Pages

Followers

Wednesday, February 10, 2010

pandanganku!!

kesilapan adalah satu perkara yg xlari ngan kita sbagai manusia biasa yg tidak terhalang dari melakukan salah..tidak ader yang ma'som meleinkan nabi saw.

satu hadis yg shohih menjelaskan hal ini,kata nabi..kullukum khottoouuna,wa khoirul khotto'in attawaabuuna..yg bermaksud setiap drpd kamu pernah buat salah dan sebaik2 org yg wat salah ialah mereka yg bertaubat..

tapi ini bukan tiket untuk kita terus melakukan dosa kerana anggapan kita terhadap hadis ini yg mengatakan setiap dr kita xlari dari wat salah.tapi kita perlu cuba untuk lari dari melakukan kesilapan..

saya melihat bahawa manusia menilai sesuatu kesalahan/kesilapan ini dlm beberapa keadaan..

1)org yg melihat orang lain itu sebagai salah kerana perbezaan pendapat dlm menghurai satu perkara yg tidak jelas.contoh seperti penghuraian sesuatu nas yg xjelas yang terdedah kepada pelbagai makna.adapun berlaku khilaf antara ulama' berkaitan dgn sesuatu perkara semuanya disokong dgn hujjah masing2.kita xbleh r nak menyesatkan org yg ambil pendapat lein kerana mungkin bagi mereka itu benar tp bg kita salah.setiap manusia ader pandangan masing2 yg mana adakalanya pandangan/pendapat itu berbeza dgn org lein.tapi setiap pandangan itu sentiasa terdedah kepada betul n salah.jgn kita menganggap pendapat yg kita pegang itu saja yg betul n kita sewenang-wenangnya menyesatkan pendapat yg lain.yes!!pendapat seseorang sentiasa terdedah kpd silap n salah walaupun ia seorang tokoh ilmuan yg besar/hebat.tapi ketahuilah bahawa apa yg jelas datang dari quran n sunnah(hadis shohih) itu pasti terhalang dari silap dan salah(ma'sum),ianya sentiasa betul.adapun dalam cara pengambilan pendapat yg terbaik ialah mana yg kite rase pendapat itu dekat dngn nabi dan sifat islam itu sendiri.ada sebahagian daripada masyarakat kita sering menyesatkan orang yg berbeza pendapat dgn mereka.ada juga yg lebih berani mengkafirkan orang2 lein hanya kerana berbeza pendapat dlm hal2 yang terdedah kepada bnyak persoalan.sehinggakan mereka sanggup untuk mengkafirkan beberapa tokoh ilmuan besar islam seperti Syed Qutb, tokoh-tokoh salaf dan ulamak-ulamak yang masih hidup spt dr yusuf al-qaradhawi dan sebagainya."cara sepeti ini salah kerana mereka semua mempunyai pandanganyang tidak menepati syarat2 yang telah ditetapkan oleh jumhur umat islam"(kata dr wahbah az-zuhaili dlm menjawab pertanyaan berkaitan dengan pergerakan al ahbash).perbuatan ini melampau dan terlalu ekstrem dalam menilai sesuatu pendapat/pandangan.

2)orang yang melihat orang lain itu sbg salah atas sebab memang dia salah n lakukan benda yang dilarang oleh agama.contoh seperti mereka yang meninggalkan solat.yes!!meninggalkan solat memang diharamkan dan berdosa.tapi bagaimana kita nak didik serta tegur mereka agar tunaikan kewajipan tersebut.agama mengajar kita untuk mengajak manusia yang lain kearah kebaikan dengan cara yang tertentu.adapun cara yang terbaik dalam menyeru kearah yang baik ialah sebagaiman yg termaktub pada qoulullah yang bermaksud dan “serulah/ajaklah kepada jalan tuhan kamu dengan hikmah(bijaksana) dan nasihat yg baik dan debatlah dgn mereka dengan cara yg terbaik..”.para du’aats(jama’ bg da’ie) yg bijak akan berdakwah dgn cara yg penuh hikmah iaitu mereka akan berfikir bagaiman cara yg boleh mendatangkan minat seseorang itu terhadap perkara baik yang diajak.pendekatan yang sesuai yang mengikut sikap/sifat seseorang yang diajak amatlah penting dalam berdakwah.selain itu penyampaian isi dakwah juga perlu dimudahkan agar orang yg diseru akan mudah untuk memahaminya.tidaklah ayat2 bunga/puitis yang penting dalam sesuatu penyampaian tetapi yang lebih utama ialah kefahaman yang mudah diperolehi oleh orang yang diseru.dengan menggunakan kata2 yang baik dapat menunjukkan sikap/akhlakyang dianjurkan islam itu sendiri dalam hal2 kehidupan seharian.saya memetik kata2 al-‘allaamah dr yusuf alqaradhawi ketika muhaadhoroh alkubra di PICC putrajaya baru2 nie dimana beliau menangkis dakwaan orientalis barat yang mengatakan bahawa islam berkembang melalui mata pedang dengan mengatakan yang islam sebenarnya berkembang kerana sikap/akhlak para pendakwah(du’aats) ketika mengajak ke arah kebaikan.selain itu,dalam hal2 mengajak kearah jalan tuhan perlu juga kita berhujjah dengan orang yang menentang atau sangsi terhadap islam.kita mengadakan perbincangan bersama mereka dengan mengemukakan dalil2 yg shahih untuk menjelaskan kepada mereka hakikat sebenar islam.inilah dia sifat2 seorang da’ie yang baik yg dirakamkan didalam alquran.

Akhir sekali,perlu kita ingat bahawa setiap perbezaan itu perlulah dinilai sebaiknya dan kesalahan/kesilapan manusia perlulah dibetulkan dengan cara yg telah dianjurkan islam.bukanlah dgn mengeluarkan kata2 kesat serta tuduhan2 yg melampau yg lari/menyimpang daripada cara agama itu sendiri.kita tidak mempertikaikan niat seseorang dalam menegakkan agama islam tapi apa yang kita pertikaikan adalah cara mereka bagi melunaskan niat yg mulia tersebut.ingatlah bahawa niat tidak menghalalkan cara.walupun tujuan kita baik,namun dalam nak mencapai tujuan tersebut juga perlulah dengan cara yang baik.jika ada salah n silap harap diperbetulkan kerana saya hanya manusia biasa yang masih lagi muda dan belajar.jikalah seorang ulama besar pun tidak dijamin mereka untuk buat silap apatah lagi diri saya ini.ini hanyalah tulisan saya daripada apa yang telah pelajari selama ini.khas untuk rakan2 facebook!!!haha..
Allahu ‘alam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails