Pages

Followers

Wednesday, March 31, 2010

terhapusnya dosa kerana kebaikkan

slm semua,,hamdan lillah,sollallahu 'ala muhammad,wa aalihi wa sohbihi ajmai'n.waba'du..

kata nabi"Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susullah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik"(HR. Tirmidzi, ia telah berkata : Hadits ini hasan, pada lafazh lain hasan shahih)

hadis ini merupakan hadis abu dzar yg mana beliau masuk islam semasa nabi masih tggal di makkah.nabi saw menyuruh beliau untuk balik kpd kaumnya.namun melihat kpd tekad abu dzar ubtuk tinggal di makkah bersama rasullullah saw,maka nabi saw membiarkanya.maka nabi menasihati beliau dgn nasihat diatas.

kita faham dari hadis diatas bahawa ketaatan kpd allah tidak mensyaratkan kita untuk berada ditempat2 yg khusus.tidak kira dimana kita berada,hal ini tdklah melarang kita untuk taat kpd allah.taat pd allah perlulah dibuktikan dgn amal kita.kemudian kita smpaikan apa yg datang dari allah itu kpd org lain.orang beriman bknlah stakat melakukan amal soleh sahaja,tapi mereka juga sentiasa berpesan2 kearah kebenaran.tidak kira dimana tempat sekalipun kita berada,tanggungjawab kita sbg islam akan trus terletak dibahu kita.tidaklah tanggungjawab tersebut hanya khusus ditempatnya.bukanlah masjid sahaja yg mnjd tempat untuk kita mndpt pahala,bahkan ditandas juga memungkinkan kita untuk mndpt pahala.islam bukanlah agama yg kejap baik kejap xbaik.dimasjid kita baik,diluar kita xbaik.di hadapan pemimpin kita baik,tp dihadpn org biasa kita xbaik.tidak kira dimana kita berada samada di masjid,tmpat2 awam,makkah,malaysia,indonesia,singapore atau mana2 negara sekali pun,agama itu tetap mnjadi tanggungjawab kita.apa yg disuruh agama kita buat,dan apa yg dilarang agama kita tinggalkan.


kemudian kata nabi,"susuli dose/kesalahn itu dgn membuat kebaikan.hal ini kerana dgn kita melakukan kebaikan,maka ia dapat mengahapuskn dosa yg kita lakukan sblum ini".hal ini bertepatan dgn firman allah dlm surah huud ayat yg ke 114 yg bermksud" Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk."maka disini kita faham bahawa bkn setakat kita berdoa meminta keampunan sahaja diampunkan allah,tetapi perbuatan baik juga dpt mghapuskan dosa kita.

kemudian kata nabi lagi,"dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik".kita disuruh untuk bercakap,bergaul dgn akhlak yg baik.maksudnya sebagaimana kita rase baik orang gaul ngan kita,seperti itu jugalah kita lakukan kebaikan tersebut pd orang lain.kita tdk mahu terluka dgn kata2 tertentu,seperti itu jugalah kita xnak melukakan orang lain dgn kata2 begitu.

maka,buatlah baik xkira dimana pun kita berada.banyakkan buat baik,moga allah hapuskan dosa kita.bergaullah dgn akhlak baik,moga orang baik dgn kita.allahu'alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails