jiwa kosong tanpa kasih...
ketahuilah bahawa jiwa itu hidup bila hidupnya kasih...
kasih kita sesama manusia,kasih kita sesama makhluk ciptaan yg maha esa,kasih kita kepada yg maha mencipta...
kasih syarat kepada kehidupan yang bahagia...
yang membawa kita kepada perasaan suka..
yang membuang duka dalam diri kita..
yang memulihkan luka di hati kita..
yang mengindahkan kata-kata..
yang melonjakkan prestasi kita..
yang membenarkan naluri kita..
yang melunaskan segala perasaan kita..
manusia tidaklah sempurna tanpa kasih kepada yang maha Esa..
manusia tidaklah sempurna tanpa kasih sesama mereka..
manusia tidaklah sempurna tanpa kasih sesama makhluk-NYA..
manusia juga akan sesat kerana kasih..
manusia juga akan leka kerana kasih..
manusia juga akan sakit kerana kasih..
kasihlah!kerana kasih dapat memadamkan dosa..
kerana kasih hilangya kezaliman..
kerana kasih bersatu manusia..
kerana kasih kuatnya negara..
kerana kasih amannya dunia..
kasihlah dengan kadar yang betul!!
kasihkan tuhan mestilah lebih dari kasihkan manusia..
kasihkan manusia mesti samakan dengan kasih kepada diri kita..
barulah kasih tidak membawa kepada leka,duka,sesat,kezaliman,sakit dan dosa..
kasih sesuatu yang cukup mulia,tetapi akan menjadi hina jika salah melepaskannya..
jangan dilepaskan kasih tanpa panduan wahyu..
kerana wahyu kita betul..
kerana wahyu kita selamat..
"..berkasihlah!!!kerana kasih tuntutan agama..."
No comments:
Post a Comment