Pages

Followers

Wednesday, March 2, 2011

Seminar Ulum Quran UIA Gombak




Alhamdulillah, selesai juga seminar yang berlangsung selama dua hari di UIA Gombak. Disaji dengan pembentang-pembentang yang mantap dan hebat. Sedikit briefing sebelum saya panjangkan cerita ke topic-topik perbincangan selama dua hari seminar ini berlangsung.

Saya melihat kepada pentingnya kepada sesebuah masyarakat umumnya dan pelajar jurusan agama khususnya  untuk kenal dan memahami Quran secara lebih dekat dan jelas. Melihat kepada isu-isu yang bangkit yang mempertikai Islam dan juga perbalahan antara umat Islam yang berbeza pandangan, maka saya melihat bahawa seminar ini amatlah berharga bagi mereka yang nak memahami secara lebih jelas asas-asas dalam skop perbincangan ulum Quran. Dan kita kena sedar yang seminar selama dua hari tidaklah mampu untuk memahamkan mereka yang tidak mempunyai asas-asas dalam ilmu ini dengan kefahaman yang jitu dan menyeluruh, tapi kita katakan sekurang-kurangnya masyarakat kenal akan adanya kaedah-kaedah yang perlu difahami dalam usaha untuk memahami Quran.

Hari pertama seminar   

Slot 1
Pengenalan terhadap Ulum Quran
Slot ini dibentangkan oleh Ustaz Salman Ali. Beliau merupakan bekas pelajar UIA dalam jurusan Quran dan Sunnah. Dan kini beliau sedang menyambung belajar di peringkat master di UIA juga dalam bidang hadis kalau saya tak silap. Dan tajuk yang dibentangkan oleh ustaz ialah “pengenalan terhadap ulum al-Quran”. Antara skop ilmu yang dibincangkan adalah:
1.       Asal perkataan al-Quran itu sendiri. Antara pandangan yang dikemukakan oleh ustaz Salman adalah pandangan al-Imam al-Shafie rahimahullah taala. Imam al-Syafie berpandangan bahawa al-Quran ini merupakan kata nama khas yang Allah sendiri khususkan. Ini berbeza dengan beberapa pandangan ulama lain seperti al-lihyani, az-zujaj, al-asy’ari dan juga al-farra’  yang berpandangan bahawa perkataan al-Quran ini merupakan kata nama terbitan yang diambil daripada perkataan قرأ  dan قرن. Daripada dua perkataan inilah terbitnya perkataan al-Quran itu.

2.       Makna al-Quran. al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat yang mana ia diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dan direkod secara mutawatir yang ditulis di dalam mushaf dan jika dibaca akan mendapat pahala. Berkaitan dengan mutawatir, ustaz Salman ada melontarkan satu persoalan kepada kami, adakah ‘bismillahirrahmanirrahim’ sebahagian daripada ayat al-Quran? masing-masing buat muka sedang memikir..hehe. Memandangkan semua dok pikir lama sangat. Ustaz pun takkan la nak diam tunggu kami menjawab. Maka apa yang saya faham dari kata-kata ustaz ialah, jika mengikut kaedah bahawa ayat al-Quran ini mesti direkod secara mutawatir, maka Basmalah bukanlah sebahagian daripada ayat quran. Ini kerana wujudnya pandangan-pandangan yang berbeza di kalangan ulama adakah basmalah ini sebahagian daripada ayat quran ataupun tidak. Maka mustahil untuk adanya perbezaan pendapat  bagi  sesuatu yang telah direkod secara mutawatir. Allah ‘alam.

3.       Nama-nama al-Quran. Disebutkan sebanyak 4 nama yang seerti dengan al-Quran. Tak larat nak tulis panjang2. So, saya just mention nama dan sandaran2nya dalam Quran jela kot. Yang pertama adalah perkataan al-Quran itu sendiri seperti mana yang disebut dalam surah an-Nisa’ ayat 82. Kedua pula ialah perkataan al-Kitab seperti yang disebut dalam suratul baqarah ayat 2. Yang ketiga adalah al-Furqan seperti yang diesebut di dalam surah al-Furqan ayat 1. Dan perkataan yang terakhir adalah perkataan al-dzikr seperti yang disebut dalam surah al-hijr ayat 9.

4.       Ciri-ciri al-quran. Antara ciri-ciri Quran ialah:

1)      Quran ini adalah sebagai shifa(penawar) dan rahmah kepada sekalian manusia seperti yang disebut dalam surah al-israa’ ayat 82:

“  وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا      ”

2)      Jelas dan Sempurna seperti yang disebut dalam surah hud ayat 1:

“  الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ    ”

3)      Petunjuk kepada manusia seperti yang disebut dalam surah al-baqarah ayat 185:

“  شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ ...     ”

Penurunan al-Quran
Beliau juga membentang tajuk tentang “Penurunan al-Quran”. Disini kami diterangkan tentang konsep wahyu, unsur-unsur wahyu serta jenis-jenis wahyu. Diceritakan juga wahyu yang disampaikan kepada malaikat dan juga para rasul dalam pelbagai cara dan bentuk. Juga diterangkan hikmah Quran ini diturunkan berperingkat-peringkat, ciri-ciri ayat madaniyyah dan makkiyah dan juga diterangkan tentang sebab-sebab turunnya ayat Quran.[bersambung]  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails