Pages

Followers

Friday, March 4, 2011

NOVEL: Syabab Musafir Kasih

Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung. Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya. 


Penulis : Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Kod Katalog : TBBK 1072
Kod ISBN : 978-983-5102-03-5
HARGA : RM22.90
dapatkan di www.stormreaders.net/abdullahaiman


cara beli boleh dilihat dalam link ini: http://www.stormreaders.my/anda-mula-di-sini/45-membeli-belah-di-e-store/90-membuat-pembelian.html


sebarang masalah boleh hubungi secara terus di no telefon: 0173536264(abdullah) atau berhubung melalui email di aimanbuchi92@yahoo.com

90 Kisah Nyata Malam Pertama


Malam pertama,dua kata yang seringkali mengambarkan keindahan,romantisme,dan kebahagiaan dua insan berbeda yang telah dipadu dengan ikatan suci mam mulia bertukar kasih di atas mahligai cinta,bercumbu rayu di peraduan asmara,merelungi gerbang bahtera rumah tangga.Gambaran ini tidaklah salah, paling tidak itulah yang selalu diimpikan oleh setiap keturunan Adam dan Hawa yang mendambakan penikahan bahagia.

Soal jawab remeh-temeh tentang Seks



Membicarakan pelbagai isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menyelubungi masyarakat di negara kita. Kepada ibu bapa dan guru yang malu menjawab pertanyaan anak, dan para pelajar. Kepada pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan juga kepada pasangan yang sudah lama men-dirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, buku inilah penyelesaian-nya.

Duhai Yang Tersayang




Khas untukmu,
suami / isteri tersayang...

Kesudianmu menjadi teman hidupku, amat aku syukuri. Bagi isteri, terima kasih kerana menerimaku sebagai perwiramu. Buat suami, terima kasih kerana memilihku antara sejuta...

Wednesday, March 2, 2011

buku: Amalan Sunnah selepas Solat dan Kelebihannya





Penerbit & Edaran : Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat


Dapatkan buku Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya yang ditulis oleh ustaz Muhammad Subki Abd. Rahman Al-Hafiz.
Dan saya difahamkan yang buku ini telah dikritik oleh ustaz hafiz firdaus dalam bukunya "36 kritikan ke atas buku amalan sunnah selepas solat dan kelebihannya". Apa yang pentingnya ialah, kita membaca dan membandingkan masalah2 ini dari kedua-dua belah pihak. semoga allah merahmati kita semua.

buku: Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang!



Wosh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang. Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!

Kitab Ad-Daa' wa ad-Dawaa' - Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

Ad-Daa' wa ad-Dawaa' adalah sebuah karya besar dan fenomenal di bidang akhlak, tarbiyah, dan tazkiyatunnufus. Penulisnya, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, adalah seorang ulama tersohor dan penulis buku berbobot yang hidup pada abad ke-8 H.
Buku ini berbicara panjang lebar serta sempurna di berbagai masalah tarbiyah dan tazkiyatunnufus, mulai dari pentingnya do'a bagi seorang hamba serta hubungan do'a dengan takdir. Berbicara tentang macam-macam maksiat dan bahayAnya bagi pelakunya, juga dosa-dosa dan pengaruh negatifnya secara langsung di dunia. Berbicara pula tentang hukuman Allah terhadap hamba-Nya baik itu hukuman syar'i maupun qadari, qalbi maupun badani, duniawi maupun ukhrawi. Berbicara mengenai syirik dan macam-macamnya dalam ibadah, perbuatan , perkataan , kehendak , dan niat, serta syiriknya agama Nasrani, juga syirik dalam wasilah dan syafaat. 

Buku Syamail Muhammad











Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu: 

FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur. 
PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan. 
IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran. 
PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan. 
PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah. 

Seminar Ulum Quran UIA Gombak




Alhamdulillah, selesai juga seminar yang berlangsung selama dua hari di UIA Gombak. Disaji dengan pembentang-pembentang yang mantap dan hebat. Sedikit briefing sebelum saya panjangkan cerita ke topic-topik perbincangan selama dua hari seminar ini berlangsung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails