمُورَ تَارَةً يَكُونُ وَلَدًا وَتَارَةً يَكُونُ أَخًا وَشَبَّهَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ بِالدَّيْنِ يَكُونُ عَلَى الْمَيِّتِ ، وَالدَّيْنُ يَصِحُّ قَضَاؤُهُ مِنْ كُلِّ أَحَدٍ فَدَلَّ عَلَى أَنَّهُ يَجُوزُ أَنْ يَفْعَلَ ذَلِكَ مِنْ كُلِّ أَحَدٍ لَا يَخْتَصُّ ذَلِكَ بِالْوَلَدِ . كَمَا جَاءَ مُصَرَّحًا بِهِ فِي الْأَخِ . فَهَذَا الَّذِي ثَبَتَ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِجْمَاعِ عِلْمٌ مُفَصَّلٌ مُبَيَّنٌ ، فَعُلِمَ أَنَّ ذَلِكَ لَا يُنَافِي قَوْلَهُ : { وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إلَّا مَا سَعَى } { إذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ } بَلْ هَذَا حَقٌّ وَهَذَا حَقٌّ . أَمَّا الْحَدِيثُ فَإِنَّهُ قَالَ : { انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ } فَذِكْرُ الْوَلَدِ وَدُعَاؤُهُ لَهُ خَاصَّيْنِ ؛ لِأَنَّ الْوَلَدَ مِنْ كَسْبِهِ كَمَا قَالَ : { مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ } قَالُوا : إنَّهُ وَلَدُهُ ، وَكَمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ } . فَلَمَّا كَانَ هُوَ السَّاعِيَ فِي وُجُودِ الْوَلَدِ كَانَ عَمَلُهُ مِنْ كَسْبِهِ بِخِلَافِ الْأَخِ وَالْعَمِّ وَالْأَبِ وَنَحْوِهِمْ . فَإِنَّهُ يَنْتَفِعُ أَيْضًا بِدُعَائِهِمْ بَلْ بِدُعَاءِ الْأَجَانِبِ لَكِنْ لَيْسَ ذَلِكَ مِنْ عَمَلِهِ . وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلَّا مِنْ ثَلَاثٍ . . } لَمْ يَقُلْ : إنَّهُ لَمْ يَنْتَفِعْ بِعَمَلِ غَيْرِهِ . فَإِذَا دَعَا لَهُ وَلَدُهُ كَانَ هَذَا مِنْ عَمَلِهِ الَّذِي لَمْ يَنْقَطِعْ وَإِذَا دَعَا لَهُ غَيْرُهُ لَمْ يَكُنْ مِنْ عَمَلِهِ لَكِنَّهُ يَنْتَفِعُ بِهِ . وَأَمَّا الْآيَةُ فَلِلنَّاسِ عَنْهَا أَجْوِبَةٌ مُتَعَدِّدَةٌ . كَمَا قِيلَ : إنَّهَا تَخْتَصُّ بِشَرْعِ مَنْ قَبْلَنَا وَقِيلَ : إنَّهَا مَخْصُوصَةٌ وَقِيلَ : إنَّهَا مَنْسُوخَةٌ وَقِيلَ : إنَّهَا تَنَالُ السَّعْيَ مُبَاشَرَةً وَسَبَبًا ، وَالْإِيمَانُ مِنْ سَعْيِهِ الَّذِي تَسَبَّبَ فِيهِ ، وَلَا يَحْتَاجُ إلَى شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ بَلْ ظَاهِرُ الْآيَةِ حَقٌّ لَا يُخَالِفُ بَقِيَّةَ النُّصُوصِ ، فَإِنَّهُ قَالَ : { لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إلَّا مَا سَعَى } وَهَذَا حَقٌّ فَإِنَّهُ إنَّمَا يَسْتَحِقُّ سَعْيَهُ فَهُوَ الَّذِي يَمْلِكُهُ وَيَسْتَحِقُّهُ . كَمَا أَنَّهُ إنَّمَا يَمْلِكُ مِنْ الْمَكَاسِبِ مَا اكْتَسَبَهُ هُوَ . وَأَمَّا سَعْيُ غَيْرِهِ فَهُوَ حَقٌّ وَمِلْكٌ لِذَلِكَ الْغَيْرِ لَا لَهُ لَكِنْ هَذَا لَا يَمْنَعُ أَنْ يَنْتَفِعَ بِسَعْيِ غَيْرِهِ كَمَا يَنْتَفِعُ الرَّجُلُ بِكَسْبِ غَيْرِهِ . فَمَنْ صَلَّى عَلَى جِنَازَةٍ فَلَهُ قِيرَاطٌ فَيُثَابُ الْمُصَلِّي عَلَى سَعْيِهِ الَّذِي هُوَ صَلَاتُهُ وَالْمَيِّتُ أَيْضًا يُرْحَمُ بِصَلَاةِ الْحَيِّ عَلَيْهِ كَمَا قَالَ : { مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ أَنْ يَكُونُوا مِائَةً وَيُرْوَى أَرْبَعِينَ وَيُرْوَى ثَلَاثَةَ صُفُوفٍ وَيُشَفَّعُونَ فِيهِ إلَّا شُفِّعُوا فِيهِ - أَوْ قَالَ إلَّا غُفِرَ لَهُ - } فَاَللَّهُ تَعَالَى يُثِيبُ هَذَا السَّاعِيَ عَلَى سَعْيِهِ الَّذِي هُوَ لَهُ وَيَرْحَمُ ذَلِكَ الْمَيِّتَ بِسَعْيِ هَذَا الْحَيِّ لِدُعَائِهِ لَهُ وَصَدَقَتِهِ عَنْهُ وَصِيَامِهِ عَنْهُ وَحَجِّهِ عَنْهُ . وَقَدْ ثَبَتَ فِي الصَّحِيحِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ : { مَا مِنْ رَجُلٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ دَعْوَةً إلَّا وَكَّلَ اللَّهُ بِهِ مَلَكًا كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ دَعْوَةً قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ : آمِينَ ، وَلَك بِمِثْلِهِ } . فَهَذَا مِنْ السَّعْيِ الَّذِي يَنْفَعُ بِهِ الْمُؤْمِنُ أَخَاهُ يُثِيبُ اللَّهُ هَذَا وَيَرْحَمُ هَذَا ، { وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إلَّا مَا سَعَى } وَلَيْسَ كُلُّ مَا يَنْتَفِعُ بِهِ الْمَيِّتُ أَوْ الْحَيُّ أَوْ يُرْحَمُ بِهِ يَكُونُ مِنْ سَعْيِهِ بَلْ أَطْفَالُ الْمُؤْمِنِينَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ مَعَ آبَائِهِمْ بِلَا سَعْيٍ فَاَلَّذِي لَمْ يَجُزْ إلَّا بِهِ أَخَصُّ مِنْ كُلِّ انْتِفَاعٍ ؛ لِئَلَّا يَطْلُبَ الْإِنْسَانُ الثَّوَابَ عَلَى غَيْرِ عَمَلِهِ وَهُوَ كَالدَّيْنِ يُوَفِّيهِ الْإِنْسَانُ عَنْ غَيْرِهِ فَتَبْرَأُ ذِمَّتُهُ لَكِنْ لَيْسَ لَهُ مَا وَفَّى بِهِ الدَّيْنَ وَيَنْبَغِي لَهُ أَنْ يَكُونَ هُوَ الْمُوَفِّي لَهُ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ .

Sunday, May 2, 2010

Ulama: Dimuliakan Atau Disucikan?

oleh : DR ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.

Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Islam menyuruh kita menghormati ulama atau disebut tauqir al-‘ulama tetapi tidak membenarkan kita mensucikan mereka atau taqdis al-‘ulama. Kita menghormati mereka kerana keilmuan mereka. Apabila mereka berbicara dan bertindak dalam kerangka ilmu, maka dihormati dan disayangi. Kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang hormat dan sopan.

Namun, dalam masa yang sama kita tidak dibenarkan menganggap mereka suci dari kesilapan dan kesalahan. Mereka bukanlah para rasul yang setiap tindakan mereka yang berkaitan dengan agama dianggap hujah. Adapun para ulama mereka terdedah kepada salah dan silap, sama seperti manusia lain. Apabila ternyata mereka salah, atau silap kita tidak boleh mengikut kesalahan kesilapan itu. Dalam ertikata lain, kita menghormati, bukan mensucikan mereka.

Perkara yang begitu asas sebegini kadang kala gagal difahami oleh sesetengah umat Islam. Apabila mereka menghormati seseorang tokoh agama, mereka seakan menganggap pendapatnya suci, atau bagaikan wahyu yang mesti diikut tanpa perlu mengetahui alasan dan hujahnya. Mengikut secara ‘membabi buta’. Mereka letakkan tokoh-tokoh agama itu bagaikan nabi dan rasul.

Akhirnya, mereka mandulkan akal dan kewarasan mereka dengan mengikuti segala yang dititah atau pendapat yang dinyatakan oleh tokoh itu sekalipun ilmu dan akal yang Allah anugerahkan menyanggahinya. Ia amat berbahaya. Jika tokoh agama itu meminta wang daripada mereka, sekalipun tidak jelas alasannya mereka berikan. Jika tokoh agama itu memberikan pendapat dalam sesuatu perkara sekalipun ternyata salah dari segi angka dan fakta, mereka tetap telan dan terus menyanjung pendapat itu. Jika tokoh agama itu agung-agungkan dirinya dan menganggap dia luar biasa, sehingga ternyata kepada mereka yang bebas dari unsur ketaksuban bahawa itu adalah ‘takabur yang nyata’, namun pengikutnya tetap mencium tangan dan berkata ‘benar!’.

Maka bukan sedikit dalam sepanjang sejarah, atas nama agama atau tokoh agama eksploitasi terhadap akal, maruah, harta, kuasa dan berbagai lagi yang berlaku. Sebab itu Islam menentang sebarang unsur pemujaan kepada manusia sehingga mengenepikan ajaran Allah S.W.T dan RasulNya s.a.w.

Siapakah dalam kalangan ulama yang merasakan dirinya lebih baik daripada Saidina Abu Bakr al-Siddiq? Jika Abu Bakr berucap pada hari perlantikannya: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361), apakah layak untuk seseorang selain Abu Bakr berkata: “Aku mufti aku mesti betul”, atau “Aku tok guru aku tak akan salah”, atau “Aku ustaz, kau siapa?!”.

Perkara ini perlu sentiasa ditegaskan, agar kita mengetahui dan selalu sedar bahawa gelaran ‘ulama’, ‘tok guru’, ‘ustaz’, ‘kiyai’, dan berbagai lagi, hanyalah pemberian dan panggilan yang diberikan oleh manusia. Ia hanyalah anggapan baik atas faktor-faktor luaran yang dilihat pada seseorang dan persepsi yang ada dalam gambaran pihak yang memanggil atau memberikan gelaran tersebut.

Samalah juga dengan Professor, Dr dan seumpamanya, walaupun ia menerusi proses yang tertentu, namun itu bukan pertabalan yang ditetapkan Allah seperti pertabalan nabi dan rasul. Ertinya, gelaran-gelaran itu bukanlah jaminan untuk mereka tidak salah, atau melakukan dosa kecil mahupun besar. Ia bukan jaminan kemaksuman. Ia hanya sangkaan baik sesama manusia.

Sebab itu, ada golongan yang dinamakan ‘ulama jahat’. Maka, hormati golongan agama dengan kadar-kadarnya, namun jika ada pandangan atau tindakan mereka melampaui batasan kebenaran dan ilmu, kita akan menyanggahi atau berbeza dengannya tanpa perlu mengukur kadar ‘gelaran’ atau berat serban, atau labuh jubah yang dipakai.

Masyarakat Islam Malaysia hari ini antara masyarakat yang agak berharta. Maka, ramailah yang datang dari dalam negara dalam luar menonjolkan berbagaikan kelebihan agama yang sebahagian mereka mempunyai agenda ‘wang besar’ ke atas kita. Cerita-cerita keajaiban kiyai itu dan ini mula kedengaran. Kehebatan jampi dan air liur tok guru itu dan ini mula dipromosikan. Ramai yang menjadi kaya kerananya. Jika ini tidak dibendung, ia akan menjerumuskan masyarakat kita kepada minda khurafat, bukan minda kewarasan dan ilmu.

Mereka ini kadang-kala cuba berperwatakan melebihi watak Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Sehingga seseorang memaklumkan kepada saya bahawa di tempatnya, ada penceramah (barangkali ada tauliah) berceramah tentang kelebihan guru tarekatnya yang boleh berhubung langsung dengan nabi dan para wali. Ceritanya itu mengingatkan saya kepada apa yang pernah disebut oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menjawab golongan sufi yang seperti itu di zamannya, kata beliau:

“Dalam kalangan mereka (golongan sufi) ada yang melihat empunya kubur datang kepadanya, sedangkan telah lama mati. Lalu dia (jelmaan itu) berkata: “Akulah si fulan”. Mungkin juga dia berkata : “Kami ketika diletakkan di dalam kubur kami boleh keluar…”.

Ulas Ibn Taimiyyah lagi : « Syaitan dalam banyak keadaan menyerupai rupa insan, samada dalam tidur atau jaga. Kadang-kala dia datang kepada sesiapa yang tidak tahu dan berkata : “Akulah syeikh si fulan, atau alim si fulan”. Kadang kala syaitan berkata : “Akulah Abu Bakr, Umar…” Kadang-kala pula dia datang ketika jaga (yaqazah) bukan mimpi lalu berkata : “Aku al-Masih (Isa)” , atau “aku Musa” atau “aku Muhammad” ».

Kata Ibn Taimiyyah lagi : « Aku tahu perkara yang seperti ini berlaku dalam berbagai-bagai cara. Maka di sana ada yang mempercayai bahawa para nabi datang dalam jaga (yaqazah) dalam rupa mereka yang asal. Di sana juga ada para syeikh yang zuhud, berilmu, warak dan beragama mempercayai perkara seperti ini. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia apabila datang ke kubur seseorang nabi, maka nabi tersebut akan keluar daripada kuburnya –dalam rupanya yang asal- dan bercakap dengannya. Di kalangan mereka ada yang melihat rupa seseorang syeikh di bahagian dalam Ka’bah, dia berkata: “Aku Ibrahim al-Khalil (Nabi Ibrahim)”. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa Nabi S.A.W keluar daripada hujrah (bilik persemadian atau kubur) baginda lalu bercakap dengannya. Golongan sufi menganggap ini sebagai karamahnya. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia jika bertanya orang di dalam kubur nescaya mereka akan menjawabnya”.

Sehingga Ibn Taimiyyah menceritakan ada di kalangan mereka yang apabila ada masalah akan datang dan bertanya kepada Nabi S.A.W, lalu Ibn Taimiyyah menyebut: “Sehingga kata Ibn `Abd al-Barr (ilmuwan agung Andalus, minggal 463H) kepada mereka yang mempercayai sebegini: “Celaka engkau, apakah engkau berpendapat orang ini lebih afdhal daripada al-Sabiqin al-Awwalin (para sahabat Nabi s.a.w yang awal menganut Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar?. Apakah ada di kalangan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang bertanya Nabi S.A.W (selepas baginda wafat) dan baginda menjawabnya?!! Sahabah telah bercanggah pendapat (selepas kewafatan Nabi s.a.w) dalam banyak perkara, adakah mereka bertanya Nabi S.A.W. dan baginda menjawabnya?!!. Ini Fatimah anak baginda yang berselisih pendapat dalam pusaka baginda, adakah beliau bertanya Nabi S.A.W dan baginda menjawabnya”. (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 5/399, Riyadh: Maktab al-`Abikan).

Namun, malang sekali sepanjang sejarah, masih ada yang termakan dengan perkara-perkara yang seperti ini disebabkan mereka gagal membezakan antara menghormati tokoh agama dan mensucikannya. Cenderungan sesetengah penceramah agama melarang fikiran kritis dan akal yang aktif umat Islam, amat bercanggah dengan ajaran Islam.

Mereka itu sering berkata: “terima sahaja apa yang ulama atau tok guru cakap, jangan banyak fikir, Islam bukan ikut akal”. Islam mana yang tidak berteraskan akal yang matang dan benar?! Tok guru mana pula yang maksum semua cakapnya?! Ini akibat pembolotan kuasa pengaruh atas nama agama dan kegagalan umat membezakan antara menghormati dan mensucikan.

Thursday, April 22, 2010

kisah mimpi ajaib di kota bharu

oleh : DR ASRI BIN ZAINUL ABIDIN

Saya dijemput oleh Jabatan Agama Islam Kelantan dan Gabungan Professional Kelantan untuk membentangkan kertas kerja dalam seminar “Ahli Sunnah Arus Perdana”. Turut membentang beberapa tokoh yang lain. Mereka semua tentunya jauh lebih senior dari saya. Antara mereka; yang dikasihi Dr. Johari Mat, Rektor KIAS, orang Kota Bharu. Secara keseluruhannya, peserta yang hadir kelihatan tertarik dan bergembira dengan tajuk-tajuk yang dibentangkan. Namun sebilangan para pelajar pondok dan juga guru-guru mereka yang turut hadir nampaknya amat tidak selesa dengan seminar tersebut.
Dalam sessi soal jawab di sebelah petang, mereka melaungkan takbir, bising, enggan duduk dengan sopan dan marah-marah. Semoga ALLAH mengampuni semua pihak. Mungkin ada fakta-fakta yang dibentang oleh para pembentang tidak selari atau selaras dengan pengetahuan mereka. Sedangkan kertas-kertas kerja itu disertai dengan rujukan dari sumber-sumber muktabar dan kertas telah dicetak dalam bentuk buku. Mereka tidak banyak bertanya. Sebaliknya meluahkan perasaan yang tidak jelas dan bercampur baur. Mungkin juga mereka kurang biasa dengan pendekatan seminar, sehingga kelihatan sangat sukar untuk mereka mengingati perkara yang telah dijelaskan. Kita juga mengambil keputusan untuk tidak banyak menjawab demi menjaga perasaan masing-masing dan keharmonian majlis. Di samping soalan yang sebenar amat sedikit. Namun antara yang menarik hati saya ialah hujah seorang tuan guru yang memperkenalkan dirinya dan pondoknya lalu diikuti dengan cerita keistimewaan dirinya. Selepas menyebut namanya dan nama pondoknya, dia menceritakan ketika ibunya mengandungkannya, ibunya telah bermimpi. Dalam mimpi tersebut dilihat sebutir bintang jatuh ke perut ibunya. Ibunya diberitahu akan lahirlah dari perutnya seorang anak yang bertuah. Anak itu adalah dirinya. Mesejnya yang boleh difahami beliau insan istimewa, maka pendapatnya tidak dipertikaikan. Jika pembaca berminat, boleh menghubungi pihak penganjur dan meminta rakaman program tersebut.

Saya rasa semua kita faham dalam agama mimpi tidak dijadikan hujah bagi mengukur sesuatu fakta syarak. Mimpi tidak pernah menjadi ukuran bagi menentukan kebenaran pegangan agama seseorang. Paling banyak, mimpi boleh menjadi khabar gembira untuk perkara yang sememangnya syarak izinkan. Atau mimpi menjadi amaran dalam perkara tertentu. Berbeza dengan mimpi para nabi. Mimpi mereka adalah wahyu. Atau mimpi seseorang yang diiktiraf oleh nabi. Juga dianggap hujah. Selain mereka, mimpi bukan hujah. Ya, Islam tidak menolak kemungkinan sesuatu mimpi itu benar. Namun mimpi hanya disaksikan oleh seorang insan yang mendakwa tanpa bukti. Tidak boleh dipastikan pula sejauh mana ia khabar yang benar atau mainan syaitan. Untuk panduan peribadinya mungkin. Itupun jika tidak menyanggahi syarak. Benar Hasan al-Banna apabila beliau menyebut dalam salah satu daripada Usul 20nya: “Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya yang dicampak oleh ALLAH ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan hati, kasyaf, mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syarak. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum dan nas agama”.

Dalam sejarah, mimpi selain dari menjadi khabar benar atau gembira, mainan mimpi telah banyak menjadikan manusia terseleweng dari panduan al-Quran dan al-Sunnah. Atas nama mimpi juga dicipta hadith-hadith palsu. Sehingga kata ulama hadith: “Di antara bukti pemalsuan di dalam hadith ialah dakwaan sesetengah golongan sufi bahawa dia mengambil hadith daripada Nabi S.A.W dengan jalan kasyaf tanpa sanad yang bersambung dan sahih. Atau mereka mendakwa melalui jalan mimpi. Para ulama Islam telah sepakat bahawa mimpi dan kasyaf ; keduanya tidak boleh menetapkan hakikat syariat. Ini kerana kedua perkara itu mengandungi kekeliruan dan tidak memiliki dabit (kawalan yang tetap). Maka menyandarkan kepada agama apa yang tidak ada dalil daripada al-Kitab dan al-Sunnah yang diambil daripada Nabi S.A.W. dengan sanad yang sahih adalah bid`ah dalam agama dan dakwaan batil yang ditolak”.( rujukan : Muhammad Abu Zuhu, Al-Hadith wa Al-Muhaddithun, m.s 485, Beirut : Dar al-Kitab al-`Arabi).

Saya terlebih dahulu menghargai peranan yang pernah disumbangkan oleh pusat-pusat pengajian agama seperti pondok-pondok yang masih wujud. Jasa mereka dalam menyebar dan mempertahankan Islam, tidak boleh dipandang remeh. Kita cintakan mereka. Namun kebenaran lebih kita cintai. Tidak wajar bagi golongan agama berhujah dengan mimpi yang dilihatnya atau orang lain. Sedangkan agama mementingkan fakta dan bukti. Ketika sains berkembang dan menerajui dunia, apakah kita ingin mengemukakan hujah agama dengan berdasarkan mimpi semata?!! Hujah mimpi bukan sahaja ditolak oleh kehidupan moden, bahkan ia ditolak oleh Islam itu sendiri.
Di sesetengah pondok, barang kali pengaruh kesufian ala kebatinan masih wujud. Para pelajar begitu gemar dengan kisah-kisah mimpi dan keajaiban untuk membuktikan tokoh, atau alim tertentu berada di pihak yang benar. Walaupun sebahagiannya adalah karut marut semata. Maka tidak pelik jika kita diperdengarkan kisah wali tertentu yang bersolat dalam satu malam sehingga seribu rakaat. Kisah ini diceritakan bagi menggambarkan kehebatannya. Padahal jika kita tanya kepada pencerita; adakah sempat untuk ditunaikan seribu rakaat pada satu malam?! Jika dihitung, satu malam tidak sampai pun seribu minit. Mana mungkin nak ditunai seribu rakaat sekalipun dengan pantas dan bacaan yang sempurna. Dalam hadith ‘Aisyah r.aha apa bila ditanya: “Bagaimana solat RasuluLah pada Bulan Ramadan?. Jawabnya: “Baginda tidak pernah melebihi sebelas rakaat pada Bulan Ramadan atau selain Ramadan. Baginda solat empat rakaat. Jangan ditanya kesempurnaan dan panjang solatnya. Kemudian baginda solat empat rakaat. Jangan ditanya kesempurnaan dan panjang solatnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat”. ‘Aisyah bertanya: Wahai RasuluLah! Adakah engkau tidur sebelum witir?. Jawab baginda: Wahai ‘Aisyah! Mataku tidur tapi jantungku (hatiku) berjaga”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Inilah kisah benar seorang insan yang bertaraf rasul. Bukan sekadar wali. Kisahnya berpijak di alam nyata. Benarlah al-Imam Ibn Jauzi yang menyebut (w. 597H): Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu. (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut:Dar al-Fikr).

 Jika edisi agama yang dikemukakan demikian bentuknya, janganlah kesal kalau satu hari dunia moden akan memadamkan kewujudan pusat-pusat ini dari pentas sejarah umat. Golongan ulama dihormati dengan ilmu dan kesungguhan mereka menegak fakta dan hujah yang selaras dan selari dengan al-Quran dan Sunnah. Jangan cuba jadikan orang lain terperangkap dek rasa takut kisah-kisah kewalian, mimpi, kasyaf dan keramat. Islam agama dalil dan hujah. Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) selemah-lemah hujah mereka (ahli bid`ah) ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”. Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi S.A.W dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at. Ini adalah salah, kerana mimpi individu selain nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika syarak membolehkan, maka ia diamalkan, jika tidak, ditinggalkan”.(rujukan: Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi)

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang dengan dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti dari hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”.(rujukan: Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Adapun ilham, ada kemungkinan ianya daripada Allah, kemungkinan juga ianya daripada syaitan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah: terjemahannya): dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu. (Surah al-An`am: 121)
Kemungkinan juga ianya adalah bisikan atau percakapan dalam dirinya. Ini seperti yang nyatakan oleh firman Allah : (terjemahannya) Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh dirinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.( Surah al-Qaf: 16)
Dengan kemungkinan-kemungkinan ini, ilham tidak boleh menjadi hujah. Berkaitan dengan ini, maka pendapat sebahagian sufi bahawa ilham atau kasyaf adalah hujah yang wajib beramal dengannya di dalam hukum-hakam syarak adalah sesuatu yang batil”.( Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 2/924-925, Beirut: Dar al-Fikr)

Malangnya dalam ajaran sebahagian tarikat yang ada, persoalan mimpi sering dibangkitkan untuk dijadikan hujah bagi meyakinkan para pengikut yang jahil. Sebab itu ajaran awal kebanyakan aliran tarikat kebatinan ini ialah cerita-cerita keramat dan wali. Tujuannya untuk menjadikan diri tok syeikh begitu hebat dan menakutkan dalam jiwa pengikut. Jika ada yang kata tok guru salah, atau tokoh ulama tertentu silap, mereka berkata: dalam mimpi tertentu digambarkan begini dan begitu. Moralnya; dia tidak boleh dipertikaikan. Saya begitu tertarik dengan muhaqqiq (penganalisa) Siyar A’lam al-Nubala, ketika mengulas riwayat mimpi Abu Ja’far, Muhammad bin Ahmad bin Nasr al-Tirmizi yang menyebut: “Aku lihat dalam mimpiku Nabi s.a.w. di dalam masjid baginda di Madinah. Seakan aku datang dan memberi salam kepada baginda dan berkata: “Aku tulis pendapat Malik?. Jawab baginda: Tidak!. Aku bertanya: “Aku tulis pendapat Abu Hanifah?” Jawab baginda: Tidak!. Aku bertanya: “Aku tulis pendapat al-Syafii?. Baginda mengisyaratkan dengan tangan baginda begini –seakan baginda mengherdikku- “Kau kata pendapat al-Syafii?!! Itu bukannya pendapat, tetapi jawapan kepada sesiapa yang menyanggahi sunnahku”. Muhaqqiq tersebut mengulas: “Bila pulak mimpi menjadi hujjah di sisi ahli ilmu?!!. Malik, Abu Hanifah dan selain mereka adalah dari kalangan para imam yang adil lagi dipercayai (thiqah). Mereka berijtihad. Mereka menepati sebahagian besar apa yang mereka ijtihadkan dan tersilap dalam sesetengah perkara. Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya. Maka apa lagi?!!!( Ahmad Naim al-Iraqsusi, Tahqiq Siyar A’lam al-Nubala, 10/43 Beirut: Muassasah al-Risalah)

Islam tidak menafikan ada mimpi yang benar. Tapi ia bukan hujah agama. Sekadar panduan peribadi dalam urusan yang jelas diizinkan syarak. Demikian juga karamat dan kasyaf. Jangan melampau batas sehingga menolak nas dan dalil yang terbukti hanya berpandukan mimpi. Mimpi bukan hujah agama. Hujah agama ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kota Bharu akan malap jika begitu cara fikir kita. YA ALLAH AMPUNKAN KAMI SEMUA!!.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails