Pages

Followers

Monday, February 22, 2010

sikap!!

alhamdulillah..lama dah xtulis something kat blog nih untuk sama2 kita berkongsi ilmu atau masalah yg dihadapi.adapun amat mudah untuk kita mendapat ilmu n meyumbang/kongsi ilmu agar tidaklah ilmu kita ini sia2 disimpan tanpa diamal.maka yg terbaik ialah pengambilan ilmu yg benar yg seterusnya perlu kita amalkan n sampaikan kepada org lein.

dalam tulisan saya kali ini saya hendak menyatakan perasaan sedih saya terhadap sikap segelintir umat islam,yang lahir dari kelompok masyarakatnya mengganut islam, yg mungkin kenal lebih akan sifat islam jika nak dibandingkan dgn mereka yg baru mengganut islam.tapi sayang sifat islam yg mereka kenal itu diasingkan dlm kehidupan harian mereka.tuturkata mereka,kritik mereka,cara fikir mereka lari dari sifat islam itu sendiri.

saya berani kata yang mencela orang itu satu perkara yg salah n dilarang oleh islam walaupun tujuan kita adalah untuk bergurau.saya sedih bila melihat perkara ini berlaku dlm kalangan sahabat saya sendiri.sehinggakan ader yg berani untuk menghina saudara seislam lain.lbih hina lagi ianya dilakukan secara terbuka yg menjadi tatapan umum.sedangkan kita tau yg perbuatan tersebut boleh mengundang rasa marah n benci org kpd kita.yes!!kita mmg kene jujur dlm menzahirkan sikap kita kpd orang lain.tapi xkan sikap buruk yg bercanggah dgn ajaran nabi yg boleh menimbulkan rasa marah itu yg kita hendak zahirkan.kalaulah ianya dikatakan macho kerana kita berani kutuk org depan2 dan jadikan ia tatapan ramai,berani saya katakan yg itulah sikap sombong n akhlak yg cukup hina kerana ia sebagai islam dgn beraninya melanggar larangan islam dikhalayak ramai seolah2 ia menentang apa yg dibawa oleh agama walaupun tiada sbarang niat.walau niat kita hendak bergurau tapi jika ia dicapai dgn cara yg salah,pastilah cara yg salah itu tidak akan sama sekali membenarkan/membolehkan yg salah itu.hal ini kerana yg salah tetap salah.samalah ia dgn seorang yg nakkan hidup keluarganya baik n senang tapi dia merompak bank untuk memberi kesenangan tersebut kpd ahli keluarganya.walaupun niatnya itu mulia tapi caranya tersebut satu yg hina.ia tetap hina disisi tuhan,disisi masyarakat yg tahu akan cara hina tersebut walaupun ianya nmpk mulia disisi keluarganya yg tdk tahu apa2 tentang cara yg hina tersebut.maka nilaian manakah yg kita kejar?!adakah nilaian manusia ataupun tuhan.sedangkan yg menjamin hidup kita adalah tuhan maka berhaklah nilaian tuhan yg menjadi keutamaan kita.kembali kpd hal menhina/mencela.sesungguhnya nabi bersabda dlm satu hadis yg diriwayatkan muslim"sibaabul muslim fusuuqun,wa qitaaluhu kufrun" yg bermaksud mghina muslim itu fasik n bunuh mereka(muslim) kufur.itulah dia beratnya islam memandang hal2 sebegini rupa.adapun nabi saw tdk pernah mencela seseorang melainkan mereka melanggar larangan allah swt.selain itu,kita tahu yg menghina juga boleh menyebabkan masyarakat kita berpecah belah.masing2 dgn tuduhan masing2 yg akhirnya umat islam berpecah.sedangkan kita tahu yg memelihara perpaduan/silaturrahim itu satu perkara yg wajib dlm islam.sesungguhnya mereka yg menyebabkan huru hara n pergaduhan adalah mereka yg salah n berdosa.telah jls firman allah swt yg bermaksud,"dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali allah(agama) bersama2 n jgnlah kamu semua berpecah belah".ketahuilah bahawa sesuatu perkara itu tidaklah dilarang melainkan untuk menghindar segala yg buruk,yg boleh membawa kita kpd dosa.


samalah juga kita mendedahkan aurat kita dikhalayak ramai.khususnya para wanita!!kebanyakkannya dgn bangga meletakkan gambar2 mereka yg terdedah sana sini(bukak aurat) dlm laman2 sosial spt myspace,facebook,friendster n blog2 yg sebahagianya dijadikan sbg diari kehidupan mereka yg mana terdedah kepada orang ramai untuk melihatnya.mereka mempamerkan kegedikkan mereka..untuk apa??adakah untuk menggoda lelaki2!!??ketahuilah bahawa lelaki2 yg tergoda itu hanyalah kerana nafsu yg ftrah keatas lelaki iaitu nakkan kpd perempuan.mereka yg dah xdpt benteng iman mereka,maka kecundanglah mereka dgn senjata syaitan td.samalah ini sbg sikap berani melakukan dosa walaupun telah tau kebenarannya.kerana ape?!kerana sombong n jahil kita dlm menilai sesuatu perkara.bila diseru agama kita tutup telinga kita,bila diseru islam kita lari jauh darinya.sikap ini xubah seperti umat2 yg terdahulu yg lari n tutup telinga ketika diseru oleh nabi2 mereka.



kita semua serta saya sendiri sbg manusia biasa,yg sering kali wat kesilapan yg cuba lari dari buat silap tapi mungkin sedikit tertewas dgn hasutan syaitan serta hati mati panduan nafsu jahat yg mendorong kita kearah ape yg salah/silap.maka sebaik2 yg melakukan kesilapan itu ialah mereka yg bertaubat.allhu 'alam

Wednesday, February 10, 2010

pandanganku!!

kesilapan adalah satu perkara yg xlari ngan kita sbagai manusia biasa yg tidak terhalang dari melakukan salah..tidak ader yang ma'som meleinkan nabi saw.

satu hadis yg shohih menjelaskan hal ini,kata nabi..kullukum khottoouuna,wa khoirul khotto'in attawaabuuna..yg bermaksud setiap drpd kamu pernah buat salah dan sebaik2 org yg wat salah ialah mereka yg bertaubat..

tapi ini bukan tiket untuk kita terus melakukan dosa kerana anggapan kita terhadap hadis ini yg mengatakan setiap dr kita xlari dari wat salah.tapi kita perlu cuba untuk lari dari melakukan kesilapan..

saya melihat bahawa manusia menilai sesuatu kesalahan/kesilapan ini dlm beberapa keadaan..

1)org yg melihat orang lain itu sebagai salah kerana perbezaan pendapat dlm menghurai satu perkara yg tidak jelas.contoh seperti penghuraian sesuatu nas yg xjelas yang terdedah kepada pelbagai makna.adapun berlaku khilaf antara ulama' berkaitan dgn sesuatu perkara semuanya disokong dgn hujjah masing2.kita xbleh r nak menyesatkan org yg ambil pendapat lein kerana mungkin bagi mereka itu benar tp bg kita salah.setiap manusia ader pandangan masing2 yg mana adakalanya pandangan/pendapat itu berbeza dgn org lein.tapi setiap pandangan itu sentiasa terdedah kepada betul n salah.jgn kita menganggap pendapat yg kita pegang itu saja yg betul n kita sewenang-wenangnya menyesatkan pendapat yg lain.yes!!pendapat seseorang sentiasa terdedah kpd silap n salah walaupun ia seorang tokoh ilmuan yg besar/hebat.tapi ketahuilah bahawa apa yg jelas datang dari quran n sunnah(hadis shohih) itu pasti terhalang dari silap dan salah(ma'sum),ianya sentiasa betul.adapun dalam cara pengambilan pendapat yg terbaik ialah mana yg kite rase pendapat itu dekat dngn nabi dan sifat islam itu sendiri.ada sebahagian daripada masyarakat kita sering menyesatkan orang yg berbeza pendapat dgn mereka.ada juga yg lebih berani mengkafirkan orang2 lein hanya kerana berbeza pendapat dlm hal2 yang terdedah kepada bnyak persoalan.sehinggakan mereka sanggup untuk mengkafirkan beberapa tokoh ilmuan besar islam seperti Syed Qutb, tokoh-tokoh salaf dan ulamak-ulamak yang masih hidup spt dr yusuf al-qaradhawi dan sebagainya."cara sepeti ini salah kerana mereka semua mempunyai pandanganyang tidak menepati syarat2 yang telah ditetapkan oleh jumhur umat islam"(kata dr wahbah az-zuhaili dlm menjawab pertanyaan berkaitan dengan pergerakan al ahbash).perbuatan ini melampau dan terlalu ekstrem dalam menilai sesuatu pendapat/pandangan.

2)orang yang melihat orang lain itu sbg salah atas sebab memang dia salah n lakukan benda yang dilarang oleh agama.contoh seperti mereka yang meninggalkan solat.yes!!meninggalkan solat memang diharamkan dan berdosa.tapi bagaimana kita nak didik serta tegur mereka agar tunaikan kewajipan tersebut.agama mengajar kita untuk mengajak manusia yang lain kearah kebaikan dengan cara yang tertentu.adapun cara yang terbaik dalam menyeru kearah yang baik ialah sebagaiman yg termaktub pada qoulullah yang bermaksud dan “serulah/ajaklah kepada jalan tuhan kamu dengan hikmah(bijaksana) dan nasihat yg baik dan debatlah dgn mereka dengan cara yg terbaik..”.para du’aats(jama’ bg da’ie) yg bijak akan berdakwah dgn cara yg penuh hikmah iaitu mereka akan berfikir bagaiman cara yg boleh mendatangkan minat seseorang itu terhadap perkara baik yang diajak.pendekatan yang sesuai yang mengikut sikap/sifat seseorang yang diajak amatlah penting dalam berdakwah.selain itu penyampaian isi dakwah juga perlu dimudahkan agar orang yg diseru akan mudah untuk memahaminya.tidaklah ayat2 bunga/puitis yang penting dalam sesuatu penyampaian tetapi yang lebih utama ialah kefahaman yang mudah diperolehi oleh orang yang diseru.dengan menggunakan kata2 yang baik dapat menunjukkan sikap/akhlakyang dianjurkan islam itu sendiri dalam hal2 kehidupan seharian.saya memetik kata2 al-‘allaamah dr yusuf alqaradhawi ketika muhaadhoroh alkubra di PICC putrajaya baru2 nie dimana beliau menangkis dakwaan orientalis barat yang mengatakan bahawa islam berkembang melalui mata pedang dengan mengatakan yang islam sebenarnya berkembang kerana sikap/akhlak para pendakwah(du’aats) ketika mengajak ke arah kebaikan.selain itu,dalam hal2 mengajak kearah jalan tuhan perlu juga kita berhujjah dengan orang yang menentang atau sangsi terhadap islam.kita mengadakan perbincangan bersama mereka dengan mengemukakan dalil2 yg shahih untuk menjelaskan kepada mereka hakikat sebenar islam.inilah dia sifat2 seorang da’ie yang baik yg dirakamkan didalam alquran.

Akhir sekali,perlu kita ingat bahawa setiap perbezaan itu perlulah dinilai sebaiknya dan kesalahan/kesilapan manusia perlulah dibetulkan dengan cara yg telah dianjurkan islam.bukanlah dgn mengeluarkan kata2 kesat serta tuduhan2 yg melampau yg lari/menyimpang daripada cara agama itu sendiri.kita tidak mempertikaikan niat seseorang dalam menegakkan agama islam tapi apa yang kita pertikaikan adalah cara mereka bagi melunaskan niat yg mulia tersebut.ingatlah bahawa niat tidak menghalalkan cara.walupun tujuan kita baik,namun dalam nak mencapai tujuan tersebut juga perlulah dengan cara yang baik.jika ada salah n silap harap diperbetulkan kerana saya hanya manusia biasa yang masih lagi muda dan belajar.jikalah seorang ulama besar pun tidak dijamin mereka untuk buat silap apatah lagi diri saya ini.ini hanyalah tulisan saya daripada apa yang telah pelajari selama ini.khas untuk rakan2 facebook!!!haha..
Allahu ‘alam

Monday, February 8, 2010

kasih kewajipan kita

jiwa kosong tanpa kasih...
ketahuilah bahawa jiwa itu hidup bila hidupnya kasih...
kasih kita sesama manusia,kasih kita sesama makhluk ciptaan yg maha esa,kasih kita kepada yg maha mencipta...

kasih syarat kepada kehidupan yang bahagia...
yang membawa kita kepada perasaan suka..
yang membuang duka dalam diri kita..
yang memulihkan luka di hati kita..
yang mengindahkan kata-kata..
yang melonjakkan prestasi kita..
yang membenarkan naluri kita..
yang melunaskan segala perasaan kita..

manusia tidaklah sempurna tanpa kasih kepada yang maha Esa..
manusia tidaklah sempurna tanpa kasih sesama mereka..
manusia tidaklah sempurna tanpa kasih sesama makhluk-NYA..

manusia juga akan sesat kerana kasih..
manusia juga akan leka kerana kasih..
manusia juga akan sakit kerana kasih..

kasihlah!kerana kasih dapat memadamkan dosa..
kerana kasih hilangya kezaliman..
kerana kasih bersatu manusia..
kerana kasih kuatnya negara..
kerana kasih amannya dunia..

kasihlah dengan kadar yang betul!!
kasihkan tuhan mestilah lebih dari kasihkan manusia..
kasihkan manusia mesti samakan dengan kasih kepada diri kita..
barulah kasih tidak membawa kepada leka,duka,sesat,kezaliman,sakit dan dosa..

kasih sesuatu yang cukup mulia,tetapi akan menjadi hina jika salah melepaskannya..
jangan dilepaskan kasih tanpa panduan wahyu..
kerana wahyu kita betul..
kerana wahyu kita selamat..

"..berkasihlah!!!kerana kasih tuntutan agama..."

Sunday, February 7, 2010

Suci Adalah Sebagian Dari Iman

عَنْ أَبِيْ مَالِكْ الْحَارِثِي ابْنِ عَاصِمْ اْلأَشْعَرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الطُّهُوْرُ شَطْرُ اْلإِيْمَانِ، وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيْزَانِ، وَسُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ - أَوْ تَمْلآنِ - مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَاْلأَرْضِ، وَالصَّلاَةُ نُوْرٌ، وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ، وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ . كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَباَئِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوْبِقُهَا [رواه مسلم]

Dari Abu Malik, Al Harits bin Al Asy'ari'Suci itu sebagian dari iman, (bacaan) alhamdulillaah memenuhi timbangan, (bacaan) subhaanallaah dan alhamdulillaah keduanya memenuhi ruang yang ada di antara langit dan bumi. Shalat itu adalah nur, shadaqah adalah bukti, sabar adalah sinar, dan Al-Qur'an menjadi pembela kamu atau musuh kamu. Setiap manusia bekerja, lalu dia menjual dirinya, kemudian pekerjaan itu dapat menyelamatkannya atau mencelakakannya".

HR. Muslim

Friday, February 5, 2010

Sunnah-Sunnah Dalam Adzan Dan Iqomah

Syaikh Khalid al Husainan

Sunnah-sunnah yang berkaitan dengan adzan ada lima: seperti yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma'ad.

[1]. Sunnah Bagi Orang Yang Mendengar Adzan Untuk Menirukan Apa Yang Diucapkan Muadzin Kecuali Dalam lLfadz.

"Hayya 'alash-shollaah, Hayya 'alash-shollaah"

Maka ketika mendengar lafadz itu maka dijawab dengan lafad.

"Laa hawla walaa quwwata illa billahi"

"Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah "[HR. Al-Bukhari dan Muslim no. 385.]

Faedah Dari Sunnah Tersebut
'Sesungguhnya (sunnah tersebut (yaitu menjawab adzan) akan menjadi sebab engkau masuk surga, seperti dalil yang tercantum dalam Shahih Muslim (no. 385. Pent)

[2]. Setelah Muadzin Selesai Mengumandangnkan Adzan, Maka Yang Mendengarnya Mengucapkan [1]

"Dan aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahwasannya Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya. Aku ridho kepada Allah sebagai Rabb dan Islam sebagai agama(ku) dan Muhammad sebagai Rasul" [HR. Muslim 1/240 no. 386]

Faedah Dari Sunnah Tersebut
Dosa-dosa akan diampuni sebagaimana apa yang terkandung dalam makna hadits itu sendiri.

[3]. Membaca Shalawat Kepada Rasulullah saw setelah selesai menjawab adzan dari muadzin dan menyempurnakan shalawatnya dengan membaca shalawat Ibrahimiyyah dan tidak ada shalawat yang lebih lengkap dari shalawat tersebut.

Dalilnya adalah sabda Rasulullah saw:

"Artinya : Apabila kalian mendengar muadzin maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya lalu bershalawatlah untukku karena sesungguhnya orang yang bershalawat untukku satu kali, maka Allah akan bershalawat untuknya sepuluh kali" [HR. Muslim 1/288 no. 384)]

Faedah Dari Sunnah Tersebut
Sesungguhnya Allah bershalawat atas hambaNya 10 kali

Makna bahwasanya Allah bershalawat atas hambaNya adalah Allah memuji hambaNya di hadapan para malaikat.

Sedangkan shalawat Ibrahimiyah adalah :

"Artinya : Ya Allah, berikanlah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Mahaterpuji dan Mahamulia. Berikanlah berkah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi berkah kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji dan Maha mulia." [HR. Bukhari dalam Fathul Baari 6/408, 4/118, 6/27; Muslim 2/16, Ibnu Majah no. 904 dan Ahmad 4/243-244 dan lain-lain dari Ka'ab bin Ujrah]

[4]. Mengucapkan Doa Adzan Setelah Bershalawat Kepada Nabi saw
"Artinya :Ya Allah, Tuhan Pemilik panggilan yang sempurna (adzan) ini dan shalat (wajib) yang didirikan. Berilah al-Wasilah (derajat di Surga), dan al-fadhilah kepada Muhammad saw. Dan bangkitkan beliau sehingga bisa menempati kedudukan terpuji yang Engkau janjikan." [HR. Bukhary no. 614, Abu Dawud no. 529, At-Tirmidzi no. 211, an-Nasaa'I 2/26-27. Ibnu Majah no. 722). adapun tambahan "Sesungguhnya Engkau Tidak pernah menyalahi janji" Ttidak boleh diamalkan karena sanadnya lemah. Lihat Irwa'ul Ghalil 1/260,261]

Faedah Dari Doa Tersebut
Barangsiapa yang mengucapkannya (doa tersebut) maka dia akan memperoleh syafa'at dari Nabi saw.

[5]. Berdoa Untuk Dirinya Sendiri, Dan Meminta Karunia Allah Karena Allah Pasti Mengabulkan Permintaannya.

Berdasarkan sabda Rasulullah saw:

"Artinya : Ucapkanlah seperti apa yang mereka (para muadzdzin) ucapkan dan jika engkau telah selesai, mohonlah kepadaNya, niscaya permohonanmu akan diberikan." [Lihat Shahihul Wabili Shayyib oleh Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaly, hal: 183]

Apabila sunnah-sunnah ketika mendengar adzan dikumpulkan, maka seorang muslim telah melaksanakannya sebanyak 25 sunnah.

SUNNAH-SUNNAH DALAM IQAMAH

Sunnah-sunnah saat iqamah sama dengan sunnah-sunnah pada adzan yaitu pada empat point yang pertama. Hal ini sesuai dengan Fatawa Lajnah ad Daimah lil Buhuts 'Ilmiyyah wal Ifta'. Apabila dijumlah secara keseluruhan terdapat 20 sunnah iqamah pada setiap shalat wajib.

Faidah :
Merupakan sunnah bagi yang mendengar iqomah untuk menirukan orang yang iqamah kecuali pada lafadz

"Hayya 'alash-shollaah, Hayya 'alash-shollaah"

Ketika mendengar lafadz itu, dijawab dengan lafadz

"Laa hawla walaa quwwata illa billahi"

"Artinya : Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah" [HR. Muslim no. 385.]

Kemudian ketika ucapan

"Qod qoomatish shalah"

Hendaknya menirukannya dan tidak boleh mengucapkan

"Aqoomahaa Allahu wa adaamaha"

Karena ucapan itu berdasarkan hadits yang dhaif"
[Lajnah ad Daimah lil Buhuts 'Ilmiyyah wal Ifta']


[Disalin dari kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid Al-Husainan, Penerjemah Zaki Rachmawan]
_________
Foote Note
[1]. Ada yang berpendapat, dibaca sesudah muadzdzin membaca syahadat. Lihat Ats-Tsamarul Musthaahb fii Fiqhis Sunnah wal Kitaab hal. 172-185 oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah


Dibuat oleh SalafiDB http://salafidb.googlepages.com

Wednesday, February 3, 2010

mudahkan urusan selagi tidak menjadi salah

hamdan lillah...segala pujian kita panjatkan kpd allah swt.selawat dan salam keatas baginda nabi muhammad saw serta keluarganya dan para sahabatnya.amma ba'du..


sebagai muslim kita seharusnya meneliti setiap amalan yg kita lakukan dgn penelitian yg berlunaskan quran n sunnah.amatlah malang jika kita amalkan satu perkara yg tidak diamalkan nabi dlm mengejar pahala dan menjalankan tanggungjawab kita sbg hamba.

kebanyakkan daripada kita sering menganggap agama islam ini sbgi agama yg berat/susah untuk kita.sedangkan bukanlah yg susah itu sifat agama melainkan agama itu sendiri disusah-susahkan oleh kita.kita telah meletakkan kesusahan itu atas nama agama kerana kejahilan diri sendiri dalam menilai agama.

telah jelas lagi nyata bahawa bahawa memilih yang mudah itu satu perkara yang sunnah selagi tidak menjadi salah.ini jelas berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh muslim bahawa aisyah isteri nabi telah berkata bahawa "nabi jika diberi pilihan dalam dua perkara baginda akan pilih mana yg mudah selagi mana yg mudah itu tidak mengandungi salah.jika terdapat dosa padanya baginda akan menjauhkan dirinya sejauh-jauhnya.nabi tidak mencela seseorang melainkan orang itu melanggar larangan allah swt".


kita faham dari hadis diatas bahawa nabi akan menjadikan yg mudah itu sbgi pilihan baginda selagi ianya tidak menjadi salah.jelas disini bahawa islam sendiri memudahkan urusan selagi mana pengambilan yg mudah itu tidak menjadi salah.


perlulah kita faham bahawa agama islam ialah agama yg mudah baik dr segi mentauhidkan allah hinggalah kepada hal2 peng'abdian diri seorang hamba kpd kholiqnya.kadang2 ia menjadi susah kerana kita terikat dgn taklid buta kita serta sikap ta'sub terhadap sesuatu pendapat.sehinggakan kita menganggap hanya pendapat yg kita pegang itu saja yg betul dan kita tdk boleh terima pendapat yg lain.ini bukanlah satu perkara yang membawa kepada kemajuan tetapi ia adalah kejumudan pemikiran asbab dari pegangangan/prinsip yg salah.kata imam asy-syatibi yg meninggal pd tahun 790h bahawa kita wajib untuk mengikut orang yg terhalang dari buat kesilapan(nabi saw) dan berhenti drpd mengikut orang yg tidak terhalang dari buat silap jika kita dapati kekeliruan pada ikutan tersebut.bahkan kita sandarkan/bandingkan apa yg datang dari para imam kepada quran n sunnah.jika quran n sunnah terima maka kita terima jika quran sunnah tolak maka kita kene tolak.


para imam sekalipun tidak terhalang dari membuat kesilapan.maka kita kita pelu teliti betul2 agar tidak ikut sama dlm kesilapan(jika ade silap).kerana agama islam tertegak atas dalil dan bukanlah kata2 manusia yg terdedah kepada silap n salah yang berhujjah tanpa dalil.adapun yang terbaik ialah apa yang berlunaskan nas dan bukanlah dari kata manusia.ini kerana kita manusia tidaklah betul 100% tapi yakinlah bahawa ape yang datang dari quran n sunnah itulah yg terhalang dari sebarang silap dan salah.


maka akhir sekali,kefahaman yang benar perlulah dibenarkan dlm diri kita.jika ambilan kita tidak benar maka kita tergolong dalam kelompok yg tidak benar.tetapi jika apa yang diambil itu benar maka dalam kelompok benarlah kita.maka sebaik2 kelompok antara dua kelompok td ialah kelompok yang benar kerana islam itu ialah agama yg benar.


mudah-mudahan rahmat dan petunjuk allah sentiasa bersama kita.pohonlah ia seyakin-yakinya kerana yang yakin itulah sebaik-baik pengharapan.yakinlah kepada yg benar(quran n sunnah) pasti kita selamat dunia akhirat.harapan saya kpd sahabat2 remaja islam khususnya.sokonglah yg benar!kerana itu tanggungjawab kita sebagai muslim.

allahu 'alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails