Setiap insan mempunyai keinginan yang mana ianya berbeza mengikut keadaan dan waktu yang tertentu. Kesemua inilah yang mencorak kehidupan insan yang mana kadangkala coraknya menarik dan kadangkala coraknya buruk. Mustahil untuk seorang insan yang normal untuk sentiasa memiliki corak keinginan yang sama sahaja. Maka insan sentiasa diberi peluang untuk memilih corak yang dikehendakinya. Atas peluang memilih inilah terbitnya pelbagai corak yang menghiasi diri mereka.
Hakikat kecenderungan insan ialah sentiasa memilih yang terbaik untuk diri mereka. Akan tetapi, mengapa masih lagi terpalit corak-corak yang buruk? Satu persoalan yang perlu kita fikirkan.
Fitrah kita sebagai manusia ialah sentiasa hendakkan kepada kebaikkan. Tidak akan terjadi kepada seorang yang normal itu untuk dia menginginkan kemudaratan menimpa dirinya. Tapi kita perlu sedar walaupun fitrah sekalipun, ia tidaklah menjamin kita untuk tidak melakukan yang bertentangan denganya. Sebagai contoh yang mudah, berapa ramai manusia sekarang ini yang mengamalkan cara hidup yang songsang. Mereka melakukan hubungan seks sesama jantina. Sedangkan kita sedar bahawa fitrah asal manusia ialah hendak kepada pasangan yang berlainan jantina. Apakah faktor yang menyumbang kepada pencabulan fitrah ini?
Masalah utama yang acapkali melanda umat manusia ialah keinginan yang tidak dipandu dengan agama. Islam tidak pernah menyekat keinginan seseorang. Islam agama yang fleksibel dalam hal ini. Selagi mana keinginan seseorang itu tidak bercanggah dengan islam, selagi itulah Islam mengharuskannya.
Sebagai contoh yang bekaitan, kita melihat kepada faktor-faktor bagaimana Islam boleh berkembang pesat ke seluruh dunia. Antaranya ialah faktor sifat Islam itu sendiri. Sifat islam yang fleksibel dalam hal-hal hubungan sesama manusia telah menjadi pemangkin kepada pernyebaran Islam. Islam sentiasa meraikan adat-adat pelbagai bangsa selagi mana adat itu baik dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.Manakala Islam mengislamisasikan adat-adat yang tidak Islamik. Tidaklah pedakwah dari Tanah Arab datang ke China dan Nusantara misalnya, lalu mengharamkan pakaian adat bangsa mereka serta mewajibkan jubah, serban dan sebagainya. Lihatlah betapa Islam tidak menutup pintu-pintu keinginan seseorang bahkan Islam membukanya selagi mana berada dalam kerangkanya yang betul.
No comments:
Post a Comment