Pages

Followers

Monday, March 29, 2010

generasi hebat!!

Alhamdulillah,nahmaduhu wa nasta’inuhu wanastaghfiruhu.wa na’uzubillahi min syuruuri anfusina wa min sayyiaati’amaalinaa.mainyahdihillahu fala mudhillalah wamainnyudhlilhu fala haadiyalah.fainna asdoqol hadithi kitaaballah wa khoirul hadi hadi muhammad s.a.w.,wa syarrol umuuri muhdathatuha,wakulla muhdatsatin bid’ah,wa kulla bid’atin dholaalah wakulla dholaalatin fi annaar.waba’du..

Sahabat sekalian!!
Ketahuilah bahawa agama islam adalah sebaik –baik agama.maka selamatlah mereka yang patuh akan segala suruhan serta larangan agama.adapun insan ini satu makhluk yang dikurniakan akal jika hendak dibandingkan dengan makhluk ciptaan allah yang lain.maka rugilah kita sebagai manusia yang mampu berfikir menggunakan akal tetapi kita lalai akan perintah agama.ketahuilah bahawa darjat kita boleh jatuh asbab kita lari jauh/lalai dari tanggungjawab agama.dalam surah alA’raf ayat yang ke-179 allah berfirman yang bermaksud”dan telah kami jadikan untuk neraka jahannam kebanyakkannya dari kalangan jin dan manusia.yang mane bagi mereka hati(tetapi) tidak digunakan untuk memahami(ayat2 allah),dan mereka mempunyai mata(tetapi) tidak digunakan untuk melihat(tanda2 kebesaran allah),dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak digunakan untuk mendengar(ayat2 allah).mereka semua seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi,maka merekalah orang2 yang lalai”.

Dalam hal ini,alangkah ruginya mereka yang mempunyai hati,tapi hati mereka jauh dari mengingati allah.ni’mat mata yang dua mereka sia-siakan dengan berpaling daripada tanda-tanda kebesaran allah.mata yang dua itu lebih cenderung kearah yang dilarang oleh agama.demikianlah juga dua telinga mereka.telinga yang dua itu dipekakkan daripada mendengar ayat-ayat allah.telinga yang dua itu diwaqafkan untuk mendengar segala yang membuat mereka jauh dari agama.ni’mat yang diberi itu disalahkan tujuanya.mereka lari jauh dari wahyu ilahi.maka mereka yang memalingkan diri dari agama allah ini tidak ubah seperti binatang ternakan.bahkan quran menyesatkan mereka lebih darinya atas kelailaian mereka sendiri.walau kita manusia sebaik-baik makhluk sekalipun,tetapi untuk menjadikan kita kelihatan seperti binatang sekalipun amatlah tidak mustahil.maka berjaga-jagalah dengan kenyataan ayat ini.

Sahabat-sahabatku yang dikasihi,
Saya menyeru kepada diri saya serta kamu semua,maka ayuhlah kita menjadi satu generasi yang menghabiskan sisa hidup kita yang sementara ini untuk agama.satu generasi yang taat pada perintah allah dan rasulnya s.a.w.generasi yang yang meneladani sebaik-baik generasi iaitu para sahabat serta mereka yang dijamin oleh nabi s.a.w sebagai sebaik2 manusia.kata nabi dalam hadis yg diriwayatkan oleh imam bukhari dan muslim,”khoirunnaasi qorni,tsumma allazina yaluunahum tsumma allazina yaluunahum:yang bermaksud Sebaik-baik manusia adalah pada masaku ini (iaitu masa para Sahabat), kemudian yang sesudahnya (masa Tabi’in), kemudian yang sesudahnya (masa Tabi’ut Tabi’in)”.

inilah generasi teladan yang baik jaminan nabi s.a.w.amatlah berbeza generasi ini dengan generasi sekarang.kalau sekarang remaja-remaja kita berlumba-lumba merempit dijalan raya dalam pertaruhan sesama mereka.tetapi remaja-remaja dahulu ketika generasi terbaik itu,mereka berlumba-lumba untuk merempuh dijalan allah.cinta serta keyakinan mereka terhadap agama menyebabkan mereka mengejar redha tuhan.bila disebut kelebihan mati syahid,maka gembira mereka untuk mati dijalan tuhan menentang penentang-penentang agama allah.tidak mustahi untuk kita mempunyai perasaan sama seperti mereka jika kita cinta allah dan rasul s.a.w sepertimana cintanya generasi tersebut kepada allah dan rasul s.a.w.sebaik-baik cinta ialah cinta kepada allah dan rasul.kata nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan oleh al imam muslim,”la yu’minu ahadukum hatta akuuna ahabba ilaihimin waalidihi wa waladihi wa annaasi ajma’in:yang bermaksud tidak beriman seseorang diantara kamu semua jika kamu tidak sayang nabi lebih daripada kamu menyanyangi ayah2 kamu,anak2 kamu serta manusia yang lainnya”.hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa iman kita masih lagi tidak sempurna selagi kita tidak sayang rasul s.a.w lebih dari segalanya.secara dasarnya,jika kita meletakkan sayang kita kepada nabi,pada saat itu jugalah kita akan sayang kepada manusia yang lainnya.hal ini kerana sayang itu tuntutan agama.

Akhir sekali,
Allah utuskan nabi s.a.w adalah untuk membimbing manusia untuk berpegang kepada apa yang benar iaitu agama islam.maka ikutlah apa yang datang dari nabi selagi tidak dilarang oleh mana-mana nas untuk kita mengikutnya,kerana diutuskan nabi adalah sebagai ikutan kepada sekalian manusia.jangan kita tinggalkan/belakangkan islam,kerana islamlah yang menjadikan umat kita kehadapan sepertimana kehadapannya generasi sebelum kita.ingatlah!!generasi hebat bukanlah seperti akim af,hafiz af dan juga aril af yang sekarang ini diwar-warkan dalam tv itu,tapi generasi hebat ialah generasi yang ikut alquran dan assunnah sebagai panduannya.allahu’alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails