Pages

Followers

Monday, January 18, 2010

fikirlah sejenak...

hamdan lillah...allazi an'ama 'alaina bini'matil islam wal iman..wahadaanaa ila toriiqissalaam  wa nahmaduhu wanasta'inuhu wanastagfiruhu,wana'uzubillahimin syuruuri anfusina wamin sayyiaati'amaalinaa..mainyahdihillahu fala mudillalah wamain yudlilhu fala haadiyalah...waba'd..


alhamduliilah..disini ingin saya menyeru kepada semua saudara/saudari sekalian serta diri saya yang lemah ini....yang sering leka dengan kehidupan dunia agar sama2 kita merenung kembali adakah kita berlaku adil atas nikmat yang diberikan?Adakah kita menggunakan ni'mat tersebut untuk memuaskan nafsu semata-mata tanpa kita memikirkan suruhan/tujuan disebalik ni'mat yang dikurniakan kepada kita?Atau mungkin kita tahu suruhan tersebut dan kita tahu tujuan pemberian ni'mat tersebut tapi sikap sombong kita dan lupa diri kita yang menyebabkan kita sengaja meninggalkan tanggungjawab disebalik pemberian ni'mat tersebut?

adapun kita sedar bahawa begitu banyak ni'mat pemberian tuhan kepada kita dan antaranya yang terbesar ialah ni'mat islam itu sendiri.kita bersyukur kerana dilahirkan dalam kelompok masyarakat,negara serta keluarga yang berlatar belakangkan agama islam.kita ditaqdirkan oleh Allah swt berada dalam kelompok umat nabi muhammad saw.maka bagaimanakah cara kita nak nyatakan terima kasih kita kepada Allah swt atas ni'mat yang cukup besar ini?maka cara yang terbaik ialah dengan cara kita menjadi pengikut nabi muhammad saw yang sentiasa membawa prinsip2 baginda,akhlak baginda dan seruan baginda dengan nada yang betul,dengan cara yang betul agar tidak lari dari tujuan sebenar kita iaitu menyampaikan kebenaran yang benar.

sebagai hamba yang telah diciptakan Allah swt maka sewajarnya untuk kita menyatakan terima kasih kita dengan cara kita menjadi hamba yang taat kepada perintahnya,yang akur dengan larangannya serta redha/terima segala baik buruk yang datang darinya.ketahuilah bahawa segala yang ditimpakan kepada kita tidak kira baik atau buruk mempunyai hikmah disebalik timpaan tersebut.perkara utama yang perlu kita laksanakan sebagai seorang hamba ialah meng'abdikan diri kepadaNYA.jika solat diserunya maka sahutlah seruan tersebut.jika arak dilarangnya maka turutilah larangan tersebut.

ALLAHU  A'LAM
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails