Pages

Followers

Friday, January 8, 2010

Pengharapan kpd-MU

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسناو ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، وقال ربكم ادعوني استجبلكم



Doa merupakan suatu elemen penting dlm khdpn kita.Ia menjadi bukti keimanan dan kepercayaan kita kpd tuhan.Tidaklah seseorang itu berdoa memohon sesutu kpd Allah melainkan untuk meminta dan berharap kpdNYA dgn harapan permintaan dia ditunaikan.Samalah juga seorang yg lapar/kepunan meminta kpd sahabatnya sedikit makanan untuk menghilangkan rase lapar dgn harapan agar sahabatnya memberinya makanan.Doa juga sebagai bukti kita ini lemah dan tidak berkuasa untuk menentukan segala hal yg terjadi dlm hidup kite.Adakah kita boleh jamin kesihatan kite dimasa akan datang?Adakah kita boleh jamin kedua tangan kita ini kekal dua pd masa akn datang?Percayalah bahawa tidak ada seorang pun yg tau apa yg bakal berlaku pd waktu yg mendatang walaupun sesaat.Yes!Allah berkuasa keatas sesuatu perkara.Ini jelas berdasarkan katanya yg banyak disebut dlm quran:

ان الله على كل شئ قدير (Allah berkuasa ke atas sesuatu perkara)

Sebagai islam kita wajib memohon pertolongan hanya kpd Allah.Tidak ada kuasa yg dpt menandingi kuasa Allah.Adapun seseorang itu dapat terbang,dpt bercakap dgn jin,dpt memukau orang,dpt menyihir dan sebagainya yg menunjukkan mereka itu berkuasa,itu semua hanyalah sedikit kelebihan yg diberikan kpd mereka untuk menilai sjauh mana iman mereka.Adakah dgn kelebihan2 tersebut mereka akan lupa kpd allah serta kufur dgn denganya.Maka yg beriman dgn Allah akn menggunakan kelebihan tersebut ke arah yg baik sedangkan yg kufur dgn kelebihan trsbt akan menggunakanya untuk kepentingan peribadi yg membawa diri mereka jauh dari tuhan.Sesetengah dr kita percaya kpd benda2 tahyul/karut dan sbgainya.ada yang sampai pergi ke perkuburan mereka yg dianggap wali untuk melakukan upacara2 tahyul dgn harapan hajat mereka tercapai.Ini sudah bertentangan dgn ajaran agama iaitu segala sesuatu @hajat itu terus diminta kpd Allah.Jika seseorang yg meminta sesuatu keistimewaan kpd nabi saw yg ma'sum sendiripun boleh dianggap lari akidahnya apakan pula wali yg dianggap manusia biasa yg tdk lari drpd melakukan dosa.ini sudah melebihi nabi dan tidak patut diterima oleh kita sebagai islam yang waras.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 256-257(maksudnya): “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan kepada cahaya (iman). dan orang-orang yang engkar, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan-kegelapan. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.

Maka berdoalah kpd Allah secara sendiri dgn pnuh pengharapan.secara sendiri itu lebih menunjukkan kesungguhan kita kpdNYA.Inilah yg dituntut dlm kita berdoa iaitu kesungguhan dgn apa yg kita mahukan.Bukanya dgn nada yg asyik lagi merdu yg seolah2 kita menyanyi sedangkan kita mahu meminta hajat kpd Allah.Berdoalah dgn spenuh hati,paham makna apa yg kita doakan.Jgn doa jer panjang tp makna satu pun tak paham.Doa dibaca dlm bhs melayu tdk menjadi kesalahan bahkan ianya lebih baik agar kita lebih paham denganya.
WALLAHU 'ALAM

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails