Untuk post kali ini, saya hanya nak berkongsi sedikit pengalaman atas pemerhatian dan pengalaman sepanjang memerhati sikap-sikap yang dipamerkan dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan pendapat dan fahaman.
Fenomena masyarakat yang mula berfikir dan sentiasa bertanya adalah satu fenomena yang sihat dan wajar diraikan. Dan fenomena ini juga adalah petunjuk yang sangat baik bahawa masyarakat sekarang ini sudah mula “take serious” akan pentingnya ilmu dan aplikasi ilmu dalam amalan kehidupan manusia. Satu petunjuk yang baik bahawa masyarakat sekarang ini mula berfikir dan cuba untuk membaiki kesilapan yang mungkin tersilap kerana jahil dan sebagainya.
Maka pelbagai ragam kita dengar, baca dan saksikan. Masing-masing dengan cara tersendiri dalam membangkang dan menjawab serta mempertahankan ideologi dan fahaman yang dipegang. Ada yang sampaikan secara ilmiah dan ada yang secara “membabi sondol”. Ada yang beradab dan ada yang tidak beradab. Ada yang beremosi berbanding mencari kebenaran. Kesemua ini menghias cantik dan hodoh status-status facebook, forum-forum laman web,chatbox blog, dan yang seangkatan dengannya.
Nasihat saya kepada mereka ini :
1. Pastikan sunnah yang diambil itu memang betul-betul dari Nabi SAW.
2. Jangan mudah kita percaya dan menolak sesuatu yang disandarkan kepada Islam, cari dulu sumbernya dan jika ia betul-betul tsabit dari Nabi SAW baru kita percaya.
3. Jangan mudah nak mengatakan amalan seseorang itu salah,sesat,bidaah dan sebagainya tanpa kajian yang cermat dan adil.
4. Jangan melihat kepada kajian beberapa ulama dan membuat kesimpulan hanya bersumberkan beberapa orang ulama.
5. Teliti secara adil kenapa ulama berbeza pandangan dalam mengeluarkan sesuatu hukum, menhukum maqbulnya sesuatu hadith dan matruknya sesuatu hadith, berbeza dalam memahami hadith dan sebagainya.
6. Beradab dalam berbincang dan jadikan tujuan sesuatu perbincangan itu adalah kebenaran, bukannya mencari salah orang.
7. Berlapang dada dengan pandangan pihak lain selagi pandangan tersebut asasnya ilmiah dan bersumberkan dari yang berautoriti.
8. Ikhlas kerana Allah SWT.
Semoga Allah menjadikan kita umat yang bersatu atas nama Islam. Menjadikan kita manusia yang sentiasa hendakkan kepada kebaikkan,sentiasa berfikir, tidak berlebih-lebih dan tidak cuai.
No comments:
Post a Comment