oleh : DR ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
Ada bezanya antara menghormatikan dan mensucikan. Dalam bahasa Arab disebut tauqir (memuliakan), sementara mensucikan disebut taqdis. Memuliakan atau tauqir bererti kita memberikan penghormatan kepada seseorang atau sesuatu pihak. Ia berkaitan dengan nilai ketinggian yang ada pada pihak atau individu tersebut. Jika dia pemimpin, atas nilai kepimpinan yang ada padanya. Jika dia ulama, atau ilmuwan maka atas nilai ilmu yang ada padanya. Jika dia orang tua, atas nilai usia dan pengalaman hidup yang dilalui. Demikianlah seterusnya.
Adapun taqdis atau mensuci bererti menganggap seseorang atau sesuatu itu terpelihara dari sebarang dosa, atau kesalahan. Menganggap ia suci (sacred) bererti apa sahaja yang datang daripadanya adalah benar dan mulia, tidak boleh dipertikaikan lagi.
Islam menyuruh kita menghormati ulama atau disebut tauqir al-‘ulama tetapi tidak membenarkan kita mensucikan mereka atau taqdis al-‘ulama. Kita menghormati mereka kerana keilmuan mereka. Apabila mereka berbicara dan bertindak dalam kerangka ilmu, maka dihormati dan disayangi. Kita berinteraksi dengan mereka dengan cara yang hormat dan sopan.
Namun, dalam masa yang sama kita tidak dibenarkan menganggap mereka suci dari kesilapan dan kesalahan. Mereka bukanlah para rasul yang setiap tindakan mereka yang berkaitan dengan agama dianggap hujah. Adapun para ulama mereka terdedah kepada salah dan silap, sama seperti manusia lain. Apabila ternyata mereka salah, atau silap kita tidak boleh mengikut kesalahan kesilapan itu. Dalam ertikata lain, kita menghormati, bukan mensucikan mereka.
Perkara yang begitu asas sebegini kadang kala gagal difahami oleh sesetengah umat Islam. Apabila mereka menghormati seseorang tokoh agama, mereka seakan menganggap pendapatnya suci, atau bagaikan wahyu yang mesti diikut tanpa perlu mengetahui alasan dan hujahnya. Mengikut secara ‘membabi buta’. Mereka letakkan tokoh-tokoh agama itu bagaikan nabi dan rasul.
Akhirnya, mereka mandulkan akal dan kewarasan mereka dengan mengikuti segala yang dititah atau pendapat yang dinyatakan oleh tokoh itu sekalipun ilmu dan akal yang Allah anugerahkan menyanggahinya. Ia amat berbahaya. Jika tokoh agama itu meminta wang daripada mereka, sekalipun tidak jelas alasannya mereka berikan. Jika tokoh agama itu memberikan pendapat dalam sesuatu perkara sekalipun ternyata salah dari segi angka dan fakta, mereka tetap telan dan terus menyanjung pendapat itu. Jika tokoh agama itu agung-agungkan dirinya dan menganggap dia luar biasa, sehingga ternyata kepada mereka yang bebas dari unsur ketaksuban bahawa itu adalah ‘takabur yang nyata’, namun pengikutnya tetap mencium tangan dan berkata ‘benar!’.
Maka bukan sedikit dalam sepanjang sejarah, atas nama agama atau tokoh agama eksploitasi terhadap akal, maruah, harta, kuasa dan berbagai lagi yang berlaku. Sebab itu Islam menentang sebarang unsur pemujaan kepada manusia sehingga mengenepikan ajaran Allah S.W.T dan RasulNya s.a.w.
Siapakah dalam kalangan ulama yang merasakan dirinya lebih baik daripada Saidina Abu Bakr al-Siddiq? Jika Abu Bakr berucap pada hari perlantikannya: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361), apakah layak untuk seseorang selain Abu Bakr berkata: “Aku mufti aku mesti betul”, atau “Aku tok guru aku tak akan salah”, atau “Aku ustaz, kau siapa?!”.
Perkara ini perlu sentiasa ditegaskan, agar kita mengetahui dan selalu sedar bahawa gelaran ‘ulama’, ‘tok guru’, ‘ustaz’, ‘kiyai’, dan berbagai lagi, hanyalah pemberian dan panggilan yang diberikan oleh manusia. Ia hanyalah anggapan baik atas faktor-faktor luaran yang dilihat pada seseorang dan persepsi yang ada dalam gambaran pihak yang memanggil atau memberikan gelaran tersebut.
Samalah juga dengan Professor, Dr dan seumpamanya, walaupun ia menerusi proses yang tertentu, namun itu bukan pertabalan yang ditetapkan Allah seperti pertabalan nabi dan rasul. Ertinya, gelaran-gelaran itu bukanlah jaminan untuk mereka tidak salah, atau melakukan dosa kecil mahupun besar. Ia bukan jaminan kemaksuman. Ia hanya sangkaan baik sesama manusia.
Sebab itu, ada golongan yang dinamakan ‘ulama jahat’. Maka, hormati golongan agama dengan kadar-kadarnya, namun jika ada pandangan atau tindakan mereka melampaui batasan kebenaran dan ilmu, kita akan menyanggahi atau berbeza dengannya tanpa perlu mengukur kadar ‘gelaran’ atau berat serban, atau labuh jubah yang dipakai.
Masyarakat Islam Malaysia hari ini antara masyarakat yang agak berharta. Maka, ramailah yang datang dari dalam negara dalam luar menonjolkan berbagaikan kelebihan agama yang sebahagian mereka mempunyai agenda ‘wang besar’ ke atas kita. Cerita-cerita keajaiban kiyai itu dan ini mula kedengaran. Kehebatan jampi dan air liur tok guru itu dan ini mula dipromosikan. Ramai yang menjadi kaya kerananya. Jika ini tidak dibendung, ia akan menjerumuskan masyarakat kita kepada minda khurafat, bukan minda kewarasan dan ilmu.
Mereka ini kadang-kala cuba berperwatakan melebihi watak Nabi s.a.w dan para sahabat baginda. Sehingga seseorang memaklumkan kepada saya bahawa di tempatnya, ada penceramah (barangkali ada tauliah) berceramah tentang kelebihan guru tarekatnya yang boleh berhubung langsung dengan nabi dan para wali. Ceritanya itu mengingatkan saya kepada apa yang pernah disebut oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menjawab golongan sufi yang seperti itu di zamannya, kata beliau:
“Dalam kalangan mereka (golongan sufi) ada yang melihat empunya kubur datang kepadanya, sedangkan telah lama mati. Lalu dia (jelmaan itu) berkata: “Akulah si fulan”. Mungkin juga dia berkata : “Kami ketika diletakkan di dalam kubur kami boleh keluar…”.
Ulas Ibn Taimiyyah lagi : « Syaitan dalam banyak keadaan menyerupai rupa insan, samada dalam tidur atau jaga. Kadang-kala dia datang kepada sesiapa yang tidak tahu dan berkata : “Akulah syeikh si fulan, atau alim si fulan”. Kadang kala syaitan berkata : “Akulah Abu Bakr, Umar…” Kadang-kala pula dia datang ketika jaga (yaqazah) bukan mimpi lalu berkata : “Aku al-Masih (Isa)” , atau “aku Musa” atau “aku Muhammad” ».
Kata Ibn Taimiyyah lagi : « Aku tahu perkara yang seperti ini berlaku dalam berbagai-bagai cara. Maka di sana ada yang mempercayai bahawa para nabi datang dalam jaga (yaqazah) dalam rupa mereka yang asal. Di sana juga ada para syeikh yang zuhud, berilmu, warak dan beragama mempercayai perkara seperti ini. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia apabila datang ke kubur seseorang nabi, maka nabi tersebut akan keluar daripada kuburnya –dalam rupanya yang asal- dan bercakap dengannya. Di kalangan mereka ada yang melihat rupa seseorang syeikh di bahagian dalam Ka’bah, dia berkata: “Aku Ibrahim al-Khalil (Nabi Ibrahim)”. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa Nabi S.A.W keluar daripada hujrah (bilik persemadian atau kubur) baginda lalu bercakap dengannya. Golongan sufi menganggap ini sebagai karamahnya. Di kalangan mereka ada yang menyangka bahawa dia jika bertanya orang di dalam kubur nescaya mereka akan menjawabnya”.
Sehingga Ibn Taimiyyah menceritakan ada di kalangan mereka yang apabila ada masalah akan datang dan bertanya kepada Nabi S.A.W, lalu Ibn Taimiyyah menyebut: “Sehingga kata Ibn `Abd al-Barr (ilmuwan agung Andalus, minggal 463H) kepada mereka yang mempercayai sebegini: “Celaka engkau, apakah engkau berpendapat orang ini lebih afdhal daripada al-Sabiqin al-Awwalin (para sahabat Nabi s.a.w yang awal menganut Islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar?. Apakah ada di kalangan Muhajirin dan Ansar sesiapa yang bertanya Nabi S.A.W (selepas baginda wafat) dan baginda menjawabnya?!! Sahabah telah bercanggah pendapat (selepas kewafatan Nabi s.a.w) dalam banyak perkara, adakah mereka bertanya Nabi S.A.W. dan baginda menjawabnya?!!. Ini Fatimah anak baginda yang berselisih pendapat dalam pusaka baginda, adakah beliau bertanya Nabi S.A.W dan baginda menjawabnya”. (Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 5/399, Riyadh: Maktab al-`Abikan).
Namun, malang sekali sepanjang sejarah, masih ada yang termakan dengan perkara-perkara yang seperti ini disebabkan mereka gagal membezakan antara menghormati tokoh agama dan mensucikannya. Cenderungan sesetengah penceramah agama melarang fikiran kritis dan akal yang aktif umat Islam, amat bercanggah dengan ajaran Islam.
Mereka itu sering berkata: “terima sahaja apa yang ulama atau tok guru cakap, jangan banyak fikir, Islam bukan ikut akal”. Islam mana yang tidak berteraskan akal yang matang dan benar?! Tok guru mana pula yang maksum semua cakapnya?! Ini akibat pembolotan kuasa pengaruh atas nama agama dan kegagalan umat membezakan antara menghormati dan mensucikan.
"Show forgiveness, speak for justice and avoid the ignorant." Chapter 7, Verse 199
Sunday, May 2, 2010
Saturday, May 1, 2010
Makanlah Dari Rezeki Yang Halal
Dari Abu Hurairah,nabi saw bersabda:" Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin (seperti) apa yang telah diperintahkan kepada para rasul, maka Allah telah berfirman: Wahai para Rasul, makanlah dari segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amal shalih. Dan Dia berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik yang telah Kami berikan kepadamu.' Kemudian beliau menceritakan kisah seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, berambut kusut, dan berdebu menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdo'a: "Wahai Tuhan, wahai Tuhan",sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana orang seperti ini dikabulkan do'anya".
(imam muslim)
Wednesday, April 28, 2010
Yang Benar
bukanlah islam ini agama yang menghalang manusia untuk berhibur dan berseronok.
islam memberi keharusan kpd kita untuk berhibur.
tetapi mestilah dengan kadar yang dibenarkan.
islam tidaklah menyuruh kita khatam quran dalam masa satu malam,
berpuasa setiap hari,
beribadah sepanjang malam,
tetapi islam menyuruh kita besederhana dan ikut nabi.
islam bukanlah agama yang sekadar menyeru kepada manusia untuk melakukan ibadah di masjid semata2.
islam bukanlah mereka yang duduk dimasjid siang dan malam beribadah bertaqorrub(mendekatkan diri) kpd allah semata2.
tetapi islam juga melahirkan pemimpin yang mentadbir,
ahli perubatan yang pakar,
ahli perniagaan yang jujur dan amanah,
dan tentera-tentera fi sabilillah,
kerna islam bukanlah agama yang sekular,
islam mengiktiraf kepakaran,
kerana islam ialah cara hidup.
hakikat islam itu bukanlah terletak pada jubah dan serban,bukan juga kpd baju melayu dan bersongkok.
islam yg hakiki ialah islam yg ader tunjuk ajar dari nabi saw.
cara beragama yg terbaik adalah sepertimana yg digariskan oleh nabi,
ibadah yg diterima adalah yg ada tunjuk ajar dari nabi
kerana nabi sebaik-baik ikutan.
jangan kita WAJAH BARUkan islam!!
jangan kita kotorkan agama ini dengan perbuatan ekstrem kita,
jangan kita sempitkan keluasan dalam agama dengan kefahaman sekular sesat kita,
jangan kita luaskan agama dengan kefahaman liberal sesat kita,
jangan kita sensasikan agama ini dengan cerita karut kita,
jangan kita cemarkan agama dengan jampi cerdik kita,
jangan kita berfalsafah dengan akal yang kosong.
jangan kelirukan agama dengan syarat-syarat kita,
jangan kita melulu mengikut selain nabi,
tapi,
WAJAH BARUkanlah islam palsu kepada yang tulen,
bersihkanlah islam ini dengan kesederhanaan,
luaskanlah agama ini dengan kadar yg benar,
sensasikanlah agama ini dengan cerita yang shahih,
buanglah jampi cerdik,tingkatkanlah usaha,
berfalsafahlah dengan akal yg bersih,
bersih dari sifat melampau dan tidak perihatin.
cukuplah syarat yang datang dari quran sunnah,
ikutlah sunnah nabi dan buanglah sunnah melulu tanpa ilmu,
pastikanlah semuanya mengikut yang TERBAIK,
kerna,
tidak ada yang LEBIH BAIK selepas yang TERBBAIK..
yang terbaik ialah apa yang disandarkan akhirnya kepada quran sunnah.
kerana itulah yang terbaik diantara yang baik-baik.
jadikan islam benar,bukan sekadar menampkkan yang islam ini benar!!
islam memberi keharusan kpd kita untuk berhibur.
tetapi mestilah dengan kadar yang dibenarkan.
islam tidaklah menyuruh kita khatam quran dalam masa satu malam,
berpuasa setiap hari,
beribadah sepanjang malam,
tetapi islam menyuruh kita besederhana dan ikut nabi.
islam bukanlah agama yang sekadar menyeru kepada manusia untuk melakukan ibadah di masjid semata2.
islam bukanlah mereka yang duduk dimasjid siang dan malam beribadah bertaqorrub(mendekatkan diri) kpd allah semata2.
tetapi islam juga melahirkan pemimpin yang mentadbir,
ahli perubatan yang pakar,
ahli perniagaan yang jujur dan amanah,
dan tentera-tentera fi sabilillah,
kerna islam bukanlah agama yang sekular,
islam mengiktiraf kepakaran,
kerana islam ialah cara hidup.
hakikat islam itu bukanlah terletak pada jubah dan serban,bukan juga kpd baju melayu dan bersongkok.
islam yg hakiki ialah islam yg ader tunjuk ajar dari nabi saw.
cara beragama yg terbaik adalah sepertimana yg digariskan oleh nabi,
ibadah yg diterima adalah yg ada tunjuk ajar dari nabi
kerana nabi sebaik-baik ikutan.
jangan kita WAJAH BARUkan islam!!
jangan kita kotorkan agama ini dengan perbuatan ekstrem kita,
jangan kita sempitkan keluasan dalam agama dengan kefahaman sekular sesat kita,
jangan kita luaskan agama dengan kefahaman liberal sesat kita,
jangan kita sensasikan agama ini dengan cerita karut kita,
jangan kita cemarkan agama dengan jampi cerdik kita,
jangan kita berfalsafah dengan akal yang kosong.
jangan kelirukan agama dengan syarat-syarat kita,
jangan kita melulu mengikut selain nabi,
tapi,
WAJAH BARUkanlah islam palsu kepada yang tulen,
bersihkanlah islam ini dengan kesederhanaan,
luaskanlah agama ini dengan kadar yg benar,
sensasikanlah agama ini dengan cerita yang shahih,
buanglah jampi cerdik,tingkatkanlah usaha,
berfalsafahlah dengan akal yg bersih,
bersih dari sifat melampau dan tidak perihatin.
cukuplah syarat yang datang dari quran sunnah,
ikutlah sunnah nabi dan buanglah sunnah melulu tanpa ilmu,
pastikanlah semuanya mengikut yang TERBAIK,
kerna,
tidak ada yang LEBIH BAIK selepas yang TERBBAIK..
yang terbaik ialah apa yang disandarkan akhirnya kepada quran sunnah.
kerana itulah yang terbaik diantara yang baik-baik.
jadikan islam benar,bukan sekadar menampkkan yang islam ini benar!!
Thursday, April 22, 2010
kisah mimpi ajaib di kota bharu
oleh : DR ASRI BIN ZAINUL ABIDIN
Saya rasa semua kita faham dalam agama mimpi tidak dijadikan hujah bagi mengukur sesuatu fakta syarak. Mimpi tidak pernah menjadi ukuran bagi menentukan kebenaran pegangan agama seseorang. Paling banyak, mimpi boleh menjadi khabar gembira untuk perkara yang sememangnya syarak izinkan. Atau mimpi menjadi amaran dalam perkara tertentu. Berbeza dengan mimpi para nabi. Mimpi mereka adalah wahyu. Atau mimpi seseorang yang diiktiraf oleh nabi. Juga dianggap hujah. Selain mereka, mimpi bukan hujah. Ya, Islam tidak menolak kemungkinan sesuatu mimpi itu benar. Namun mimpi hanya disaksikan oleh seorang insan yang mendakwa tanpa bukti. Tidak boleh dipastikan pula sejauh mana ia khabar yang benar atau mainan syaitan. Untuk panduan peribadinya mungkin. Itupun jika tidak menyanggahi syarak. Benar Hasan al-Banna apabila beliau menyebut dalam salah satu daripada Usul 20nya: “Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya yang dicampak oleh ALLAH ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan hati, kasyaf, mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syarak. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum dan nas agama”.
Dalam sejarah, mimpi selain dari menjadi khabar benar atau gembira, mainan mimpi telah banyak menjadikan manusia terseleweng dari panduan al-Quran dan al-Sunnah. Atas nama mimpi juga dicipta hadith-hadith palsu. Sehingga kata ulama hadith: “Di antara bukti pemalsuan di dalam hadith ialah dakwaan sesetengah golongan sufi bahawa dia mengambil hadith daripada Nabi S.A.W dengan jalan kasyaf tanpa sanad yang bersambung dan sahih. Atau mereka mendakwa melalui jalan mimpi. Para ulama Islam telah sepakat bahawa mimpi dan kasyaf ; keduanya tidak boleh menetapkan hakikat syariat. Ini kerana kedua perkara itu mengandungi kekeliruan dan tidak memiliki dabit (kawalan yang tetap). Maka menyandarkan kepada agama apa yang tidak ada dalil daripada al-Kitab dan al-Sunnah yang diambil daripada Nabi S.A.W. dengan sanad yang sahih adalah bid`ah dalam agama dan dakwaan batil yang ditolak”.( rujukan : Muhammad Abu Zuhu, Al-Hadith wa Al-Muhaddithun, m.s 485, Beirut : Dar al-Kitab al-`Arabi).
Saya terlebih dahulu menghargai peranan yang pernah disumbangkan oleh pusat-pusat pengajian agama seperti pondok-pondok yang masih wujud. Jasa mereka dalam menyebar dan mempertahankan Islam, tidak boleh dipandang remeh. Kita cintakan mereka. Namun kebenaran lebih kita cintai. Tidak wajar bagi golongan agama berhujah dengan mimpi yang dilihatnya atau orang lain. Sedangkan agama mementingkan fakta dan bukti. Ketika sains berkembang dan menerajui dunia, apakah kita ingin mengemukakan hujah agama dengan berdasarkan mimpi semata?!! Hujah mimpi bukan sahaja ditolak oleh kehidupan moden, bahkan ia ditolak oleh Islam itu sendiri.
Jika edisi agama yang dikemukakan demikian bentuknya, janganlah kesal kalau satu hari dunia moden akan memadamkan kewujudan pusat-pusat ini dari pentas sejarah umat. Golongan ulama dihormati dengan ilmu dan kesungguhan mereka menegak fakta dan hujah yang selaras dan selari dengan al-Quran dan Sunnah. Jangancuba jadikan orang lain terperangkap dek rasa takut kisah-kisah kewalian, mimpi, kasyaf dan keramat. Islam agama dalil dan hujah. Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) selemah-lemah hujah mereka (ahli bid`ah) ialah puak yang dalam mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”. Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi S.A.W dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at. Ini adalah salah, kerana mimpi individu selain nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika syarak membolehkan, maka ia diamalkan, jika tidak, ditinggalkan”.(rujukan: Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, Beirut : Dar al-Kitab al-‘Arabi)
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Disana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang dengan dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti dari hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”.(rujukan: Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, Beirut : Muassasah al-Risalah)
Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Adapun ilham, ada kemungkinan ianya daripada Allah, kemungkinan juga ianya daripada syaitan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah: terjemahannya): dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu. (Surah al-An`am: 121)
Malangnya dalam ajaran sebahagian tarikat yang ada, persoalan mimpi sering dibangkitkan untuk dijadikan hujah bagi meyakinkan para pengikut yang jahil. Sebab itu ajaran awal kebanyakan aliran tarikat kebatinan ini ialah cerita-cerita keramat dan wali. Tujuannya untuk menjadikan diri tok syeikh begitu hebat dan menakutkan dalam jiwa pengikut. Jika ada yang kata tok guru salah, atau tokoh ulama tertentu silap, mereka berkata: dalam mimpi tertentu digambarkan begini dan begitu. Moralnya; dia tidak boleh dipertikaikan. Saya begitu tertarik dengan muhaqqiq (penganalisa) Siyar A’lam al-Nubala, ketika mengulas riwayat mimpi Abu Ja’far, Muhammad bin Ahmad bin Nasr al-Tirmizi yang menyebut: “Aku lihat dalam mimpiku Nabi s.a.w. di dalam masjid baginda di Madinah. Seakan aku datang dan memberi salam kepada baginda dan berkata: “Aku tulis pendapat Malik?. Jawab baginda: Tidak!. Aku bertanya: “Aku tulis pendapat Abu Hanifah?” Jawab baginda: Tidak!. Aku bertanya: “Aku tulis pendapat al-Syafii?. Baginda mengisyaratkan dengan tangan baginda begini –seakan baginda mengherdikku- “Kau kata pendapat al-Syafii?!! Itu bukannya pendapat, tetapi jawapan kepada sesiapa yang menyanggahi sunnahku”. Muhaqqiq tersebut mengulas: “Bila pulak mimpi menjadi hujjah di sisi ahli ilmu?!!. Malik, Abu Hanifah dan selain mereka adalah dari kalangan para imam yang adil lagi dipercayai (thiqah). Mereka berijtihad. Mereka menepati sebahagian besar apa yang mereka ijtihadkan dan tersilap dalam sesetengah perkara. Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya. Maka apa lagi?!!!( Ahmad Naim al-Iraqsusi, Tahqiq Siyar A’lam al-Nubala, 10/43Beirut : Muassasah al-Risalah)
Islam tidak menafikan ada mimpi yang benar. Tapi ia bukan hujah agama. Sekadar panduan peribadi dalam urusan yang jelas diizinkan syarak. Demikian juga karamat dan kasyaf. Jangan melampau batas sehingga menolak nas dan dalil yang terbukti hanya berpandukan mimpi. Mimpi bukan hujah agama. Hujah agama ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kota Bharu akan malap jika begitu cara fikir kita. YA ALLAH AMPUNKAN KAMI SEMUA!!.
Saya dijemput oleh Jabatan Agama Islam Kelantan dan Gabungan Professional Kelantan untuk membentangkan kertas kerja dalam seminar “Ahli Sunnah Arus Perdana”. Turut membentang beberapa tokoh yang lain. Mereka semua tentunya jauh lebih senior dari saya. Antara mereka; yang dikasihi Dr. Johari Mat, Rektor KIAS, orang Kota Bharu. Secara keseluruhannya, peserta yang hadir kelihatan tertarik dan bergembira dengan tajuk-tajuk yang dibentangkan. Namun sebilangan para pelajar pondok dan juga guru-guru mereka yang turut hadir nampaknya amat tidak selesa dengan seminar tersebut.
Dalam sessi soal jawab di sebelah petang, mereka melaungkan takbir, bising, enggan duduk dengan sopan dan marah-marah. Semoga ALLAH mengampuni semua pihak. Mungkin ada fakta-fakta yang dibentang oleh para pembentang tidak selari atau selaras dengan pengetahuan mereka. Sedangkan kertas-kertas kerja itu disertai dengan rujukan dari sumber-sumber muktabar dan kertas telah dicetak dalam bentuk buku. Mereka tidak banyak bertanya. Sebaliknya meluahkan perasaan yang tidak jelas dan bercampur baur. Mungkin juga mereka kurang biasa dengan pendekatan seminar, sehingga kelihatan sangat sukar untuk mereka mengingati perkara yang telah dijelaskan. Kita juga mengambil keputusan untuk tidak banyak menjawab demi menjaga perasaan masing-masing dan keharmonian majlis. Di samping soalan yang sebenar amat sedikit. Namun antara yang menarik hati saya ialah hujah seorang tuan guru yang memperkenalkan dirinya dan pondoknya lalu diikuti dengan cerita keistimewaan dirinya. Selepas menyebut namanya dan nama pondoknya, dia menceritakan ketika ibunya mengandungkannya, ibunya telah bermimpi. Dalam mimpi tersebut dilihat sebutir bintang jatuh ke perut ibunya. Ibunya diberitahu akan lahirlah dari perutnya seorang anak yang bertuah. Anak itu adalah dirinya. Mesejnya yang boleh difahami beliau insan istimewa, maka pendapatnya tidak dipertikaikan. Jika pembaca berminat, boleh menghubungi pihak penganjur dan meminta rakaman program tersebut.
Saya rasa semua kita faham dalam agama mimpi tidak dijadikan hujah bagi mengukur sesuatu fakta syarak. Mimpi tidak pernah menjadi ukuran bagi menentukan kebenaran pegangan agama seseorang. Paling banyak, mimpi boleh menjadi khabar gembira untuk perkara yang sememangnya syarak izinkan. Atau mimpi menjadi amaran dalam perkara tertentu. Berbeza dengan mimpi para nabi. Mimpi mereka adalah wahyu. Atau mimpi seseorang yang diiktiraf oleh nabi. Juga dianggap hujah. Selain mereka, mimpi bukan hujah. Ya, Islam tidak menolak kemungkinan sesuatu mimpi itu benar. Namun mimpi hanya disaksikan oleh seorang insan yang mendakwa tanpa bukti. Tidak boleh dipastikan pula sejauh mana ia khabar yang benar atau mainan syaitan. Untuk panduan peribadinya mungkin. Itupun jika tidak menyanggahi syarak. Benar Hasan al-Banna apabila beliau menyebut dalam salah satu daripada Usul 20nya: “Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya yang dicampak oleh ALLAH ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan hati, kasyaf, mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syarak. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum dan nas agama”.
Dalam sejarah, mimpi selain dari menjadi khabar benar atau gembira, mainan mimpi telah banyak menjadikan manusia terseleweng dari panduan al-Quran dan al-Sunnah. Atas nama mimpi juga dicipta hadith-hadith palsu. Sehingga kata ulama hadith: “Di antara bukti pemalsuan di dalam hadith ialah dakwaan sesetengah golongan sufi bahawa dia mengambil hadith daripada Nabi S.A.W dengan jalan kasyaf tanpa sanad yang bersambung dan sahih. Atau mereka mendakwa melalui jalan mimpi. Para ulama Islam telah sepakat bahawa mimpi dan kasyaf ; keduanya tidak boleh menetapkan hakikat syariat. Ini kerana kedua perkara itu mengandungi kekeliruan dan tidak memiliki dabit (kawalan yang tetap). Maka menyandarkan kepada agama apa yang tidak ada dalil daripada al-Kitab dan al-Sunnah yang diambil daripada Nabi S.A.W. dengan sanad yang sahih adalah bid`ah dalam agama dan dakwaan batil yang ditolak”.( rujukan : Muhammad Abu Zuhu, Al-Hadith wa Al-Muhaddithun, m.s 485, Beirut : Dar al-Kitab al-`Arabi).
Saya terlebih dahulu menghargai peranan yang pernah disumbangkan oleh pusat-pusat pengajian agama seperti pondok-pondok yang masih wujud. Jasa mereka dalam menyebar dan mempertahankan Islam, tidak boleh dipandang remeh. Kita cintakan mereka. Namun kebenaran lebih kita cintai. Tidak wajar bagi golongan agama berhujah dengan mimpi yang dilihatnya atau orang lain. Sedangkan agama mementingkan fakta dan bukti. Ketika sains berkembang dan menerajui dunia, apakah kita ingin mengemukakan hujah agama dengan berdasarkan mimpi semata?!! Hujah mimpi bukan sahaja ditolak oleh kehidupan moden, bahkan ia ditolak oleh Islam itu sendiri.
Di sesetengah pondok, barang kali pengaruh kesufian ala kebatinan masih wujud. Para pelajar begitu gemar dengan kisah-kisah mimpi dan keajaiban untuk membuktikan tokoh, atau alim tertentu berada di pihak yang benar. Walaupun sebahagiannya adalah karut marut semata. Maka tidak pelik jika kita diperdengarkan kisah wali tertentu yang bersolat dalam satu malam sehingga seribu rakaat. Kisah ini diceritakan bagi menggambarkan kehebatannya. Padahal jika kita tanya kepada pencerita; adakah sempat untuk ditunaikan seribu rakaat pada satu malam?! Jika dihitung, satu malam tidak sampai pun seribu minit. Mana mungkin nak ditunai seribu rakaat sekalipun dengan pantas dan bacaan yang sempurna. Dalam hadith ‘Aisyah r.aha apa bila ditanya: “Bagaimana solat RasuluLah pada Bulan Ramadan?. Jawabnya: “Baginda tidak pernah melebihi sebelas rakaat pada Bulan Ramadan atau selain Ramadan. Baginda solat empat rakaat. Jangan ditanya kesempurnaan dan panjang solatnya. Kemudian baginda solat empat rakaat. Jangan ditanya kesempurnaan dan panjang solatnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat”. ‘Aisyah bertanya: Wahai RasuluLah! Adakah engkau tidur sebelum witir?. Jawab baginda: Wahai ‘Aisyah! Mataku tidur tapi jantungku (hatiku) berjaga”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Inilah kisah benar seorang insan yang bertaraf rasul. Bukan sekadar wali. Kisahnya berpijak di alam nyata. Benarlah al-Imam Ibn Jauzi yang menyebut (w. 597H): Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu. (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut :Dar al-Fikr).
Jika edisi agama yang dikemukakan demikian bentuknya, janganlah kesal kalau satu hari dunia moden akan memadamkan kewujudan pusat-pusat ini dari pentas sejarah umat. Golongan ulama dihormati dengan ilmu dan kesungguhan mereka menegak fakta dan hujah yang selaras dan selari dengan al-Quran dan Sunnah. Jangan
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Di
Kata Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Adapun ilham, ada kemungkinan ianya daripada Allah, kemungkinan juga ianya daripada syaitan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah: terjemahannya): dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu. (Surah al-An`am: 121)
Kemungkinan juga ianya adalah bisikan atau percakapan dalam dirinya. Ini seperti yang nyatakan oleh firman Allah : (terjemahannya) Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh dirinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.( Surah al-Qaf: 16)
Dengan kemungkinan-kemungkinan ini, ilham tidak boleh menjadi hujah. Berkaitan dengan ini, maka pendapat sebahagian sufi bahawa ilham atau kasyaf adalah hujah yang wajib beramal dengannya di dalam hukum-hakam syarak adalah sesuatu yang batil”.( Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 2/924-925, Beirut : Dar al-Fikr)
Malangnya dalam ajaran sebahagian tarikat yang ada, persoalan mimpi sering dibangkitkan untuk dijadikan hujah bagi meyakinkan para pengikut yang jahil. Sebab itu ajaran awal kebanyakan aliran tarikat kebatinan ini ialah cerita-cerita keramat dan wali. Tujuannya untuk menjadikan diri tok syeikh begitu hebat dan menakutkan dalam jiwa pengikut. Jika ada yang kata tok guru salah, atau tokoh ulama tertentu silap, mereka berkata: dalam mimpi tertentu digambarkan begini dan begitu. Moralnya; dia tidak boleh dipertikaikan. Saya begitu tertarik dengan muhaqqiq (penganalisa) Siyar A’lam al-Nubala, ketika mengulas riwayat mimpi Abu Ja’far, Muhammad bin Ahmad bin Nasr al-Tirmizi yang menyebut: “Aku lihat dalam mimpiku Nabi s.a.w. di dalam masjid baginda di Madinah. Seakan aku datang dan memberi salam kepada baginda dan berkata: “Aku tulis pendapat Malik?. Jawab baginda: Tidak!. Aku bertanya: “Aku tulis pendapat Abu Hanifah?” Jawab baginda: Tidak!. Aku bertanya: “Aku tulis pendapat al-Syafii?. Baginda mengisyaratkan dengan tangan baginda begini –seakan baginda mengherdikku- “Kau kata pendapat al-Syafii?!! Itu bukannya pendapat, tetapi jawapan kepada sesiapa yang menyanggahi sunnahku”. Muhaqqiq tersebut mengulas: “Bila pulak mimpi menjadi hujjah di sisi ahli ilmu?!!. Malik, Abu Hanifah dan selain mereka adalah dari kalangan para imam yang adil lagi dipercayai (thiqah). Mereka berijtihad. Mereka menepati sebahagian besar apa yang mereka ijtihadkan dan tersilap dalam sesetengah perkara. Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya. Maka apa lagi?!!!( Ahmad Naim al-Iraqsusi, Tahqiq Siyar A’lam al-Nubala, 10/43
Islam tidak menafikan ada mimpi yang benar. Tapi ia bukan hujah agama. Sekadar panduan peribadi dalam urusan yang jelas diizinkan syarak. Demikian juga karamat dan kasyaf. Jangan melampau batas sehingga menolak nas dan dalil yang terbukti hanya berpandukan mimpi. Mimpi bukan hujah agama. Hujah agama ialah al-Quran dan al-Sunnah. Kota Bharu akan malap jika begitu cara fikir kita. YA ALLAH AMPUNKAN KAMI SEMUA!!.
Tuesday, April 13, 2010
~~permata insan~~
Alhamdulillah,syukran lillah ‘ala ni’amihi.walhamdulillah allazi an’ama ‘alaina bini’matil islam wal iman wa hadanaa ila toriiqissalam.wa assolaatu wa assalamu ‘ala rasuulillah wa aalihi wasohbihi ajma’in,waba’du..
Saban hari kita semakin dewasa.pelbagai cabaran yang perlu kita lalui.ketika menempuh cabaran2 itu,kita kadang2 jatuh .ada yang dah jatuh xterus bgun.mereka biarkan diri mereka terus terbaring meratapi kegagalan.tapi ada yg bangkit.mereka tidak mengenal erti putus asa.ape yg mereka tahu hanyalah hidup perlu diteruskan.inilah mereka yg berjaya!!
Kadang2 saya teringat akan sahabat kita yg telah meninngal dunia pada tahun lepas,arwah maria al-qibtiah.dulunya saya sering bergurau dgn beliau.walaupun hanya sementara bersama beliau,tapi peristiwa bersamanya,belajar sekelas denganya itu susah untuk saya lupakan.kerana apa??kerana beliau sahabat saya.disaat hayatnya,suaranya yang seperti bdk kecil itu membuat saya tersenyum.senyumannya membuat saya rasa terhibur.bagaimana seorang yang cacat tubuhnya,boleh senyum sebegitu rupa.sedangkan kita yang sempurna tubuhnya susah untuk melakukannya.
Senyumannya kadang2 juga membuat saya berasa sedih.entahla kenapa,kadang2 kita dapat kenal senyuman seseorang itu.senyum xsemestinya menunjukkan yg dia gembira.kadang2 senyum juga dijadikan sebagai penawar duka.seorang insan yg xmampu untuk bergerak sendiri.yang sentiasa mengharapkan kudrat rakan2 untuk kesana sini.yang hanya mampu melihat sahabat2nya bermain dipadang.hanya mampu melihat gambar sahabat2nyer ketika lawatan kesana sini.yang hanya mampu bersuara dgn nada yg ‘slow’.yang hanya mampu berada dikelas diwaktu rehat.hanya bekalan makanan dari rumah menjadi hidangan beliau.hanya kerusi roda menjadi teman rapat beliau sewaktu disekolah.hanya seekor kucing yang menjadi rakan cerita beliau dirumah.Tapi insan inilah yg selalu melemparkan senyuman.insan inilah yang selalu menerima pujian dari cikgu2 kerana ketabahannya.
Bagaimana seorang insan yg cacat ini mampu untuk melakukan kerja setanding kita?beliau kadang2 lebih cemerlang drpd kita.sedangkan kita yg sempurna tubuh badan ini mensia2kan kesempurnaan yg sangat diharap oleh beliau.apakah agaknya perasaan beliau bila melihat rakan2nya yg mampu berjalan kesana sini,tapi berat untuk berjumpa dengan cikgu.sedangkan jiwa yg dahagakan ilmu,hanya mampu duduk diatas kerusi roda yg menjadi teman sejak dari kecil lagi.beliau tdk minx untuk dilahirkan begitu.tapi beliau redha dgn ketentuan ilahi.sedangkan kita ini,yg sempurna tubuhnya,tapi masih ada lagi yg tdak pandai menggunakannya.
‘Respect’ saya hadiahkan kpd ibunya.yg xlebih sbg seorang teman dan juga guru.yang tabah menjaganya.yang setia menghantarnya setiap pagi ke sekolah.walaupun tubuh nampak xlarat.dimuka si ibu ini sering terselah senyuman yg tersimpul perasaan malu.senyuman yg membuat saya merasakan yg ibu arwah nih jenis yg pemalu.ibunya seorang yg bkn sahaja pemalu bahkan petah berbicara.lembut tuturnya serta sopan santunnya.bagaiman seorang ibu ini dapat menerima pemergian anaknya,anak yg paling dekat dengannya,yang dibelainya setiap hari,yang menjadi teman dikala sunyi ini melainkan hanya beliau akur dgn ketentuan ilahi.inilah dia ‘si tabah’ sejati.insan yg cacat ini juga mempunyai seorang ayah yg cukup zuhud.walaupun berkedudukan tinggi,tapi peramah orangnya.setiap kali berselisih dengannya,pasti saya xkan berkesempatan untuk mendahulukan salam,kerana beliau lebih awal melontarkanya.itulah kebaikkan yg cukup baik ditunjukkan oleh seorang pemimpin.walaupun umur kami jauh berbeza,tp hubungan kami sebagai islam tetap sama disisi tuhan.allahuakbar!!
Dikala pulang dari sekolah ke asrma,pasti kami melalui tempat ’parking’ kerusi rodanya.disitulah kadang2 saya dan sahabat test2 mencuba.kadang2 ghani n muzaiyed(anjang) pon men2 gak.kerusi roda beliau membuat kami gembira.si cilik rohana pun selalu men2 ngan arwah.bila sahaja menuju ke makmal komputer atau makmal sains,galaklah rohana ingin membawanya.itulah die hikmah disebalik kehadiran arwah.membuat sahabat2nyer ketawa n gembira.dalam kelas saya selalu juga pinjam stepler drpd arwah,tq kpd arwah.banyak saya terhutang budi dgn arwah.kadang2 pensil box arwah jatuh dari meja,suka untuk saya bantu arwah.kalau xkerana arwah,xmungkin saya dpt berbuat kebaikkan tersebut.inilah hikmah wujudnya insan spt arwah.
Tapi sayang,mungkin allah lebih sayang kpd arwah.kalau kita fikirkan kembali,kehidupan arwah yg penuh dgn cabaran ini hanya singkat sahaja.begitulah mungkin allah xmahu melihat beban yg ditanggung arwah.allah lebih mengetahui dan bijak dalam ketentuan-NYA.takziah kpd keluarga beliau.moga allah merahmati roh beliau n tempatkan beliau dikalangan orang2 yg soleh.AMIN..
Subscribe to:
Posts (Atom)
