Pages

Followers

Monday, March 22, 2010

Ikut telunjuk islam yang BenaR!!

Bismillahirahmanirrahim,alhamdulillah.segala puji bagi allah azza wajalla,selawat dan salam keatas junjungan besar ikutan kita nabi muhammad saw serta para keluarganya serta para sahabat baginda yg lain.sesiapa yg allah nak beri hidayah kpdnya,maka tidak tidaklah baginya itu kesesatan.dan sesiapa yg allah nk sesatkannya maka tiadalah petunjuk baginya.aq bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan allah swt,nabi muhammad saw pesuruh allah.waba’du..


Agama islam merupakan agama yg dibawa oleh nabi muhammad saw melalui wahyu yg diwahyukan kpd baginda melalui perantaraan malaikat jibril.hal ini telah jelas diterangkan dalam quran dlm surah an-najm ayat ke3 n 4,”dan tidaklah dia(muhammad) bercakap mengikut hawa nafsunya.sesungguhnya ianya ialah wahyu yg diwahyukan kpdnya.”jadi!masih ragu lagikah kita untuk mengikut apa yg benar diyakini datang dari nabi saw?jangan kita tolak wahyu,kerana wahyulah yg membawa kita ke syurga!islam ini bukanlah cara hidup bg mereka yg berpandukan akal semata2,tetapi islam ialah agama yg berpandukan wahyu/dalil/nas yg diterima serta dihuraikan oleh akal fikiran yg telah dibersihkan oleh sifat islam serta mengikut tunjuk ajar nabi saw.

Ramai dikalangan sahabat kita,apabila disebut tentang islam mereka merasa bosan serta berat untuk mendengarnya.agak2nya kan,kenapa?bg saya,antara faktor kenapa org bila saja berbicara berkaitan agama mereka merasakan bosan adalah kerana cara penyampaian kita itu sendiri.kita sampaikan agama dgn cara yg susah serta isi2 yg memberatkan akal untuk memikirkan tentangnya.kadang2 dimasukkan cerita2 yg xbleh diterima oleh akal yg waras kemudian kita sandarkan hal tersebut atas nama agama.sehinggakan orang merasa susah untuk memikirkanya dan menganggap islam agama yg susah.islam bukanlah hebat jika ianya bkn dari apa yg diajar oleh nabi. Penyampaian kita serta isi yg hendak disampaikan mestilah mudah agar org senang menerima apa yg kita hendak sampaikan.ianya juga perlulah relevan dan diambil dari nas yg shohih.jgn kita sampaikan islam dlm bentuk yg susah untuk diterima oleh akal yg waras,agar orang xnilai islam ini agama yg jumud n kartun.


Satu masalah yang melanda kita yang mana ianya mengelirukan dan menjadikan kita takut padanya,iaitu surat berantai.hal ini sebenarnya dah lama dah berlaku,Cuma masih ada lagi segelintir manusia yg kurang peka serta terlampau cepat melakukan tindakan tanpa selidik terlebih dahulu tentang latar belakang surat tersebut.saya secara peribadi ketika kali pertama mendapat surat ini iaitu ketika saya tingkatan 2.perkara ini berlaku sewaktu persekolahan diman ianya diedarkan dan diletakkan didalam laci meja murid ketika itu.kebetulan kawan saya dapat.bila sahaja saya membaca surat itu,saya rasa sedikit pelik n susah nak percaya.maka hebohlah satu sekolah tentang surat itu.kononnya surat itu ditulis oleh penjaga kunci makam nabi saw,yang mana ianya merupakan wasiat nabi kpd penjaga makam tesebut.kandungan wasiat tersebut saya xcerita r dalam nih.apa yg lebih menampakkan kebodohan pada surat itu ialah adanya ancaman bagi mereka yg tidak menyebarkan surat tersebut.kemudian pula mereka akan mendapat kebaikan @ rezeki melimpah ruah jika menyebarkanya.dibawah ini adalah sebahagian dari kandungan surat tersebut.


” PERHATIAN:Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalin/mengcopyny a untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan / kiamat. Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa.
Dan barang siapa yang menyebarkan surat ini sebanyak 20 (dua puluh) lembar dan disebarkan kepada teman-teman / rekan-rekan anda. Atau Masyarakat Islam sekitarnya, maka percayalah anda akan memperoleh keuntungan setelah dua minggu kemudian. Telah terbukti pada seorang pengusaha di Bandung, setelah membaca dan menyalinnya juga menyebarkan sebanyak 20 (dua puluh) lembar, maka dalam jangka waktu 2 (dua) minggu kemudian, dia mendapat keuntungan yang sangat luarbiasa besarnya. Sedangkan terhadap orang yang menyepelekannya dan membuang surat ini, dia mendapat musibah yang besar yaitu kehilangan sesuatu harta/benda yang sangat dicintai dan disayanginya.Perlu diingat kalau kita sengaja tidak memberitahukan surat ini kepada orang lain, maka tunggulah saatnya nasib apa yang akan anda alami, dan jangan menyesal apabila mendapat bencana secara tiba-tiba atau kerugian yang sangat besar. Sebaliknya jika Anda segera menyalin/mengcopyny a dan menyebarkannya kepada orang lain, maka anda akan mendapatkan keuntungan besar atau rezeki yang tiada disangka-sangka..Surat ini ditulis S.T.. STAVIA sejak itu surat ini menjelajah dan mengelilingi dunia, dan pada akhirnya sampai kepada Anda. Percayalah beberapa hari lagi sesuatu akan datang kepada Anda dan keluarga Anda.”


Sebagai islam,hal ini mmg bertentangan ngan aqidah kita iaitu segala apa yg terjadi hanyalah pada kekuasaan allah.ianya boleh merosakkan aqidah serta menjadikan kita umat yg malas untuk berusaha.adapun jika ia disebarkan sbnyak 20 salinan menunjukkan yg islam ini terhad hanya untuk 20 org sahaja.adakah dlm sejarah nabi,nabi suruh para sahabat sampaikan islam ini hanya kepada 20 orang kemudian kenakan syarat yg bukan2? Islam ini agama untuk semuadan hal ini adalah tidak adil dan mengelirukan umat islam.


Selain itu,adakah apabila kita membaca al-quran dan mana2 kitab hadis shahih wajib untuk kita menyebarkan kpd orang ramai dan jika kita xsebarkan kita akan ditimpa musibah...?jawapannya tidak sama sekali.tetapi wasiat palsu ini yg xlebih dari wasiat nabi dlm mana2 hadis shahih,yang kita dapati dari org yg kita xkenal n sumbernye juz dari mimpi orang yg kita sendiri xpasti samada wujud atau tidak ini telah melakukan satu kemelampauan yg cukup melampau/ekstrem dlm mnyampaikn isinya.kalaulah betul pun yg menyebarkan surat ini mendapat kebaikan selepasnya,maka itu hanyalah kebetulan.dan kita kene ingat yg mungkin kebetulan itu juz nak menguji keimanan kita kpd allah.maka yg beriman,akan mengatakan yg ianya dtg dari allah manakala yg xberiman/xder asas agama akan mengatakan surat inilah yg membawa kebaikan kepadanya.so,ambillah nas2 yg sedia ada dtg dari quran n sunnah.tanda2 kiamat sume dah tercatat dlm quran sunnah dan cukup kita ambil dari keduanya,bkn dari mimpi orang.adapun ikutan kita/kepercayaan kita ialah dari mana2 yg dtg daripd quran dan sunnah.kalo bkn darinya maka kita tolak sama sekali.

Selain itu,saya nak masukkan sedikit berkaitan dgn peristiwa baru2 ini.mungkin bagi mereka yg nak amek result spm baru2 nih tau kot pasal mesej ini.yang mana kononnya jika kita xfowardkan msj tersebut pada 10 orang,kemungkinan besar kita akan gagal.mashaallah!,saya bila dpt msj nih saya terkejut berok la jugak.tibe2 dtg kat kepala otak saya nih macam manalah ngan nasib mereka yg xder nset nih.mereka xbleh nak dpt msj tu apatah lg nak sebarkan.gagal la nnt diorang!!hush,,sian2.adapun kita nak mnx orang doakan kita xjd salah.tapi kite selalu mengenakan syarat yg bodo.sehinggakan orang lain berasa takut jika xsebarkan ia.mesej tersebut xmenunjukkan keadilan islam sebagai agama yg adil.akhirnya,niat baik msj td rosak asbab daripada cara/jalan penyampaian msj tersebut.bukannya saya nk mempertikaikan niat baik tersebut.selalunya orang xpertikai niat baik kita,tapi orang pertikaikan cara kita nak lunaskan niat tersebut.bagaimana jika orang yg fwrdkn msj tersebut tapi mereka mendapat result yg truk bahkan ada yg gagal..?apa yg dia akan fikir..?maka kepercayaan dia terhadap agama akan semakin terhakis akhirnya bkn setakat pekse die gagal,tapi untuk ikut agama juga kemungkinan besar dia akan gagal.

kesimpulan disini ialah,jgn kita terlalu cepat percaya tanpa menyelidik terlebih dahulu satu2 perkara.nak buat baik bia kene ngan caranya.jgn mudah kita nak bg syarat dlm beragama.jika ia masih berterusan,orang akan mula takut pada islam,mereka tunduk kpd islam bkn kerana ancaman drpd allah,tapi ancaman yg direka oleh manusia sendiri.allahu’alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails