Pages

Followers

Monday, February 22, 2010

sikap!!

alhamdulillah..lama dah xtulis something kat blog nih untuk sama2 kita berkongsi ilmu atau masalah yg dihadapi.adapun amat mudah untuk kita mendapat ilmu n meyumbang/kongsi ilmu agar tidaklah ilmu kita ini sia2 disimpan tanpa diamal.maka yg terbaik ialah pengambilan ilmu yg benar yg seterusnya perlu kita amalkan n sampaikan kepada org lein.

dalam tulisan saya kali ini saya hendak menyatakan perasaan sedih saya terhadap sikap segelintir umat islam,yang lahir dari kelompok masyarakatnya mengganut islam, yg mungkin kenal lebih akan sifat islam jika nak dibandingkan dgn mereka yg baru mengganut islam.tapi sayang sifat islam yg mereka kenal itu diasingkan dlm kehidupan harian mereka.tuturkata mereka,kritik mereka,cara fikir mereka lari dari sifat islam itu sendiri.

saya berani kata yang mencela orang itu satu perkara yg salah n dilarang oleh islam walaupun tujuan kita adalah untuk bergurau.saya sedih bila melihat perkara ini berlaku dlm kalangan sahabat saya sendiri.sehinggakan ader yg berani untuk menghina saudara seislam lain.lbih hina lagi ianya dilakukan secara terbuka yg menjadi tatapan umum.sedangkan kita tau yg perbuatan tersebut boleh mengundang rasa marah n benci org kpd kita.yes!!kita mmg kene jujur dlm menzahirkan sikap kita kpd orang lain.tapi xkan sikap buruk yg bercanggah dgn ajaran nabi yg boleh menimbulkan rasa marah itu yg kita hendak zahirkan.kalaulah ianya dikatakan macho kerana kita berani kutuk org depan2 dan jadikan ia tatapan ramai,berani saya katakan yg itulah sikap sombong n akhlak yg cukup hina kerana ia sebagai islam dgn beraninya melanggar larangan islam dikhalayak ramai seolah2 ia menentang apa yg dibawa oleh agama walaupun tiada sbarang niat.walau niat kita hendak bergurau tapi jika ia dicapai dgn cara yg salah,pastilah cara yg salah itu tidak akan sama sekali membenarkan/membolehkan yg salah itu.hal ini kerana yg salah tetap salah.samalah ia dgn seorang yg nakkan hidup keluarganya baik n senang tapi dia merompak bank untuk memberi kesenangan tersebut kpd ahli keluarganya.walaupun niatnya itu mulia tapi caranya tersebut satu yg hina.ia tetap hina disisi tuhan,disisi masyarakat yg tahu akan cara hina tersebut walaupun ianya nmpk mulia disisi keluarganya yg tdk tahu apa2 tentang cara yg hina tersebut.maka nilaian manakah yg kita kejar?!adakah nilaian manusia ataupun tuhan.sedangkan yg menjamin hidup kita adalah tuhan maka berhaklah nilaian tuhan yg menjadi keutamaan kita.kembali kpd hal menhina/mencela.sesungguhnya nabi bersabda dlm satu hadis yg diriwayatkan muslim"sibaabul muslim fusuuqun,wa qitaaluhu kufrun" yg bermaksud mghina muslim itu fasik n bunuh mereka(muslim) kufur.itulah dia beratnya islam memandang hal2 sebegini rupa.adapun nabi saw tdk pernah mencela seseorang melainkan mereka melanggar larangan allah swt.selain itu,kita tahu yg menghina juga boleh menyebabkan masyarakat kita berpecah belah.masing2 dgn tuduhan masing2 yg akhirnya umat islam berpecah.sedangkan kita tahu yg memelihara perpaduan/silaturrahim itu satu perkara yg wajib dlm islam.sesungguhnya mereka yg menyebabkan huru hara n pergaduhan adalah mereka yg salah n berdosa.telah jls firman allah swt yg bermaksud,"dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali allah(agama) bersama2 n jgnlah kamu semua berpecah belah".ketahuilah bahawa sesuatu perkara itu tidaklah dilarang melainkan untuk menghindar segala yg buruk,yg boleh membawa kita kpd dosa.


samalah juga kita mendedahkan aurat kita dikhalayak ramai.khususnya para wanita!!kebanyakkannya dgn bangga meletakkan gambar2 mereka yg terdedah sana sini(bukak aurat) dlm laman2 sosial spt myspace,facebook,friendster n blog2 yg sebahagianya dijadikan sbg diari kehidupan mereka yg mana terdedah kepada orang ramai untuk melihatnya.mereka mempamerkan kegedikkan mereka..untuk apa??adakah untuk menggoda lelaki2!!??ketahuilah bahawa lelaki2 yg tergoda itu hanyalah kerana nafsu yg ftrah keatas lelaki iaitu nakkan kpd perempuan.mereka yg dah xdpt benteng iman mereka,maka kecundanglah mereka dgn senjata syaitan td.samalah ini sbg sikap berani melakukan dosa walaupun telah tau kebenarannya.kerana ape?!kerana sombong n jahil kita dlm menilai sesuatu perkara.bila diseru agama kita tutup telinga kita,bila diseru islam kita lari jauh darinya.sikap ini xubah seperti umat2 yg terdahulu yg lari n tutup telinga ketika diseru oleh nabi2 mereka.



kita semua serta saya sendiri sbg manusia biasa,yg sering kali wat kesilapan yg cuba lari dari buat silap tapi mungkin sedikit tertewas dgn hasutan syaitan serta hati mati panduan nafsu jahat yg mendorong kita kearah ape yg salah/silap.maka sebaik2 yg melakukan kesilapan itu ialah mereka yg bertaubat.allhu 'alam

2 comments:

Anonymous said...

terima ksih sbb tulis blog mcm nie...1st tyme bkk blog nie ta terase nk bace..tp tbe2 t'niat lak kt hati.."ape slhnye klw nk bce2 dlu.."
ape yg d'tulis m'buatkan sy btul2 t'tarik..scare jjurnye sy bkn la s'org yg bgitu islamic..kdg2 t'lps jgk dlm m'buat kslpn..tdk kire bsr atau kcil..tp sy msih mngtahui yg mne halal dn yg mne hrm dlm p'gaulan...
kdg2 sft mnusie s'keliling yg bgtu sng m'buat dose m'buatkn sy sdkit sbyk t'libat jgk..
sy jgk prnh mngalami sndri bgaimna prasaan d'aibkan..malah prkre mcm 2 d'anggap sbg 1 grauan..tp d'sbbkn mreka adlh teman2 sy,sy m'biarkn dri sy mkn hati..
btw..troskanlah utk mnulis...
insyaAllah sy akn ikuti styap p'kmbgn..=)

Abdullah Aiman said...

insyaalah..moga allah merahmati saudara/ri..hehe(xpasti jantina).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails