Pages

Followers

Thursday, February 24, 2011

Important Questions About The Trinity


Both Muslims as well as Christians affirm that God Almighty is a just and merciful God. Muslims believe that the sign of God's mercy is that He multiplies the good deeds of mankind from ten to seven hundred times, or even more. He also counts an evil deed as a single evil deed or forgives it. The Church, on the other hand, claims that the sign of God's mercy is that He sacrificed His only begotten son to save mankind. Let us study this claim:

If God Almighty decided to sacrifice His only son for the redemption of mankind, then we have one of two cases:

Wednesday, February 23, 2011

Alhamdulillah, tapi...





Alhamdulillah, mereka sayang sunnah Muhammad saw
Sayangnya, mereka tak bersungguh mencari sunnah yang benar
Sekadar ikutan dan pengkhabaran yang tiada sandaran

Alhamdulillah, mereka membawa sabda Muhammad SAW
Sayangnya, mereka tidak mengamalkan
Sekadar omongan dan ilmu yang disiakan
sekadar membawa dan alpa menghiraukan

Alhamdulillah, mereka kenal Muhammad SAW
Meraka sedar tanggungjawab iman mereka kepada Muhammad SAW
Sayangnya, mereka berpaling dan menderhakainya

Alhamdulillah, kata-kata Muhammad SAW menjadi sandaran
Sayangnya, tafsiran jahil dan dusta menrosak makna
Semangat yang tak dipandu merosak segalanya

Abdullah
240211, Putrajaya

Tuesday, February 22, 2011

Bila kita berbeza pandangan



Untuk post kali ini, saya hanya nak berkongsi sedikit pengalaman atas pemerhatian dan pengalaman sepanjang memerhati sikap-sikap yang dipamerkan dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan pendapat dan fahaman.

Fenomena masyarakat yang mula berfikir dan sentiasa bertanya adalah satu fenomena yang sihat dan wajar diraikan. Dan fenomena ini juga adalah petunjuk yang sangat baik bahawa masyarakat sekarang ini sudah mula “take serious” akan pentingnya ilmu dan aplikasi ilmu dalam amalan kehidupan manusia. Satu petunjuk yang baik bahawa masyarakat sekarang ini mula berfikir dan cuba untuk membaiki kesilapan yang mungkin tersilap kerana jahil dan sebagainya.

Friday, February 18, 2011

Kuasa Keinginan






Setiap insan mempunyai keinginan yang mana ianya berbeza mengikut keadaan dan waktu yang tertentu. Kesemua inilah yang mencorak kehidupan insan yang mana kadangkala coraknya menarik dan kadangkala coraknya buruk. Mustahil untuk seorang insan yang normal untuk sentiasa memiliki corak keinginan yang sama sahaja. Maka insan sentiasa diberi peluang untuk memilih corak yang dikehendakinya. Atas peluang memilih inilah terbitnya pelbagai corak yang menghiasi diri mereka.

Hakikat kecenderungan insan ialah sentiasa memilih yang terbaik untuk diri mereka. Akan tetapi, mengapa masih lagi terpalit corak-corak yang buruk? Satu persoalan yang perlu kita fikirkan.


Fitrah kita sebagai manusia ialah sentiasa hendakkan kepada kebaikkan. Tidak akan terjadi kepada seorang yang normal itu untuk dia menginginkan kemudaratan menimpa dirinya. Tapi kita perlu sedar walaupun fitrah sekalipun, ia tidaklah menjamin kita untuk tidak melakukan yang bertentangan denganya. Sebagai contoh yang mudah, berapa ramai manusia sekarang ini yang mengamalkan cara hidup yang songsang. Mereka melakukan hubungan seks sesama jantina. Sedangkan kita sedar bahawa fitrah asal manusia ialah hendak kepada pasangan yang berlainan jantina. Apakah faktor yang menyumbang kepada pencabulan fitrah ini? 


Masalah utama yang acapkali melanda umat manusia ialah keinginan yang tidak dipandu dengan agama. Islam tidak pernah menyekat keinginan seseorang. Islam agama yang fleksibel dalam hal ini. Selagi mana keinginan seseorang itu tidak bercanggah dengan islam, selagi itulah Islam mengharuskannya.


Sebagai contoh yang bekaitan, kita melihat kepada faktor-faktor bagaimana Islam boleh berkembang pesat ke seluruh dunia. Antaranya ialah faktor sifat Islam itu sendiri. Sifat islam yang fleksibel dalam hal-hal hubungan sesama manusia telah menjadi pemangkin kepada pernyebaran Islam. Islam sentiasa meraikan adat-adat pelbagai bangsa selagi mana adat itu baik dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.Manakala  Islam mengislamisasikan adat-adat yang tidak Islamik. Tidaklah pedakwah dari Tanah Arab datang ke China dan Nusantara misalnya, lalu mengharamkan pakaian adat bangsa mereka serta mewajibkan jubah, serban dan sebagainya. Lihatlah betapa Islam tidak menutup pintu-pintu keinginan seseorang bahkan Islam membukanya selagi mana berada dalam kerangkanya yang betul.

 Bagi saya, tindakan sesetengah pihak mengkhususkan beberapa perkara sebagai barangan Islam hanyalah tindakkan yang dilakukan oleh mereka yang kabur akan hakikat sebenar Islam. Mereka tidak perlu mengkhususkan yang sedikit ini, kerana dalam hal ini Islam mengiktiraf banyak dan melarang sedikit. Sebagai contohnya, Islam tidak pernah megkhususkan satu-satu pakaian itu sebagai pakaian rasmi Islam. Jubah bukanlah pakaian islam,tetapi ianya tidak lebih hanya sekadar pakaian bangsa bagi orang-orang arab. Begitu juga dakwaan selipar nabi, kurma nabi dan sebagainya. Mungkin ini hanyalah sebagai satu taktik meraih keuntungan di atas jalan penjenamaan nama Islam. Kita katakan, Islam iktiraf semua pakaian. Umumnya, Islam mengiktiraf segala jenis baju, selipar dan kurma, selagi mana ianya menutup  aurat dan halal dimakan. [bersambung...] 

Bagaimana hendak membeli buku melalui e-store ?!




1. Klik pada ‘Daftar Masuk’


2. Klik pada ‘Sertai Sekarang’ untuk mendaftar. (Jika anda sudah mendaftar, masukan sahaja ID Pengguna dan Kata Lauan).






3. Masukan maklumat berikut dan klik pada ‘Hantar’

4. Selepas berjaya mendaftar, anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah.

5. Sebelum ‘log-in’ anda perlu aktifkan akaun melalui klik pada pautan yang dihanter ke e-mel anda.

6. Kini anda boleh daftar masuk dan membuat pembelian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails